Semalam terasa emosinal sangat. Nak dijadikan cerita, ada sepupu kongsikan link KFC yang boleh dapatkan 3 meals percuma. Jadi ku cuba nasib. Sudahnya tak jadi, rasanya baiklah beli sendiri. Langkah pertama tu nak kena kongsikan link tersebut pada 20 kenalan di whatsapp. Mula-mula tu senanglah, sebab anak yang ada whatsapp 4 orang, ditambah suami, dah jadi 5, okay 15 lagi. Hmmm.. rakan baik yang sanggup menerima junk text sorang, yang lain teman rapat juga, tapi rasanya mesti marah kalau dapat junk link. Sebelum share, kononnya nak sekodeng dulu link tu betul ke tak. Lepas dari tu dah termenung. Rasanya dalam Contact kat phone, punyalah ramai, tapi bila nak pilih 20 orang pun rasa macam tak terdaya.
Lama jugaklah termenung lepas tu. Terus delete balik message link KFC yang dah dishare.Tiba-tiba rasa macam sebak. Bukan sebab apa, sebab bila umur dah meningkat usia, ramai kawan-kawan yang ditinggalkan. Kawan-kawan bagaikan Touch n Go sahaja, seolah-olah Allah kirimkan pada waktu yang tertentu untuk mengisi ruang dan masa pada ketika itu.
Bila move on ke dunia baru, ke jangka waktu baru, ke tempat yang baru, ramai rupanya yang ditinggalkan. Teringat pulak masa kecil-kecil ada juga kata-kata motivasi tentang perbezaan antara sahabat dan kawan. Sejauh mana kita adalah sahabat atau adakah kita sekadar rakan. Apa yang kita korbankan untuk kita bergelar sahabat selayaknya.
Bila usia dah bertambah, circle of friends pun dah makin mengecil tapi tak sangka lah boleh mencecah kurang dari 20. Ada beberapa sahabat sahaja yang sanggup menerima baik buruk kita. Hanya sahabat sahajalah yang betul-betul mengenali siapa kita sepenuhnya.
Bila ku toleh belakang, mengimbau kenangan lama, berapa ramai orang yang kita anggap sahabat rupanya menganggap kita hanya sebagai kenalan. Ada juga orang yang kita bermati-matian menganggap sebagai sahabat akhirnya menikam kita juga dari belakang. Perasaan apabila ditikam itu sangat menyakitkan, bukan kerana kesan tikaman itu, tapi kesan luka dalam disebabkan oleh khianat itu. Namun, Allah itu maha adil, ada juga sahabat yang sanggup mendoakan kita tanpa kita sedari. Ada sahabat yang menerima kita seadanya. Peratus bilangan sahabat itu sangat kecil kebahagiannya melebihi peratus bilangan kenalan dan rakan. Syukur kerana ada yang mutually suka sama suka untuk menjadi sahabat kita semasa suka dan duka.
Umur semakin bertambah, hati semakin luka. Hanya masa yang boleh menyembuhkan dan hanya hati kita sendiri yang boleh mengubati jika betul-betul berikhtiar untuk memaafkan dan move on. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment