Thursday, June 25, 2009

Jangan Kedekut Ilmu

Assalamualaikum..

Gembira hari ni mendengar seorang kawan yang mencuba resepi Seri Muka yang diberi oleh Ustazah, pengusaha kantin sekolah. Katanya, resepi yang diberikan memang menjadi. Beriya-riya ustazah berkongsi resepi, yang hadir cepat-cepat menulis sebab memang susah nak dapatkan resepi seri muka yang 'perfect'! Seri Muka ustazah memang sedap, rata dan lembut.. Tak manis sangat, pulutnya lemak..

Kalau ikutkan, ustazah memang tak pernah lokek berkongsi resepi walaupun dia sebenarnya meniaga..

Sepatutnya begitulah. Antara amal yang tak putus pahalanya walau kita sudah tiada ialah ilmu yang bermanfaat. Sebenarnya ramai tak lokek bila ditanya tentang resepi.. Pernah kawan rapat saya meminta tips bagaimana cara mendapatkan belang agar-agar zebra. Dulu mana ada buku resepi dan website yang melimpah ruah dengan resepi. Bermati-matian rakannya tak nak bagi.. Katanya rahsia.. belum lagi minta resepi.

Alangkah sayangnya pahala yang terbuang.. Kalaulah dia berkongsi, tentu banyak pahala. Saya juga pernah minta resepi ayam goreng rempah dari saudara sendiri.. Tersipu-sipu makcik menjawab.. ini secret recipe.. Saya terkejut.. tapi bila dia sendiri meminta resepi dari saya, saya kongsi..

Simpanlah ilmu yang Allah beri tu.. bawalah sampai mati.. Nanti bila dah tiada.. pastinya menyesal kalau Allah tunjukkan pahala yang diberi jika berkongsi ilmu. Belum lagi pahala yang kita dapat bila rakan-rakan kita berkongsi pula resepi dengan orang lain. Tak rugi berkongsi resepi.. Allah tahu apa yang kita lakukan.. Bukankah di dunia ini mencari keredhaan Allah. Itulah jalan yang paling mudah.

Bagi yang belum terbuka hati untuk berkongsi ilmu.. jinak-jinakkanlah hati tu ya.. Bukan senang yang masuk syurga.. Ingatlah.. sedeqah bukan dalam bentuk wang sahaja.. itulah sedekah tanpa wang.. Allah maha adil. Kalau sedekah semua pakai duit sahaja, orang kaya jelah masuk syurga.

Ikhlaskan hati ya! Allah tahu..
Share/Bookmark

Sunday, June 21, 2009

Don't Take Your Loved Ones for Granted

We are lucky to be surrounded by our loved ones.. Our circle of family, friends and loved ones.. Sometimes they are just too close to us that we take them for granted..

I bake a lot of cakes for my friends, last weekend it was a three-tier-wedding-cake for a teacher friend who got married..

My son, Irfan, waited throughout the decorating process.. "cantiknya ibu!", he was tempted to eat the pink roses.. One of the roses was badly shaped.. and I gave it to him.. he was really delighted, "Sedapnya ibu, sedap sangat"...

I felt really bad. I gave him the one not fit enough to be on the cake and he loved it! Actually, I have another cake for the family.. but the buttercream was not enough for the deco.. and I still haven't made more buttercream to finish the decoration.

Most of the time when I'm baking, my kids would ask.. "Untuk siapa ni, ibu?", "Ada orang order ke?" Most of the time, when it's extra beautiful, it's not for them. [sigh].

We do tend to take our family for granted. What we forget is Allah can just take them anytime.. Let's make a pledge.. pay more attention to them no matter how small their wishes are.. Let them be a priority in our lives.. Sometimes, it's just little things like fixing the vcd player for their favourite movie, a tyre that needs fixing, a photo that needs printing or even a simple dish that they feel like eating..

It might be small or trivial for us.. but for them.. it may mean a lot..

Always in the newspaper, when there's news on death, the reporter would ask, is there anything that he didn't manage to get before he dies and we read a long list of things.. and never learn anything out of it..

I salute my dad on this.. He will take any favor asked from him as an obligation. I remember the trip to Sentul just for a lamb treat for my son. He didn't know there's never lamb served on Friday.. We had to come back the very next weekend. Whenever we come to his house, he will make sure the kids eat everything available in the fridge, be it fruits, cheese and he's even more generous with his favourite food. That's my dad..

I pray to Allah.. to see these little things big! To treat my loved ones the best as I could so that there will be no regrets when the time comes...
Share/Bookmark

Friday, June 12, 2009

Apasal la marah-marah ni.

Sejak mengandung ni, cepat betul naik angin.. nak salahkan hormon memang la tak patut sebab mabuk-mabuk pun dah lama kurang.. sekarang ni dah masuk 7 bulan. Pejam celik dah masuk 3rd trimester. Dah nak bersalin. Temper makin tak berkurang.

Tak taulah apa sebabnya. Pantang anak buat salah sikit, mulalah menyinga. Semalam temankan anak-anak mandi pool di precint 9, putrajaya.. Budak-budak mandi okay tapi bila tengok ada 2 beradik ni main tarik-tarik dan tenggelamkan kepala sesama sendiri, kita pulak naik angin.. Walhal bukan anak kita pun. Dah siap mandi, masuk 'changing room', tiba-tiba je mood swing. Apa taknya.. takde bangku langsung nak letak barang.. Lain kali kena bawak bag masing-masing, gantung sendiri kat belakang pintu.

Dah lah asyik nak marah-marah.. sensitif yang bukan-bukan pulak tu.. Alih-alih mengalir air mata. Orang kata, jangan ikutkan sangat.. kita iyakan aje lah ye.. Hopefully.. everything will be okay.. agaknya penat tak habis dengan kenduri kahwin dan travelling kot.. Maybe I should rest.. or take a sabbatical leave..
Share/Bookmark

Monday, June 1, 2009

Ikhlaskanlah Pemberianmu..

Tengah-tengah mengemas, terjumpa macam-macam baju yang tak pernah dipakai.. Masih baru dan cantik, ada pemberian dari orang, maklumlah, di antara kawan-kawan dan adik beradik, kitalah antara yang kecil sekali. Ada juga yang dibeli sendiri masih belum dipakai.

Teringat beberapa pasang baju yang diberi Kak Sel. Masa mengajar di sekolah dulu, memang selalu pakai. "Baju ni masih elok lagi, Na, Kak Sel dah tak muat lagi". Memang selesa dan cantik. Bila pakai baju tu, muka Kak Sel nampak ceria tapi tak pernah cakap apa-apa, cepat-cepat bagitau dia "Ni baju yang Kak Sel bagi hari tu". Dia terus cakap "Eh, Nina, janganlah bagitau semua orang, ni yang Kak Sel suka bagi baju kat Nina ni, memang Nina pakai".

The truth is, there's nothing to be ashamed of. Sombong sangat ke kita ni, tak boleh pakai baju second hand. But that is not the utmost important. The most important thing is the fact that Kak Sel gave me the baju kurung, happy when I wore it and yet refused to let people know about it.. (wah bercampur-campurlah pulak bahasa.. nope, I don't feel stupid speaking in Malay, but I find it easier to express my feelings when I speak in English)..

Memang dah biasa dapat baju dari orang. Tapi yang tak syoknya bila dengar ungkapan seperti "Baju ni ada sentimental value, sayang nak bagi kat orang lain". Masaalahnya, bila kita nak 'let go' sebab tak muat atau tak reti pakai baju-baju berfesyen-fesyen, boleh ke kita bagi orang lain? Ke kena simpan sebab ada nilai sentimental?

Cuba fikir betul-betul, kenapa kita beri sesuatu pemberian.. adakah kita nak kosongkan almari kita, adakah baju kita tu dah tak "presentable" lagi, atau kita terlalu sayang pada baju tersebut sampai kita cuma bagi pada orang yang tertentu dengan harapan dia akan simpan, atau kita sayang baju yang masih cantik yang tak dipakai lebih baik diberi pada orang supaya dapat dimanfaatkan? Atau yang lebih afdhalnya.. berilah kerana Allah.. untuk mendapat keredhaan-Nya.

Jinak-jinakkanlah hati.. bila rasa angin kedekut datang.. teruslah bagi supaya kita lebih ikhlas. Jangan tunggu bila dah buruk baru nak bagi, zip dah tertanggal, kain dah lusuh.. Lebih baik lagi kalau boleh berikan pada orang yang lebih memerlukan. Sekali-sekala, bagilah yang baru.. memang susah nak ikhlaskan hati.. tapi itulah latihan yang sebaik-baiknya..

Yang paling penting, bila dah bagi orang.. jangan sebut-sebut lagi.. Lupakan pemberian kita pada orang tapi sentiasa ingat pemberian orang pada kita. Kan tak selesa bila kita tengah pakai orang menegur.. "Cantik baju!", "Macam pernah tengok je baju ni". Mungkin kita ikhlas bergurau tapi bunyinya macam tak ikhlas je.. Ikhlaskanlah hati.. berilah yang terbaik.. dan jadilah macam Kak Sel, "kalau na tak boleh pakai baju-baju yang Kak Sel beri, bagi je kat siapa-siapa, janji boleh pakai".

Thank you, Kak Sel, kerana mengajar nina rasa rendah diri, memakai baju-baju 'second hand' dan juga mengikhlaskan hati dalam memberi..
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails