Rasulullah dah kata, Didiklah anak mengikut zamannya. Rasanya itulah sebabnya menantu dan mertua agak sukar untuk berbaik-baik. Bukanlah selama-lamanya, tetapi kenapa pada awalnya agak sukar nak 'fit in'. Okaylah, kita bagi disclaimer ek, ini tips untuk mereka yang bakal-bakal menerima menantu, bukan untuk perhubungan dengan mertua terutama kalau dah lebih dari 5 tahun kahwin. Karang ada pulak yang kata, "I okay je dengan mertua".
Anyway, meh nak cerita, satu hari tu kami balik kampung, singgah lah ke RnR. Masa tu mak mertua pun ikut sekali. Disebabkan masa tu kami berpecah sebab mak nak pergi solat dan saya nak ke bilik air, dari jauh, saya bagitau mak takut mak cari. Mak angguk-angguk dan pusing sambil terlanggar seorang gadis remaja yang sangat cute. Serius comel sangat dengan make up anak patung, spek ala Korea dan tudung shawl yang sangat menawan. Pendek kata, sedap mata memandang macam artis comel yang selalu kita tengok kat drama-drama melayu. Alih-alih, sejurus selepas mak terlanggar dia, dia terus menggenggam kedua-dua tangannya yang comel ke pipi sebab geram sangat dia dilanggar mak, lalu menghentak-hentak kaki.. Aikk? Memang macam tu ke caranya kalau geram, dah nampak macam kartun la pulak.
Tiba-tiba masa beratur di bilik air, berdiri pulak di sebelah dia, lantas saya pun memohon maaf sebab mak terlanggar. Dia terus tersenyum manja. Okay, that's weird. Sebab macam psycho la pulak. Tapi dipendekkan cerita, sepanjang perjalanan balik, mulalah terfikir. Rasanya anak comel tu belasan tahun, lebih kurang baya anak saya. Maknanya kalau jadi menantu, macam tu lah gayanya. Terbayang pulak saya memasak dengan dia di dapur, kalau ditegur, agaknya macam manalah gayanya.
Padanlah mak mertua dulu pun masa mula-mula kahwin, bila di dapur, agak kekok gayanya nak suruh saya potong itu ini. Jawabnya kalau saya tanya, potonglah kot mana pun. Mestilah zaman saya berbeza dengan zaman dia dan zaman mak pulak sudah tentunya berbeza dengan zaman mak mertuanya. Zaman berubah, gaya dan fesyen pun berubah. Mak kalau pergi ke pasar, pasti berbaju kurung. Saya pulak kalau ke pasar, pakai seluar yang paling lusuh sebab malas nak kotorkan seluar jalan. Kalau cedok nasi, ada bekasnya. Saya pulak angkut periuk nasi ke depan. Mak saya pun bawak nasi dalam bekas tapi saya pulak rasa macam malas nak cuci bekas.
Agaknya, masa mula-mula kahwin, mak rasa tak saya ni macam psycho atau pelik atau lain macam. Yelah, sementara nak kenal. Pastinya mak akan 'expect' menantu dia berperangai seperti dia dengan mertuanya, rupanya zaman dah berubah, jadi menantu dia berbeza. Ditambah pula menantu yang mempunyai adab dan 'culture' keluarganya sendiri.
Sejujurnya, bukan senang nak 'fit in' budaya keluarga lain sebab setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri tapi saya bukan nak kritik mak mertua cuma tinggal lagi, apabila saya mengimbau balik kenangan saya sebagai menantu ketika masih baru, saya mungkin akan memahami menantu saya bila tiba saatnya nanti.
Harapnya, bila kita dah bermenantu nanti, jangan lupa betapa janggalnya kita di rumah keluarga baru yang memang berbeza dengan keadaan di rumah sendiri. Pejam celik je lagi.. bertambah-tambahlah meriahnya nanti.
No comments:
Post a Comment