Wednesday, January 15, 2020

10 Jenis Orang di Whatsapp!

Perasan tak, tak kisah lah group Whatsapp atau Telegram apa sekali pun, mesti ada orang yang lebih kurang sama karakternya. Cuba korang tengok.. ada tak karakter-karakter ni?

1. Mesti ada sorang yang superman atau superwoman. Apa dia buat semuanya perfect. Macam fairy tale hidup dia.

2. Mesti ada sorang yang merana je hidup dia. Orang posting macam mana happy sekali pun, dia mesti tengah sedih.

3. Mesti ada orang yang muncul bila dia perlukan pendapat, atau pertolongan atau informasi. Selain dari tu mesti dia akan hilang.

4. Mesti ada orang yang akan timbul bila musim gaji untuk mempromosi barangan.

5. Mesti ada orang yang suka bantah, apa juga orang punya cadangan, dia mesti akan bantah.

6. Mesti ada orang yang hanya akan respond kalau kalau geng dia bersuara. Kalau kita tanya soalan direct, kalau kita bukan geng dia, dia takkan jawab punya.

7. Mesti ada orang yang kalau kita tak respond kat dia, dia akan haruk dan 'pm' kita sampai kita respond.

8. Mesti ada orang yang anti sesetengah orang. Kalau orang yang dia anti tu post apa saja, mesti ada yang tak kena.

9. Mesti ada orang yang ada lebih daripada satu karakter ni.

dan yang paling best..

10. Mesti lebih ramai orang yang ikhlas, yang kadang-kadang kita tak pernah jumpa pun tapi membuatkan kita asyiiik nak layan whatsapp berjam-jam sehari hehehe..

Psttt.. Ini untuk suka-suka saja tawwwwww..
Anda yang mana satu hahahaha

Share/Bookmark

Tua-tua Pun Potong Q! A Sign of Their Own Bad Parenting

Dah berapa kali dah, bila kita minta anak tolong bayarkan, bila kita check, rupanya ada yang potong queue. Sakit jiwa, babe! Kita ni nak ajar anak biar confident sikit. Sakit pulak hati bila orang-orang tua ni pandai pulak potong queue. Potong queue budak pulak tu.

Tadi pergi ke Econsave minta anak queue untuk timbang sayur. Pergi sekejap ke tepi tak berapa jauh pun, nak mengambil buah mangga. Alih-alih dari jauh nampak ada orang lain bawak trolley duduk kat depan dia.Aik?? Tanpa fikir panjang, ku duduk di belakang trolley yang sepatutnya dia beratur "Bukan sepatutnya Irfan beratur kat sini ke? Sini!". Pakcik tu tidaklah berkata apa, buat muka penyu dan dia biarkan saja si anak tu ambil balik barisan. 

Lepas tu memang kena soal siasat la. Rupanya dia potong queue, masukkan separuh trolley dalam barisan. Yang anak ni bawak bakul. Sungguh hina perlakuan di bulan puasa. Seriously, this is not first time! Memang orang dewasa sangat sungguh tidak menghormati anak kecil. Contohnya bila minta anak belikan nasi lemak atau kuih. Bukan tak pernah si penjual kuih mendahulukan yang dewasa. Sangat biadab!

Kalau kita nak dihormati, kita kenalah hormat diri sendiri dulu. Dah tak relevant kalau kita nak orang hormat kita sebab umur sebab akhlak tu lah yang mencerminkan segalanya. Tapi honestly, I am not a good example myself. Patutnya ai is lebih sabar bila orang potong queue, anaknya sabar, maknya meroyan. caner?
Share/Bookmark

Aku, KFC dan Sahabat.

Semalam terasa emosinal sangat. Nak dijadikan cerita, ada sepupu kongsikan link KFC yang boleh dapatkan 3 meals percuma. Jadi ku cuba nasib. Sudahnya tak jadi, rasanya baiklah beli sendiri. Langkah pertama tu nak kena kongsikan link  tersebut pada 20 kenalan di whatsapp. Mula-mula tu senanglah, sebab anak yang ada whatsapp 4 orang, ditambah suami, dah jadi 5, okay 15 lagi. Hmmm.. rakan baik yang sanggup menerima junk text sorang, yang lain teman rapat juga, tapi rasanya mesti marah kalau dapat junk link. Sebelum share, kononnya nak sekodeng dulu link tu betul ke tak. Lepas dari tu dah termenung. Rasanya dalam Contact kat phone, punyalah ramai, tapi bila nak pilih 20 orang pun rasa macam tak terdaya.

Lama jugaklah termenung lepas tu. Terus delete balik message link KFC yang dah dishare.Tiba-tiba rasa macam sebak. Bukan sebab apa, sebab bila umur dah meningkat usia, ramai kawan-kawan yang ditinggalkan. Kawan-kawan bagaikan Touch n Go sahaja, seolah-olah Allah kirimkan pada waktu yang tertentu untuk mengisi ruang dan masa pada ketika itu.

Bila move on ke dunia baru, ke jangka waktu baru, ke tempat yang baru, ramai rupanya yang ditinggalkan. Teringat pulak masa kecil-kecil ada juga kata-kata motivasi tentang perbezaan antara sahabat dan kawan. Sejauh mana kita adalah sahabat atau adakah kita sekadar rakan. Apa yang kita korbankan untuk kita bergelar sahabat selayaknya.

Bila usia dah bertambah, circle of friends pun dah makin mengecil tapi tak sangka lah boleh mencecah kurang dari 20. Ada beberapa sahabat sahaja  yang sanggup menerima baik buruk kita. Hanya sahabat sahajalah yang betul-betul mengenali siapa kita sepenuhnya. 

Bila ku toleh belakang, mengimbau kenangan lama, berapa ramai orang yang kita anggap sahabat rupanya menganggap kita hanya sebagai kenalan. Ada juga orang yang kita bermati-matian menganggap sebagai sahabat akhirnya menikam kita juga dari belakang. Perasaan apabila ditikam itu sangat menyakitkan, bukan kerana kesan tikaman itu, tapi kesan luka dalam disebabkan oleh khianat itu. Namun, Allah itu maha adil, ada juga sahabat yang sanggup mendoakan kita tanpa kita sedari. Ada sahabat yang menerima kita seadanya. Peratus bilangan sahabat itu sangat kecil kebahagiannya melebihi peratus bilangan kenalan dan rakan. Syukur kerana ada yang mutually suka sama suka untuk menjadi sahabat kita semasa suka dan duka.  

Umur semakin bertambah, hati semakin luka. Hanya masa yang boleh menyembuhkan dan hanya hati kita sendiri yang boleh mengubati jika betul-betul berikhtiar untuk memaafkan dan move on. Insyaallah. 


Share/Bookmark

Monday, January 13, 2020

How Well do you Take your Path?

Every day we will recite, Ihdinassirothol mustaqiim (guide me to the right path), and yet, sometimes we question the path that Allah chooses for us. I guess, it is easier to accept the path we "fail",  that is when we believe that He decides and fated everything.

The problem is when your plans seem to take place the way you planned it. I think, it is a bigger trap than failing. You see, when you succeed in your life, you do have a tendency to believe that it is because you planned it well.

The truth is, those who "fail", or it's better to say, those who seem like "failing" normally plan. It's not like they plan to fail, but more like a bigger source has changed the "route" of the plan.

to be continued...

#irony
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails