Thursday, February 12, 2015

Edisi Jumaat Extra Pedas (untuk diri sendiri sebab sendiri yang makan cili!)

Tiba-tiba teringat pulak cerita mengenai seorang isteri di zaman Rasullullah yang suaminya sedang bermusafir. Suaminya berpesan, jangan tinggalkan rumah. Tiba-tiba dikhabarkan ayahandanya jatuh sakit, lalu dia pun mengirimkan seseorang bertanyakan Rasullullah sama ada boleh atau tidak dia nak melawat ayahandanya tapi Rasullullah suruh dia taat pada suaminya.

Yelah, zaman dulu mana ada Whatsapp ke handphone pun tak de, bermusafir dengan unta, konfemlah berbulan-bulan kan. Dapat pula khabar berita, ayahandanya meninggal dunia. Dia pun bertanyakan Rasululullah lagi, boleh tak dia nak ziarah jenazah ayahandanya tapi masih lagi dia kena taatkan suami. Mestilah sedih kan, tak boleh nak ziarah ayah meninggal.

Tak lama kemudian, rasulullah pun minta khabar gembira buat perempuan tadi. Khabarkan yang ayahnya di syurga atas keberkatan anaknya yang taat pada suaminya. Whoaaa mesti perempuan tu redho, tak merungut macam isteri-isteri moden macam kita-kita ni hehe..

Zaman sekarang ni lain, suami-suami moden dah beri keizinan untuk bekerja, untuk bercakeramba dengan kawan-kawan. Yelah, dunia hari ni, jarang-jarang dapat jadi macam isteri dulu-dulu. Nak kahwin, kena sama-sama tong-tong responsibilities. Kerja rumah pun kena buat sama-sama, pendek kata semua benda pun sama.. ala-ala almost equal right..

Tapi satu je nak peringat diri sendiri dan kawan-kawan.. Dalam pada masa, suami moden dah sporting kasi kita bekerja dan keluar bagai, apa-apapun veto power tetap milik suami. Kena ingat, sekarang ni kita lebih kepada 'bagitahu' instead of "mintak izin". Kita kena jugak syukur suami kita sekarang ni kasi can kat kita.. boleh keluar.. boleh ada happy hour dengan kawan-kawan. Ultimately.. suami tetap suami, suami tetap kena 'tanggung' isteri kat akhirat nanti.. dan redho Allah tetap pada redho suami. That's a fact. Yang lain daripada suami tu kira semua secondary. Tapi kalau dah suami bagi keizinan kerja, apa yang kita kena buat sebab makan gaji, kita kenalah buat. Jangan lah tak boleh pergi kursus atau meeting sebab suami tak bagi. Itu tak aci tauww!

Lagi satu, jangan pulak ambil kesempatan atas keizinan suami.. dan jangan pulak suami nak moden sangat sampai izinkan isteri buat benda yang tak diredhoi Allah. Sporting, sporting jugak, hukum tetap hukum. Perempuan moden pun tak nak equal right sekarang ni hehehe.. sebab tau.. equal right tu perangkap zaman moden.. kami rela ada org nak kena tanggung dosa-dosa kami (bab tu dalam posting lain pulak hokey!). Okaylah, mak nak pergi minum air. Pedas sangat ni.  Ingat kengkawan.. redho kat mulut je tak aci!! Balik gi cium tangan suami ek! Perang dingin pun kira tak aci jugak muekekekekeke
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails