Wednesday, October 29, 2008

Adab-adab Menziarahi Jenazah

Assalamualaikum...

Selalunya kita menziarahi jenazah tetapi kadang-kadang kita tak tahu apa yang perlu dilakukan...

Apabila Menerima Berita Kematian

1. Sunat untuk kita membaca "innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun"..

2. Sabar dan tenang.. cuba untuk tidak meratapi pemergian simati..Redha dengan ketentuan Allah. Ingatlah semua yang ada di dunia ini adalah hak milik Allah dan Allah berhak untuk mengambil kembali bila-bila masa sahaja.

Sebelum bertolak

1. pastikan kita tahu jenazah nak dihantar ke mana. Kadang-kadang jenazah akan dihantar ke rumah ibu bapa. Jika kematian melibatkan laporan polis (kemalangan), selalunya jenazah akan dilepaskan agak lambat kerana menunggu post mortem.

Bagi yang meninggal di hospital, jenazah selalunya sudah siap dimandikan dan dikafan, jadi selalunya tiba lebih awal.

2. Ambil sembahyang siap2 dari rumah terutama sekali bagi wanita kerana apabila jenazah tiba, semuanya berlaku dengan pantas. Bawa stokin dan pastikan kita memakai sarung lengan untuk menutup aurat. Mungkin kita tidak ada masa untuk memakai telekung.

3. Bawa yassin / tahlil kalau2 kita terpaksa membaca di luar.

4. Ambil inisiatif untuk membaca tentang solat jenazah.. pahala bagi yang mengerjakan solat jenazah memanglah besar. Tambahan pula, itu adalah tanda perhormatan kita yang terakhir buat simati.

Setibanya di rumah simati

1. Pastikan handphone di "silent mode".

2. Bacalah yassin kepada simati. Seelok-eloknya bacalah beramai-beramai secara berjemaah. Jika tiada siapa yang mengetuai, bacalah dengan perlahan.

3. Bacalah Al-Fatihah dan sedekahkan pada simati.

4. Berdoalah sebanyak-banyaknya agar dosa simati diampunkan Allah dan diletakkan di sisi para solihin. Kita tidak mungkin akan sentiasa berdoa kerana naluri manusia akan lupa. Ambillah peluang untuk berdoa sehabis-habis ketika menziarahi jenazah.

5. Tenangkan ahli keluarga. Ingatkan mereka bahawa ini semua ujian dari Allah dan doakan agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapinya.

6. Ambillah iktibar.. ingatlah.. mungkin yang terkujur kaku itu kita kerana kita tidak tahu bila masa kita akan tiba.. Di kala itu, kita tidak mungkin dapat kembali untuk bertaubat kepadaNya.

7. Bantulah ahli keluarga menguruskan jenazah.

8. Solat jenazah.. kebiasaannya di sini, kebanyakan solah jenazah dilakukan sekali sahaja. Jika yang menziarahi ramai, tak salah untuk dilakukan solat jenazah berulang-ulang kali.

Perkara-perkara yang Tidak Sepatutnya Kita Lakukan

1. Bergelak ketawa apabila berjumpa rakan-rakan lama walau bagaimana gembira sekalipun hati kita.. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka.

2. Jangan bercerita hal-hal dunia seperti jualan langsung, kerja-kerja kosong dan lain-lain (sorry but it does happen).

3. Jika perlu mengangkat telefon, keluarlah dari rumah.

4. Jangan sibuk bertanya pada keluarga simati bagaimana dia mati.

5. Jangan bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.

3. Jangan merokok sambil bersuka-suka dengan rakan.

4. Jangan pula kita sibuk menceritakan masaalah kita seperti kesukaran sampai ke sana dan lain-lain. Apalah sangat jika dibandingkan dengan kedukaan keluarga simati.
Share/Bookmark

Menziarahi Jenazah

Assalamualaikum..

I have just come back from a funeral.. a friend's father who died early in the morning surrounded by children at the hospital.. He had leukimia.

I was there.. to show all the support only to realise that she was surprisingly calm.. not because she was not sad.. but being the eldest.. she must have been used to putting a brave mask on her face..

Talking about death is not something pleasant. I used to feel akward at funerals, not knowing what to do.. i dont know whether to smile, hug or give space or simply be there doing nothing..

Once i went to a college friend's funeral.. the husband couldnt see anyone from our batch because it was just too painful.. so we stepped back and left him alone.

It's so sad, though, being at the funeral.. not because of the death but i just couldnt help noticing a few people who were there waiting..

i attended a few talk on funeral.. i remember clearly what the ustazah preached.. she said.. it's better not coming than coming and yet talk and talk about other things...

well, it's surprisingly true.. At first we were there to give our final respect.. but then.. while waiting.. we couldnt help saying hi to all the ones coming.. It's kinda rude but then it is like a reunion.. and i really think catching up during that time is just not appropriate.. especially when people exchange laughter catching up with each other stories..

I overheard some selling MLM and some even answer business call in the house..which is just a shame.. Some really forget how sad people are losing their loved ones and they can never understand why some people are still laughing..

Continue reading ya ! in my next post.. adab2 menziarahi jenazah.. coming soon..
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails