Thursday, September 10, 2020

This is me!

Gosh, I can watch The Greatest Showman again and again and I can guarantee you that I'll be crying again and again even before the scene that I normally cry. 

When you watch a movie, and you keep on having goosebumps from time to time, I'd say, this is it!

I love watching this especially when I am down. I could just absorb everything and relate. There was a point in my life that I felt that it was easier to give up than to move on. My circle was growing smaller, because I hibernated and left a lot of people until there were very little number of supporters. The hardest part was to let go of everyone and slowly collected those who remembered me. 

It has never been lower than what I faced and I am grateful for the supporters that I have at the moment. There were some from stranger friends and there was always dream and hope.

From the Greatest Showman, I learnt that whatever imagination and belief that you have belong to you. It is you to visualise and make it happen. Help will come as long as there is hope. Sometimes I sleep holding my own hand to give me courage, to remind me that you are not alone. 

This is my favourite clip, all time.. when Barnum believed that there was no turning back when he started something new. This clip is such a goosebumper as they accepted the rejection from the society and move on, stronger than before. 

When the sharpest words wanna cut me down,

I'm gonna send a flood, gonna drown 'em out,

I am brave, I am bruised,
I am who I'm meant to be, this is me!



Share/Bookmark

Sunday, August 23, 2020

Perasan tak kalau tengok drama melayu, ending selalunya 'happy ending'? Maksudnya, orang yang jahat akan dapat pembalasan, yang baik pula, bahagia hingga ke akhirnya. Orang yang insaf pun bahagia. Tahu tak, apa perbezaan cerita drama melayu dengan kehidupan sebenar?

Di dalam kehidupan sebenar, kita belum tentu dapat tengok balasan orang jahat sebab selalunya Allah akan beri masa untuk mereka tu bertaubat hahaha.. Silap haribulan, orang baik tu pulak, bukannya akan maafkan macam dalam drama sebab mereka bukanlah malaikat. Kadang-kala orang yang baik pulak berubah menjadi jahat. Hati mereka dipenuhi dendam dan berharap untuk melihat pembalasan orang yang jahat tadi. 

Di dalam kehidupan sebenar, belum tentu kematian itu akan mendatangkan keinsafan. Belum tentu, orang yang derhaka akan berlari ke kubur, menangis meratap memohon kemaafan. Mungkin mereka rasa mereka tak berdosa dan belum lagi timbul rasa menyesal. 

Di dalam kehidupan sebenar, kebahagian yang datang tak mungkin dapat serentak dalam sesebuah jalan cerita itu kerana ujian kita berbeza dan selalunya ujian tu tetap akan datang satu persatu kerana dunia itu hanyalah sementara. Kebahagian tetap ada tapi bukanlah 'happy ending' yang serentak.

Bila tengok balik kehidupan sebenar, memanglah kita teringin nak tengok ending. Kita hanya tahu apa yang kita nampak sahaja, berlainan dari dalam drama sebab kita boleh dengar monolog, kita boleh nampak situasi dari pandangan watak-watak di dalamnya. Muzik latar juga mampu mempengaruhi bagaimana kita melihat watak-watak tersebut. 

Di dalam kehidupan sebenar, setiap orang terikat dengan label yang diberikan oleh orang lain berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas. Maknanya kalau orang dah berubah sekalipun, belum tentu orang akan dapat melihat perubahan kerana tiada siapa yang dapat membaca isi hati orang lain. Tambahan pula, kita sering melihat dunia orang lain melalui kaca mata dan perspektif kita sendiri tanpa cuba untuk menyelami perasaan orang lain. 

Tergelak pulak saya bila membaca status whatsapp seorang rakan "How do You Know What a Fish Thinks? You are not a fish" - Hui Zi, Warring States Period.

Bila saya buat carian di Wikipedia, ini hasilnya.

"
Chuang Tzu and Hui Tzu were strolling along the dam of the Hao River when Chuang Tzu said, "See how the minnows come out and dart around where they please! That's what fish really enjoy!"

Hui Tzu said, "You're not a fish - how do you know what fish enjoy?"

Chuang Tzu said, "You're not I, so how do you know I don't know what fish enjoy?"

Hui Tzu said, "I'm not you, so I certainly don't know what you know. On the other hand, you're certainly not a fish ‑ so that still proves you don't know what fish enjoy!"

Chuang Tzu said, "Let's go back to your original question, please. You asked me how I know what fish enjoy ‑ so you already knew I knew it when you asked the question. I know it by standing here beside the Hao."

— Zhuangzi, 17, tr. Watson 1968:188-9

Share/Bookmark

Sunday, August 16, 2020

Sambungan PKP#2

    Dalam entri yang lepas, saya baru je share yang dapatlah bila adik-beradik dan mak ayah beri duit, bolehlah buat modal untuk berniaga. Nak jual kek macam biasa, rasa macam jaman PKP ni, tak sesuai pulak jual makanan yang bukan makanan asasi. Yelah, kek tu macam dessert kan? Tambahan pula, group Masak Apa Hari Ni meriah dengan perkongsian masakan yang viral-viral, ada jugak komen-komen dari luar negara yang mengkritik bahawa kita seharusnya menyimpan stok makanan, bukan dibazirkan dengan memasak makanan-makanan viral yang mewah. 

    Disebabkan tak pernah menghadapi pandemik sebelum ni, rasa macam munasabah jugaklah kalau bekalan terputus. Terima kasih jugaklah pada kerajaan Malaysia sebab memang selalu disebut-sebut masa sidang media yang bekalan makanan mencukupi. Kalau tak, mungkin negara kita akan mendapat bilangan COVID-19 yang tinggi kalau orang dah berasak-asak ke kedai sebab pembelian panik. 

    Berbalik pada perniagaan tu, saya ingat pizza lah yang paling sesuai sebab makanan yang ringkas, kalau mak ayah bekerja pun, anak-anak boleh panaskan sendiri. Maka bermulalah episod mencari bahan-bahan. Ya robbi, benda yang selalunya mudah, menjadi susah. Personal shopper tumbuh macam cendawan namun kita yang tak pernah gunakan khidmat PS rasa macam was-was sama ada semua PS tu jujur atau tidak. Selagi tak nampak mereka berswafoto dengan barang-barang, agak susah nak percaya kecuali PS yang disyorkan oleh jiran. Beratur di luar kedai bahan bakeri juga agak lama sampai berejam hanya untuk mengetahui yang parutan keju habis. Stok daging kisar pun habis. Macam main sorok-sorok pula, bila ada daging, keju tak ada, begitulah sebaliknya. Duit modal yang sepatutnya cukup sudah pun dibazirkan sebab sebahagian stok makanan dah habis, sebahagian pula sudah dibeli, tak boleh jual juga. 

    Akhirnya terpaksalah saya akur dengan keadaan yang begitu drastik. Saya berhenti berfikir tentang berniaga, saya gunakan duit yang ada untuk keperluan makanan harian dan laburkan sedikit untuk membeli para untuk mengemas alatan bakeri saya yang menimbun. Kenapa? Saya terpaksa lakukan apa yang boleh saya lakukan supaya minda saya tetap positif. Saya mengemas. Bab mengemas ni lah yang paling saya tak berapa minat. 

Sudahnya, saya cabar diri saya dan mengajak keluarga mengemas bakeri virtual kami dan belajar menyunting video. Alhamdulillah.. saya kongsi di sini..

Tunggukan kesudahan apa yang terjadi seterusnya selepas PKP berakhir...
Baca entri #1 di sini


#cabaranmenulis100%melayu



Share/Bookmark

Saturday, April 18, 2020

COVID-19 dan AzamKu ke Laut

Berangan la macam-macam bila PKP bermula. Mula-mula serangan panik sebab kita bukan makan gaji. Disulami batuk-batuk sebaik-baik PKP bermula dan sehari sebelum PKP pulak kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin mewakili abah yang tak dapat hadir. Walaupun sanitizer diberikan, dan kami pulak duduk di meja luar, jauh dari orang lain, panik itu tetap ada. Jadi semua kerja-kerja membakar kek terhenti sepenuhnya.

Nak jadi cerita, tuah datang bergolek, Allah ganti dengan kerja-kerja menulis. Walaupun payment memang tak tahu bila, sekurang-kurangnya leka jugak dengan kerja-kerja tu. Jadi taklah fikir sangat tentang bisnes kek.

Cuak tak payah nak cakap ya, sebab kerja sendiri. Kat group2 Whatsapp, mummies yg bekerja office beli macam2 online, dari buah belimbing sampailah kebuah mangga harum manis dan ada jugak remark2 anggur ni murah betul. Kalau tak percaya rezeki Allah, memang serabut weh.

Alhamdulillah, rezeki datang tak disangka2. Mak telefon minta nombor akaun. Berjurailah air mata. Malu yg sepatutnya memberi anak, kita pula menerima. Adik-adik pun beri juga, rasa sebak tak boleh nak cakap. Alhamdulillah, syukur. Beli barang dapur buat stok. Alhamdulillah sekarang berniaga la serba sikit, janji at least rolling modal kannn sementara otak ligat untuk bisnes yang baru.

Mengurut rasanya mungkin lagi 6 bulan pun belum tentu boleh start.
Nantikan sambungan posting ni kay..
PKP#2


Share/Bookmark

Monday, March 9, 2020

have you figure out ur biggest enemy just yet?

Honestly, I used to be in a world where I thought there will be no enemy. I thought enemy would only come if u choose one as a foe (like you-know-who when he marked Harry Potter). Boy, i was wrong!

I was in a world of fantasy. as I grew older, and not very obsessed with anyone, and praises do not really work, I tend to see things clearly.

If I were to vote, I'd say enemies are everywhere especially where our friends stand. Frienemies. Anddd if I were to vote which one is the most dangerous enemy, I would say it's not the one barking. it's the one who is the most supportive and yet leave us running to backstab us. do they really exist? Ypu don't have to believe me but one day, the time will come that you will be surprised to discover who the real enemy cause the truth will eventually come out. in the mean time, just enjoy ur friendship.
Share/Bookmark

Wednesday, January 15, 2020

10 Jenis Orang di Whatsapp!

Perasan tak, tak kisah lah group Whatsapp atau Telegram apa sekali pun, mesti ada orang yang lebih kurang sama karakternya. Cuba korang tengok.. ada tak karakter-karakter ni?

1. Mesti ada sorang yang superman atau superwoman. Apa dia buat semuanya perfect. Macam fairy tale hidup dia.

2. Mesti ada sorang yang merana je hidup dia. Orang posting macam mana happy sekali pun, dia mesti tengah sedih.

3. Mesti ada orang yang muncul bila dia perlukan pendapat, atau pertolongan atau informasi. Selain dari tu mesti dia akan hilang.

4. Mesti ada orang yang akan timbul bila musim gaji untuk mempromosi barangan.

5. Mesti ada orang yang suka bantah, apa juga orang punya cadangan, dia mesti akan bantah.

6. Mesti ada orang yang hanya akan respond kalau kalau geng dia bersuara. Kalau kita tanya soalan direct, kalau kita bukan geng dia, dia takkan jawab punya.

7. Mesti ada orang yang kalau kita tak respond kat dia, dia akan haruk dan 'pm' kita sampai kita respond.

8. Mesti ada orang yang anti sesetengah orang. Kalau orang yang dia anti tu post apa saja, mesti ada yang tak kena.

9. Mesti ada orang yang ada lebih daripada satu karakter ni.

dan yang paling best..

10. Mesti lebih ramai orang yang ikhlas, yang kadang-kadang kita tak pernah jumpa pun tapi membuatkan kita asyiiik nak layan whatsapp berjam-jam sehari hehehe..

Psttt.. Ini untuk suka-suka saja tawwwwww..
Anda yang mana satu hahahaha

Share/Bookmark

Tua-tua Pun Potong Q! A Sign of Their Own Bad Parenting

Dah berapa kali dah, bila kita minta anak tolong bayarkan, bila kita check, rupanya ada yang potong queue. Sakit jiwa, babe! Kita ni nak ajar anak biar confident sikit. Sakit pulak hati bila orang-orang tua ni pandai pulak potong queue. Potong queue budak pulak tu.

Tadi pergi ke Econsave minta anak queue untuk timbang sayur. Pergi sekejap ke tepi tak berapa jauh pun, nak mengambil buah mangga. Alih-alih dari jauh nampak ada orang lain bawak trolley duduk kat depan dia.Aik?? Tanpa fikir panjang, ku duduk di belakang trolley yang sepatutnya dia beratur "Bukan sepatutnya Irfan beratur kat sini ke? Sini!". Pakcik tu tidaklah berkata apa, buat muka penyu dan dia biarkan saja si anak tu ambil balik barisan. 

Lepas tu memang kena soal siasat la. Rupanya dia potong queue, masukkan separuh trolley dalam barisan. Yang anak ni bawak bakul. Sungguh hina perlakuan di bulan puasa. Seriously, this is not first time! Memang orang dewasa sangat sungguh tidak menghormati anak kecil. Contohnya bila minta anak belikan nasi lemak atau kuih. Bukan tak pernah si penjual kuih mendahulukan yang dewasa. Sangat biadab!

Kalau kita nak dihormati, kita kenalah hormat diri sendiri dulu. Dah tak relevant kalau kita nak orang hormat kita sebab umur sebab akhlak tu lah yang mencerminkan segalanya. Tapi honestly, I am not a good example myself. Patutnya ai is lebih sabar bila orang potong queue, anaknya sabar, maknya meroyan. caner?
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails