One Big Happy Family
Monday, April 12, 2021
Smaller Circle as You Grow. Perfectly normal! ♥
Thursday, December 31, 2020
Bahaya Ibu Akhir Zaman
Kadang-kadang saya terfikir, macam mana kalau sebenarnya Allah dulukan Ibu BUKAN sebab keperitan dan susah payah menjadi ibu. Bagaimana kalau sebenarnya Allah lebih mengetahui yang melayan Ibu ni sebenarnya 3 kali ganda lagi sulit dari melayan Ayah.
Bagaimana pula kalau Allah lebih tahu yang Ibu boleh jadi 3 kali lebih cerewet dari Ayah.
Bagaimana pula kalau Allah lebih tahu yang Ibu ni adalah sejenis spesis yang tersangatlah sensitif jadi, kesensitifannya adalah 3 kali lebih ganda dari Ayah, jadi Rasul dah pesan, layanlah Ibu, Ibu, Ibu dan barulah Ayah.
Sebenarnya menjadi Ibu ni kalau tak pandai, akan menjadi perangkap yang menjerat diri sendiri. Ramai sangat Ustaz yang berpesan pada 'anak-anak' derhaka, agar jangan mudah lupakan tanggungjawab. Tapi tak kurang juga drama yang menonjolkan sikap Ibu yang mendesak anak-anak mentaatinya sehingga kelihatan macam veto power nya lebih besar dari Allah. Yelah, Allah dah kata, anak lelaki boleh pilih jodoh sendiri tapi kalau Ibu pengantin lelaki, ada sahajan yang mengizinkan calon jika calon wanita itu memenuhi kehendak dia. Seolah-olah dia yang akan hidup bersama pasangan anaknya itu,
Tak kurang pula Ibu yang tak berkenan dengan calon menantu sampai tak teragak-agak mencarikan calon lain pula. Memanglah drama tapi tidak hairan kalau drama itu berdasarkan kehidupan. Mesti ada yang jadi, takkan pula ada orang membuat cerita fantasi semata-mata.
Saya sebagai seorang Ibu, ingin menegur diri saya sendiri dan kalian, bahawa cabaran menjadi Ibu ni memang bukan lah suatu yang senang tapi jangan sampai menggunakan kuasa atau 'keistimewaan' yang pada hakikatnya mampu membuatkan kita menjadi seorang veto dan pembuli.
Jangan lupa yang kita sebagai Ibu akan juga disoal jika kita membuatkan hidup anak-anak kita merana. Jangan sekali-kali rasa yang Anak terpaksa taat atas dasar agama sampaikan kita boleh buat dan cakap apa sahaja yang kita suka. Dan jangan 'claim' Anak-anak itu derhaka jika kita sendiri yang mencabar dan menjuruskan mereka untuk jadi derhaka.
Di padang mahsyar nanti, semua akan mula menuding jari demi mengutip pahala agar kita tak terjerumus ke neraka. Jangan sampai Anak-anak menuding jari mengutip balik apa sahaja hak mereka.
Teringat saya pada satu Ustazah yang cakap Anak tidak berhak untuk berkecil hati dengan Ibu mereka. Tapi bagaimana pula dengan Ibu-ibu yang membuang bayi mereka sendiri, mendera atau membiarkan pasangan mereka mendera Anak-anak sendiri demi sebuah cinta yang tak berapa nak ada. Saya berhenti di sini. Fikir-fikirkan dan muhasabah diri.
Bahaya Ibu Akhir Zaman
Terlajak Perahu Boleh diundur, Kadang-kadang tak Terlajak Kata Pun, Orang Boleh Terasa.
Betul tak tajuk ni. Kadang-kadang tiada istilah tersalah kata. Benda yang kita sebut tu benda betul dan benda biasa. Cuma tak kena dengan situasi, kita pun tak tahu apa yang sedang berlaku, alih-alih buat komen general je, salah cakap, orang dah terasa.
Sebenarnya kan, orang yang diuji ni tersangatlah sensitif. Mana nak jumpa orang yang tak diuji kan? Jadi, kita ni kena hati-hati bercerita, takut-takut terkena topik yang terkena tempias. Tak pasal-pasal pulak orang kecil hati dengan kita.
Kadang-kadang, orang niat nak 'sharing' tapi rupanya, sebelum tu ada peristiwa yang memang sudah mengecilkan hati, jadi tersentuh pulak hati.
Makin berumur, makin diuji, makin sensitif. Jadi bila berbicara dengan orang yang lebih 30an, kena hati-hati. Tiba-tiba orang jadi dingin, sapa pun tak berapa nak balas, cubalah semak balik apa yang pernah kita sembangkan. Padanlah Rasulullah kata, baik diam sahaja.
Kalau terkena dengan orang yang tak berapa rapat, tak mengapa. Namun, kalau tersilap topik dengan orang yang kita rapat, tiba-tiba orang tu terkecil hati, bahaya juga.
Anyways, berhati-hati sajalah. Semoga kita tidak disalah ertikan bila kita berbicara. Jangan lupa amalkan doa nabi Musa bila dia takut nak berjumpa Firaun. Jangan lupa, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.
Pic credit to: http://hadiay-sellambe.blogspot.com
Terlajak Perahu Boleh diundur, Kadang-kadang tak Terlajak Kata Pun, Orang Boleh Terasa.
2020's Gone in a Blink
Goodbye 2020. It's the fastest year in history. I still remember when we were in college, we chuckled thinking that we were going to be 46 in 2020. The hype was Wawasan 2020. That was the reason why we calculated how old we were going to be.
Well yesterday was the last day in 2020 which I literally think had passed in a blink. If I look back, I wonder if I ever achieved anything in 2020.
- Setting up (partially) my home spa. (my biggest achievement yet so far)
- Resetting my home baking area
- Tolerating my washing machine though it involved a lot of swearing
- Making my first video on youtube
- Deciding to do something I didn't want to but I had to do which I haven't done yet which is going to be my new career and finally submitting to the bigger force as this might be what He wants me to do.
- Letting go of the toxic people in my life (except myself as this year I realised that I can be as toxic as the toxic people in my life).
- Moving on from the toxic environment as well as the people themselves
- Braving myself on 3 stroke clients for massage
2020's Gone in a Blink
Saturday, December 26, 2020
Perangkap Iman
Wah tajuk macam bagus jer.. Betul ke iman ni ada pasang perangkap? Eh, ada sangat! Memang senang sangat nak terperangkap dengan iman sebab iman tu tak nampak, pulak tu setiap masa boleh bertambah dan boleh berkurang. Tapi apa tanda orang yang beriman tu? Kita yakin ke iman kita dah meningkat? Mungkin tak dalam kita rasa iman kita dah meningkat, kita termasuk juga dalam perangkap iman yang dibisikkan oleh syaitonirrojim. Kalau dah masuk perangkap, takut kita ni termasuk golongan acah-acah beriman. Baru buat solat 5 waktu, dah rasa solatnya diterima. Baru pergi surau secara konsisten, dah menilai orang yang tak pergi surau. Baru tutup aurat labuh sikit, dah hukum orang yang tak pakai tudung ni masuk neraka. Orang yang betul-betul beriman, walaupun dia nak menyebarkan kebaikan, dia akan jaga agar dia tidak sibuk menghukum orang sebab dia akan sibukkan diri sendiri. Sibuk memikirkan amalan dia akan diterima atau tidak. Orang yang acah-acah beriman pula, akan rasa diri dia hampir ke syurga dan mula berkata-kata di dalam hatinya bila melihat orang lain. Jaga-jaga tau! Semoga kita tidak dikira orang yang acah-acah beriman!
Perangkap Iman
Wednesday, October 7, 2020
Zaman Semua Kena Kecam
Bila bukak facebook, pergghh komen kebanyakkannya komen kecam. Tuan tanah mengadu nasib; KECAM, tuan tanah share posting; KECAM.. tak kena sikit; KECAM, share makan2 pinggan cantik; KECAM.
Pendek kata, semua pun nak KECAM. Persoalannya, kenapa ya? Betul ke memang nak kecam tuan tanah, atau sebenarnya hidup tu serabut dan cari peluang untuk lepaskan geram. Paling best, letak nama ntah apa2, gambar profil pun entah apa2, seolah2 macam akaun tu dibuat hanya untuk membeli peluang dia mengecam tanpa dikenali identiti.
Zaman dah berubah. Dulu, hidup tak se'stress' ini. Kebahagiaan pun dikecapi sendiri2, tak tahu orang lain hidup macam mana jadi kurang sikit nak banding2 dengan orang lain. Sekarang ni, dah jadi budaya 'share', kita pun tak rasa apa2 bila orang 'share'. Malah, orang yang positif, rasa terhibur pulak tengok kemewahan dan keindahan kehidupan orang lain. Kalau orang 'share' posting pasa bercuti, kita pun tumpang gembira sebab kita pun tak pernah sampai, dapat jugak tengok tempat2 lain melalui mata orang lain. Tapi kalau orang yang negatif, posting tersebut akan mendatangkan hasad dengki.
Zaman dulu mana ada laman sosial. Kehidupan lebih simple. Kalau nak tengok kehidupan dulu2 simple ke tidak, tengok sahaja lirik lagu orang dulu2. Tengok sahaja lirik lagu Bumiputra Rockers ni.
Aku Hanya Serangga
Tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu
Membuat aku rindu
Tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu
Lihat sinar matamu
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan…
Walhal, lagu ni, lagu orang frust bercinta, walaupun simple, agak 'poetic'. Kalau dulu lagi sebelum zaman 80an, lagu laagi simple, cerita tentang hujan, mentari. Ha.. sebab tu dulu tak ada road bully sangat, traffic jam sampai berejam. Kalau boleh, siapa nak hidup tahun dulu-dulu yang lebih simple?
Sayaaaa!!!
Zaman Semua Kena Kecam
Monday, September 14, 2020
I Used to be the Newly-Wedded Like Mia and Khuzairi...
Terbawa-bawa perasaan bila tengok 7 Hari Mencintaiku 2. Memang bukan senang kalau berkahwin. Orang baru masuk rumah, menghadapi keluarga baru, budaya baru. Belum tentu kedua-dua pihak boleh terima seadanya. Sebenarnya, drama tu memang betul. Cuma sedikit ekstrem. Maknanya apa yang berlaku tu memang berlaku dalam kehidupan, cuma intensiti tu tak sehebat itu.
Kalau diikutkan, Mia dengan Khuzairi tu saling tergila-gila sesama sendiri. Bila ada orang ketiga, terus ditimpa 1001 segala masaalah. Orang ketiga tu tak semestinya perempuan lain, kadang-kadang keluarga sendiri pun boleh menjadi orang ketiga. Kalau betul lah nak janji hubungan suami isteri, pertama sekali kena saling percaya, dan jangan sekali-kali mudah percaya dengan orang ketiga.
Kenapa perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah? Tapi kenapa Nabi Muhammad lebih mendahului umatnya dengan tidak mengaku umat, jika tidak berkahwin. Kenapa pula hukum nikah itu boleh berubah-ubah menjadi sunat, haram, harus dan wajib. Itulah antara bukti yang perkahwinan itu bukan sesekali mudah.
Islam itu sangat mudah. Disebabkan begitu kompleksnya perkahwinan, Allah menetapkan yang anak lelaki harus mentaati ibunya, dan isteri mentaati suaminya. Jika ini tidak mampu dilaksanakan, Allah telahpun menyediakan 3 talak jika memerlukannya. Talak pertama itu merupakan tempoh percubaan untuk mengetahui sejauh mana kita mampu hidup tanpa pasangan. Jika masih ada harapan, boleh cuba rujuk dan jika tidak boleh juga, masih ada talak yang kedua. Talak ketiga pula dikira game over lah.
Kita tak akan mengetahui pasangan kita sehinggalah kita tinggal sebumbung, sebilik. Barulah kita dalam meneliti realiti perangai pasangan kita. Masa tidak sebumbung, mungkin kita nampak yang indah-indah sahaja kerana masih boleh disorok.
Barulah kita mengetahui yang adat dan kebiasaan pasangan kita mungkin sangat berbeza dengan adat kita kerana sudah tentunya kita dibesarkan dengan nilai dan adab yang berbeza, Persoalannya, setakat manakah kita mampu bertolak ansur dengan pasangan kita. Nilai dan adab yang manakah yang akan dipilih untuk menjadi nilai sebenar keluarga baru kita.
Siapa yang menonton 7 Hari Mencintaiku pasti tahu betapa keras kepala dan degilnya si Mia. Hanya bapa mertua Mia, Pak Samad, yang boleh melihat kebaikan Mia. Dan Mia juga, sangat ikhlas menyayangi Pak Samad kerana kelembutan Pak Samad melayani kerenah Mia. Namun, kita akhirnya tahu kenapa Mia bersikap sedemikian kerana dek asal usulnya dan apa yang berlaku di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Nasib baik Mia masih ada Pak Samad yang menyokong Mia dari belakang. Kalau tidak, memang talak 3 lah jawabnya memandangkan Mia ni bukan kaleng-kaleng orangnya.
Perkahwinan itu memang bukanlah suatu yang mudah, namun, pasti ada orang ketiga yang menyokong, ada juga orang ketiga yang mampu menggegarkan ikatan itu. Siapakah orang ketiga di dalam perkahwinanmu?
I Used to be the Newly-Wedded Like Mia and Khuzairi...