Showing posts with label Islam itu Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam itu Agamaku. Show all posts

Saturday, December 26, 2020

Perangkap Iman

 Wah tajuk macam bagus jer.. Betul ke iman ni ada pasang perangkap? Eh, ada sangat! Memang senang sangat nak terperangkap dengan iman sebab iman tu tak nampak, pulak tu setiap masa boleh bertambah dan boleh berkurang. Tapi apa tanda orang yang beriman tu? Kita yakin ke iman kita dah meningkat? Mungkin tak dalam kita rasa iman kita dah meningkat, kita termasuk juga dalam perangkap iman yang dibisikkan oleh syaitonirrojim. Kalau dah masuk perangkap, takut kita ni termasuk golongan acah-acah beriman. Baru buat solat 5 waktu, dah rasa solatnya diterima. Baru pergi surau secara konsisten, dah menilai orang yang tak pergi surau. Baru tutup aurat labuh sikit, dah hukum orang yang tak pakai tudung ni masuk neraka. Orang yang betul-betul beriman, walaupun dia nak menyebarkan kebaikan, dia akan jaga agar dia tidak sibuk menghukum orang sebab dia akan sibukkan diri sendiri. Sibuk memikirkan amalan dia akan diterima atau tidak. Orang yang acah-acah beriman pula, akan rasa diri dia hampir ke syurga dan mula berkata-kata di dalam hatinya bila melihat orang lain. Jaga-jaga tau! Semoga kita tidak dikira orang yang acah-acah beriman!


Share/Bookmark

Friday, June 17, 2016

Jauhkan Hasad Dengki Ini Ya Allah...

Soal hati ni memang tak boleh cerita.. Kadang-kadang orang tak menunjuk-nunjuk pun, silap-silap haribulan kita boleh tersakit hati dan dengki. Soalnya kenapa? Kenapa? Kenapa?

Perasan tak? Bila kita dok scroll facebook, kita boleh rasa happy sangat bila tengok newsfeed.. Tak kisah lah orang tu gi Paris ke, Palestin ke, beli rumah baru ke, dapat gelang emas ke, suami wefie ke.. Tapi tiba-tiba si polan si polan bercerita, macam-macam rasa, meluat, mencik, meluap-luap dan rasa sakit hati sampai log out terus facebook.. haaaaa!! itulah tanda ada bibit-bibit sakit hati..

Ni bukan rekaan tauu.. betul-betul! Alkisah membaca seorang chef yang sangat sentiasa bermurah hati berkongsi resepi. Siap bertapa untuk buat resepi baru untuk dikongsi. Sungguh morni hati chef tersebut. Tiba-tiba perasan, komen chef ni sepesen yang berbunyi seolah-olah Lihat lah doniaaaa!! Ku berjaya walaupun kau dulu kedekut ilmu dengan aku. Tak tahulah apa yang terjadi sebenarnya, tapi bahasanya agak membuka pekung tentang kisah-kisahnya yang lalu.

Berbalik dengan kisahku sendiri. Memang ku sentiasa happy dengan kegembiraan orang lain, namun ada beberapa insan yang agak ku tak boleh nak gembirakan hati yang kecil ni. Bila dikorek-korek, memang orang yang tak boleh ku gembirakan hati ni, ada 'history' pada suatu jaman dahulu. Dan selalunya kenangan itu kurang manis. Sama ada hati pernah dikecilkan atau ku yang mengecilkan hati sendiri.

Sejujurnya, memang ku benci dengan perasaan itu, namun agak sukar untuk dikawal perasaan yang tidak diundang itu. Dipendekkan cerita, kalau dulu, ku 'unfriend' saja. Tapi sekarang, ku cuba melawan perasaan itu dengan mendoakan yang baik-baik saja dan berdoa agar Allah melembutkan hati ni.

Memang dalam isu yang macam ni, tiada siapa yang salah. Soal hati memang susah untuk dikawal melainkan iman yang menepis segalanya. Yelah kan.. namanya pun soal hati. Okaylah! Kalau ada rasa macam tu.. cepat-cepatlah cuba untuk menepisnya. Hati yang sakit ni lama-lama makin parah kalau tak diubati. Tepuk iman, tepuk hati, jangan sampai mati hahahaha..

Chow bebeh!
Share/Bookmark

Tuesday, May 5, 2015

Seindah Akhlakmu Ya Rasul..

Akhir-akhir ni, banyak je rancangan televisyen yang dok ceritakan pasal Rasulullah SAW. Makin kenal baginda, makin tertarik nak tahu lagi. Mysterious sungguh rasul kita ni. Banyak benda yang kita buat, kalau diniatkan betul-betul, boleh lah dapat pahala sunnat. Contohnya siwak, Rasulullah rupanya bawak kemana-mana je siwak. Kalau kita ni kira gosok gigi la. Bangun tidur, gosok gigi tu sunnah, sebelum tidur gosok gigi pun sunnah, sebelum wudhuk gosok gigi pun sunnah.

Tapi sayang kita ni gosok gigi tak niat sunnah jadi kurang lah sikit pahalanya kot. Kalau ikut sunnah gosok gigi 3 kali bahagian depan, dalam gigi, lidah dan langit-langit sekali. Serius tak pernah gosok langit-langit. Rugi kan, buat hari-hari sejak kecik-kecik lagi tapi tak ambil pahala sunnah..

Lagi kita kenal rasul, lagi kita akan rindu dengan baginda.
Share/Bookmark

Thursday, February 12, 2015

Edisi Jumaat Extra Pedas (untuk diri sendiri sebab sendiri yang makan cili!)

Tiba-tiba teringat pulak cerita mengenai seorang isteri di zaman Rasullullah yang suaminya sedang bermusafir. Suaminya berpesan, jangan tinggalkan rumah. Tiba-tiba dikhabarkan ayahandanya jatuh sakit, lalu dia pun mengirimkan seseorang bertanyakan Rasullullah sama ada boleh atau tidak dia nak melawat ayahandanya tapi Rasullullah suruh dia taat pada suaminya.

Yelah, zaman dulu mana ada Whatsapp ke handphone pun tak de, bermusafir dengan unta, konfemlah berbulan-bulan kan. Dapat pula khabar berita, ayahandanya meninggal dunia. Dia pun bertanyakan Rasululullah lagi, boleh tak dia nak ziarah jenazah ayahandanya tapi masih lagi dia kena taatkan suami. Mestilah sedih kan, tak boleh nak ziarah ayah meninggal.

Tak lama kemudian, rasulullah pun minta khabar gembira buat perempuan tadi. Khabarkan yang ayahnya di syurga atas keberkatan anaknya yang taat pada suaminya. Whoaaa mesti perempuan tu redho, tak merungut macam isteri-isteri moden macam kita-kita ni hehe..

Zaman sekarang ni lain, suami-suami moden dah beri keizinan untuk bekerja, untuk bercakeramba dengan kawan-kawan. Yelah, dunia hari ni, jarang-jarang dapat jadi macam isteri dulu-dulu. Nak kahwin, kena sama-sama tong-tong responsibilities. Kerja rumah pun kena buat sama-sama, pendek kata semua benda pun sama.. ala-ala almost equal right..

Tapi satu je nak peringat diri sendiri dan kawan-kawan.. Dalam pada masa, suami moden dah sporting kasi kita bekerja dan keluar bagai, apa-apapun veto power tetap milik suami. Kena ingat, sekarang ni kita lebih kepada 'bagitahu' instead of "mintak izin". Kita kena jugak syukur suami kita sekarang ni kasi can kat kita.. boleh keluar.. boleh ada happy hour dengan kawan-kawan. Ultimately.. suami tetap suami, suami tetap kena 'tanggung' isteri kat akhirat nanti.. dan redho Allah tetap pada redho suami. That's a fact. Yang lain daripada suami tu kira semua secondary. Tapi kalau dah suami bagi keizinan kerja, apa yang kita kena buat sebab makan gaji, kita kenalah buat. Jangan lah tak boleh pergi kursus atau meeting sebab suami tak bagi. Itu tak aci tauww!

Lagi satu, jangan pulak ambil kesempatan atas keizinan suami.. dan jangan pulak suami nak moden sangat sampai izinkan isteri buat benda yang tak diredhoi Allah. Sporting, sporting jugak, hukum tetap hukum. Perempuan moden pun tak nak equal right sekarang ni hehehe.. sebab tau.. equal right tu perangkap zaman moden.. kami rela ada org nak kena tanggung dosa-dosa kami (bab tu dalam posting lain pulak hokey!). Okaylah, mak nak pergi minum air. Pedas sangat ni.  Ingat kengkawan.. redho kat mulut je tak aci!! Balik gi cium tangan suami ek! Perang dingin pun kira tak aci jugak muekekekekeke
Share/Bookmark

Sunday, February 16, 2014

Ya Allah, Jaga Hatiku Ya Allah..

Allah mampu bolak balikkan hati kita dan memang hati kita sentiasa berbolak balik. Cuma tinggal lagi, takut nyawa kita Allah tarik semasa hati kita berubah. Na'uzubillah.

Kita tak akan lari dari diuji. Hati kita memang selalu diuji. Kalau kaya.. tentunya itu satu ujian. Kalau tak berapa nak ada pun kira diuji juga. Adakalanya hati berkata2 bila kita nampak org ada apa yang kita tak ada. Bila kita ada sesuatu, kita nampak pula apa yang ada lebih sikit dari kita. Bila kita tengok orang yang kurang dari kita, patutnya kita syukur dengan apa yang ada tapi diuji pulak dengan rasa ujub dan riak.

Pendek kata, hati itu susah. Manusia sangat mudah alpa. Syaitan tidak pernah akan putus asa mencuba menggoda. Sekarang ni memang selalu tengok cerita Charmed di HyppTv. Memang character2 demon tu sememangnya benar. Mereka akan dimarahi dan dihukum jika gagal sesuatu misi menggagalkan kebaikan. Bila misi mereka gagal, mereka takut dengan The Source (of.evil) dan kemudiannya The Source akan hantar demon lain dan menghukum demon yang gagal.

Depa tukaq shift. Kita je sorang2 kena lawan tapi selalunya lupa! hehehe

Ya Allah, bantu kami jaga hati kami, ya Allah. Biarlah hati kami dapat merasai kemanisan iman, ya Alllah. Jangan kau duga hati kami, ya Allah kerana penyakit hati itu perit, ya Allah. Penyakit hati membuat kita rasa perasaan yang penuh dengan keluh kesah ya Allah. Penyakit hati membuat kami tak nampak nikmatMu ya Allah. Amiin amiin ya robb.


Share/Bookmark

Thursday, October 25, 2012

Hari Wukuf

Dulu-dulu tak jugak ambil tahu.. satu hari tengok Discovery Channel kalau tak salah mengenai Haji. Ada satu American lady yang revert dan ada satu slot tu.. memang tunjuk pasal Wukuf di Arafah.. Menitik-nitik air mata jemaah di sana..

Rupa-rupanya.. hari wukuf hari yang paling ramai Allah ampunkan dosa.. Punyalah ramai orang yang wukuf di Arafah.. insyallah Allah ampunkan dosa semuanya.. Sebab itulah.. kita yang tak kesampaian untuk pergi ke sana.. boleh juga berpuasa dan tumpang berdoa di sini..

Sesungguhnya Allah maha Pengampun.. Teringat satu cerita di tv.. seorang pelacur yang tak mahu bertaubat sebab dia pasti Allah takkan ampunkan dosanya kerana hidupnya bergelumang dengan dosa. Pada hakikatnya Allah itu pasti akan ampunkan selagi ianya bukan dosa sesama manusia. Minta kita dijauhkan dari dosa syirik.. Selagi kita bertaubat Allah akan ampunkan.. cuma tinggal lagi.. takut kita leka dan tak sempat bertaubat.

Bertaubatlah.. selagi sempat.. Fikirkanlah tentang dosa2 kita yang lalu.. sama ada yang sengaja atau tidak.. aurat2 kita yang tak sempurna ditutup.. hati kita yang sakit.. perasaan yang marah dengan nasib yang pada hakikatnya apa2 yang berlaku dalam hidup kita itu sudah pasti satu tanda Allah menyayangi kita.

Beringatlah.. dan minta diingatkan.. kerana manusia sentiasa lupa. Berdoa dan percayalah.. yakin bahawa Allah akan ampunkan dosa kita. Ingatlah.. kita hanya hambanya.. tak punya apa2.. lahir di dunia tanpa seurat benang pun.. dianugerahkan mata.. telinga.. kulit.. Apa yang kita ada di dunia ini sebenarnya tiada satu pun hak mutlak kita. Tiada yang pasti di dunia ini..

Jangan lupa.. Allah sentiasa mendengar.. Bertaubatlah.. sudah pasti tiada satu hari pun yang kita lalui tanpa sebarang dosa.. bawak kereta pun boleh ada dosa.. himpit orang.. marah kalau orang himpit kita.. dekat tol pun terbuat dosa.. tersentuh tangan dgn tak berlapik.. Dekat FB, tertengok benda yang tak sepatut kita tengok, perasaan iri hati, merungut dan tanpa kita sedari.. kita berkira masa dengan Allah.. Tidak setiap hari kita bertaubat.. tidak setiap detik kita melakukan dosa kita terus beristighfar.. mungkinkah ada dosa yang kita lupa bertaubat.. Mungkinkah ada perkara yang biasa kita lakukan tapi kita tak perasan bahawa itu adalah dosa..

Saya tidak perfect.. saya juga melakukan dosa.. sedar atau tidak setiap orang bergelumang dengan dosa.. Mungkin setiap orang punya dosa yang berbeza tetapi tak seorang pun yang terlepas dari melakukan dosa..

Ya Allah.. di hari wukuf ini.. kami bertaubat ya Allah.. jangan kau hukum kami dengan dosa yang kami lalukan tanpa disedari atau tidak.. Kami lalai ya Allah.. jangan kau hukum kami atas kelalaian kami.. Ya Allah.. ampunilah dosa2 yang dilakukan oleh mata kami.. hati kami ya Allah.. Kau berikanlah kami hidayah.. dan kami pinta ya Allah.. jangan kau bolak-balikkan hati kami setelah kau berikan hidayah Ya Allah.. Ya Allah.. jauhi kami dari melakukan dosa ya Allah.. Kau bukakanlah pintu taubat kami ya Allah.. Kasihanilah kami ya Allah.. Amiin amiin ya robbal 'alamiin..




Share/Bookmark

Friday, March 30, 2012

Wahai Stranger.. Percayalah Rezeki Allah itu Ada Buat HambaNya..

He was a total stranger.. Betul bentul.. tinggi-tinggi bercermin mata. Senang cerita.. gayanya macam Rosham Noor masa berlakon menjadi suami dalam Suami, Isteri dan ...

Kami memang tidak mengenalinya.. tiba-tiba dia menjelma, kami juga tidak pasti di manakah kami berjumpa dia buat pertama kalinya. Dia seakan-akan kagum mendengar kami mempunyai 5 anak tapi bekerja sendiri dari rumah. Sedangkan dia mempunyai kiosk menjual pakaian lelaki dan juga bekerja bersama An di sebuah kedai emas menjadi salesman.

Kami terjumpa di shopping complex. Kerana kelurusan bendulnya, kami mempercayainya untuk membawa anak-anak kami ke tingkat bawah. Entah kenapa hati ini 'cuak' kalau-kalau lurus bendulnya itu sekadar lakonan. Cepat-cepat kami mengingatkan tentang apa yang diceritakan tentang kiosknya. Cepat-cepat kami turun ke tingkat bawah dan bergegas ke kiosknya. Sedang kami cuak, kami menyiasat kiosknya.. Boleh tahan, pakaian yang dijualnya. Apatah lagi kiosknya itu bersebelahan dengan kedai emas tempat dia bekerja. Kami terjumpa secebis kertas bertulis.. "Maafkan ayah" di bawahnya tertulis senarai beberapa cd lucah.. Ah.. rupanya si betul bendul ini ada 3 kerja.. Patutlah dia memang menghormati kami dan agak tertarik dengan kami yang betul-betul full time berniaga kek.

