Sunday, August 23, 2020

Perasan tak kalau tengok drama melayu, ending selalunya 'happy ending'? Maksudnya, orang yang jahat akan dapat pembalasan, yang baik pula, bahagia hingga ke akhirnya. Orang yang insaf pun bahagia. Tahu tak, apa perbezaan cerita drama melayu dengan kehidupan sebenar?

Di dalam kehidupan sebenar, kita belum tentu dapat tengok balasan orang jahat sebab selalunya Allah akan beri masa untuk mereka tu bertaubat hahaha.. Silap haribulan, orang baik tu pulak, bukannya akan maafkan macam dalam drama sebab mereka bukanlah malaikat. Kadang-kala orang yang baik pulak berubah menjadi jahat. Hati mereka dipenuhi dendam dan berharap untuk melihat pembalasan orang yang jahat tadi. 

Di dalam kehidupan sebenar, belum tentu kematian itu akan mendatangkan keinsafan. Belum tentu, orang yang derhaka akan berlari ke kubur, menangis meratap memohon kemaafan. Mungkin mereka rasa mereka tak berdosa dan belum lagi timbul rasa menyesal. 

Di dalam kehidupan sebenar, kebahagian yang datang tak mungkin dapat serentak dalam sesebuah jalan cerita itu kerana ujian kita berbeza dan selalunya ujian tu tetap akan datang satu persatu kerana dunia itu hanyalah sementara. Kebahagian tetap ada tapi bukanlah 'happy ending' yang serentak.

Bila tengok balik kehidupan sebenar, memanglah kita teringin nak tengok ending. Kita hanya tahu apa yang kita nampak sahaja, berlainan dari dalam drama sebab kita boleh dengar monolog, kita boleh nampak situasi dari pandangan watak-watak di dalamnya. Muzik latar juga mampu mempengaruhi bagaimana kita melihat watak-watak tersebut. 

Di dalam kehidupan sebenar, setiap orang terikat dengan label yang diberikan oleh orang lain berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas. Maknanya kalau orang dah berubah sekalipun, belum tentu orang akan dapat melihat perubahan kerana tiada siapa yang dapat membaca isi hati orang lain. Tambahan pula, kita sering melihat dunia orang lain melalui kaca mata dan perspektif kita sendiri tanpa cuba untuk menyelami perasaan orang lain. 

Tergelak pulak saya bila membaca status whatsapp seorang rakan "How do You Know What a Fish Thinks? You are not a fish" - Hui Zi, Warring States Period.

Bila saya buat carian di Wikipedia, ini hasilnya.

"
Chuang Tzu and Hui Tzu were strolling along the dam of the Hao River when Chuang Tzu said, "See how the minnows come out and dart around where they please! That's what fish really enjoy!"

Hui Tzu said, "You're not a fish - how do you know what fish enjoy?"

Chuang Tzu said, "You're not I, so how do you know I don't know what fish enjoy?"

Hui Tzu said, "I'm not you, so I certainly don't know what you know. On the other hand, you're certainly not a fish ‑ so that still proves you don't know what fish enjoy!"

Chuang Tzu said, "Let's go back to your original question, please. You asked me how I know what fish enjoy ‑ so you already knew I knew it when you asked the question. I know it by standing here beside the Hao."

— Zhuangzi, 17, tr. Watson 1968:188-9

Share/Bookmark

Sunday, August 16, 2020

Sambungan PKP#2

    Dalam entri yang lepas, saya baru je share yang dapatlah bila adik-beradik dan mak ayah beri duit, bolehlah buat modal untuk berniaga. Nak jual kek macam biasa, rasa macam jaman PKP ni, tak sesuai pulak jual makanan yang bukan makanan asasi. Yelah, kek tu macam dessert kan? Tambahan pula, group Masak Apa Hari Ni meriah dengan perkongsian masakan yang viral-viral, ada jugak komen-komen dari luar negara yang mengkritik bahawa kita seharusnya menyimpan stok makanan, bukan dibazirkan dengan memasak makanan-makanan viral yang mewah. 

    Disebabkan tak pernah menghadapi pandemik sebelum ni, rasa macam munasabah jugaklah kalau bekalan terputus. Terima kasih jugaklah pada kerajaan Malaysia sebab memang selalu disebut-sebut masa sidang media yang bekalan makanan mencukupi. Kalau tak, mungkin negara kita akan mendapat bilangan COVID-19 yang tinggi kalau orang dah berasak-asak ke kedai sebab pembelian panik. 

    Berbalik pada perniagaan tu, saya ingat pizza lah yang paling sesuai sebab makanan yang ringkas, kalau mak ayah bekerja pun, anak-anak boleh panaskan sendiri. Maka bermulalah episod mencari bahan-bahan. Ya robbi, benda yang selalunya mudah, menjadi susah. Personal shopper tumbuh macam cendawan namun kita yang tak pernah gunakan khidmat PS rasa macam was-was sama ada semua PS tu jujur atau tidak. Selagi tak nampak mereka berswafoto dengan barang-barang, agak susah nak percaya kecuali PS yang disyorkan oleh jiran. Beratur di luar kedai bahan bakeri juga agak lama sampai berejam hanya untuk mengetahui yang parutan keju habis. Stok daging kisar pun habis. Macam main sorok-sorok pula, bila ada daging, keju tak ada, begitulah sebaliknya. Duit modal yang sepatutnya cukup sudah pun dibazirkan sebab sebahagian stok makanan dah habis, sebahagian pula sudah dibeli, tak boleh jual juga. 

    Akhirnya terpaksalah saya akur dengan keadaan yang begitu drastik. Saya berhenti berfikir tentang berniaga, saya gunakan duit yang ada untuk keperluan makanan harian dan laburkan sedikit untuk membeli para untuk mengemas alatan bakeri saya yang menimbun. Kenapa? Saya terpaksa lakukan apa yang boleh saya lakukan supaya minda saya tetap positif. Saya mengemas. Bab mengemas ni lah yang paling saya tak berapa minat. 

Sudahnya, saya cabar diri saya dan mengajak keluarga mengemas bakeri virtual kami dan belajar menyunting video. Alhamdulillah.. saya kongsi di sini..

Tunggukan kesudahan apa yang terjadi seterusnya selepas PKP berakhir...
Baca entri #1 di sini


#cabaranmenulis100%melayu



Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails