Ha! Hari tu dah janji kan, nak share cerita sayur. Pakai handphone susah sikit nak upload gambar.. bukan susah, mak yang tak reti hehehe.. kena explore lagi.
Anyway, bila suami check, dah lebih setahun tak check gout attack, sekali check rupanya dah exceed dari normal range. Jadi kita buat remedi untuk detox. Sementara suami tunggu di klinik, kita pun membeli belahlah beli sayur. Perrgh! Tengok resit ni sayur saja dah 17 hengget! Takpe, mak redho, bukan senang orang lelaki nak minum jus-jus sayur ni kannn.. 17 hengget pun bukan untuk sekali minum.. dapat berjag jag sambil buat snacking lagi... berbaloi baloi!
Resepinya:
1 TIMUN
1 LIMAU NIPIS
1/2 CAPSICUM
2 CELERY
1/4 PERIA
bubuhla gula sikit.. kejam sangat kot.. letak peria tak letak gula! (huruf kecil tak la rasa bersalah sangat hahahaha)
Masuk je dalam juicer. Nak masuk blender pun boleh tapi mak tak sanggup. Bau dia perghhhh!! Rasa yang bau paling kuat tu capsicum kot.. Silalah letak dalam tupperware yang asli ya. Kami dok simpan dalam jug.. Bukak chiller je.. bau semerbak! Hahahaha.. nanti jual carrot cake perisa peria pulak.. haru tu!
My verdict:
Rasa : Not bad (seriously) sedap jugaklah!
Kesan : Boleh rasa bila buang air tu bau dia lain macam tak macam biasa
What my doctor said : Pegaga lebih cepat turunkan uric acid.
Komen : Bila ku gugel gugel, timun boleh kurangkan keradangan, sebab itulah selalunya bila suami kena attack gout, kami buat jus timun + limau nipis, insyaallah kurang sikit bengkak.. rupanya cucumber tu boleh kurangkan keradangan. (Baca sini http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=42)
Kalau minum jus timun + limau nipis ni, pergghh.. memang asyik cepat nak ke bilik air. Ini pengalaman sendiri. Rasa macam tak sempat dah. Dah la orang gout nak bergerak bilik air tu mak aii, siksanya. Bila nak buang air, lupa sekejap kaki tu sakit hahaha..
Cuba taww.. Bagus lah detox2 ni.. Muaks!
No comments:
Post a Comment