Lega.. tak sampai seminit kami di kiosknya.. dia tersenyum meleret dengan anak-anak kami. Legaa.. terasa bersalah pulak kerana berfikiran yang bukan-bukan. Walaupun begitu.. kami rasa terkilan.. kerana orang yang nampak gaya jujur seperti ini terpaksa mengorbankan imannya menjual cd lucah untuk mencari wang lebih sedangkan belum lagi mempunyai anak berderet-deret. Astaghfirullah.. kami terlalu cepat melabelnya.. Entah-entah cebisan kertas itu bukan miliknya.. Atau sebenarnya dia tidak pun menjual cd lucah cuma kami yang terlalu cepat membuat spekulasi. Sebenarnya, kami tak sempat berbual panjang dengannya sebab dia bergegas ke kaunter emas untuk melayan pelanggan sebaik sahaja dia menyerahkan kembali anak-anak kami. Ternyata dia memang orang yang baik-baik, dari raut mukanya, dari gayanya. Jadi entry blog kali ni ditujukan khas buatnya..

Percayalah Rezeki Allah itu Ada Buat HambaNya..

Walau tika balai melanda.. percayalah Rezeki Allah itu ada. Percayalah.. jika ianya bukan rezeki kita.. rezeki itu takkan jatuh ke tangan kita.. Ingatlah kadang-kadang kuih yang sedap yang sudah dibeli dengan nilai RM yang tinggi akan jatuh ke tanah juga.. dimakan oleh burung gagak yang selalunya makan dari tong sampah.. kerana ianya bukan rezeki kita.. Mungkin kita terpaksa berlapar berbanding gagak itu dan tidak hairan jika Allah memberikan kita lapar kerana kuih yang sedap itu mungkin mendatangkan penyakit kepada kita atau mungkin kuih itu belum betul tentu kesuciannya dan Allah sebenarnya menyelamatkan kita.

Percayalah.. di dunia ini, biarlah kita bekerja dengan gaji yang kecil tapi nilainya besar di mata Allah dek kerana keihklasan kita mengerjakannya kerana Allah. Dan percayalah.. rezeki itu tidak pernah sikit kerana Allah maha Pengasih dan sentiasa memberi kepada hambaNya yang terbaik..

Dan percayalah.. rezeki itu sebenarnya datang dalam berbagai bentuk dan cara. Sahabat yang baik, hati yang tenang, jiran yang berhemah, kereta buruk yang jarang-jarang rosak! Jangan sekali-kali percaya.. hidup kita yang paling susah kerana kaya tidak bermakna bahagia.. miskin tak bermakna binasa.

Percayalah.. Allah tidak akan meninggalkan kita apatah lagi apabila kita bekerja keranaNya.. dan memastikan apa yang dilakukan halal dan tidak memberikan kebinasaan kepada orang lain. Berniaga CD lucah sebagai jalan cepat.. memang mampu menjana wang dengan cepat.. tapi menggadai iman dan membuat 'investment' di jalan yang salah. Pernahkan anda terfikir.. bahawa kesan buruk dan dosa dari perbuatan hasil dari video lucah yang kita jual.. sedikit sebanyak memberikan saham akhirat kepada kita. Maukah kita bertanggungjawab jika orang yang membeli CD itu.. akhirnya beronani atau lebih teruk lagi merogol kerana tidak dapat melawan nafsu dek kerana CD tersebut.

Bertaubatlah si Bendul sebelum terlalu lewat. Percayalah Allah itu sentiasa berada di sisi orang yang beriman dan yang selalu berjuang untuk menegakkan syiarNya. Percayalah Rezeki Allah itu ada. Jangan kau gadai imanmu..

Kami terkilan kerana kami tidak tahu namanya.. tidak berusaha untuk lebih mengenalinya.. Tidak pula meminta nombor telefonnya kerana pertemuan kami dengannya hanya seketika mungkin tak lebih dari 10 minit... Tapi alhamdulillah.. ya Allah.. kami bersyukur kerana Kau menemukannya dengan kami walaupun hanya seketika sebagai tanda peringatan dari Mu untuk kami berkongsi di sini.. tentang keesaanMu, tentang rezekimu dan tentang kebahagiaan di dunia.. Terima kasih ya Allah.. kerana menghantar total Stranger itu ke dalam mimpiku.. Ya, dia hanyalah sebahagian dari mimpiku.. Alhamdulillah..
Share/Bookmark

Thursday, September 1, 2011

Raya | Raikan Kemenangan Melawan Nafsu dengan Memenuhi Nafsu (makan) huhuhuuuuu

Terngiang-ngiang peringatan dari Imam semasa khutbah Raya Aidilfitri.. Saya tak ingat 'the exact words" tapi lebih kurang macam ni lah ya.

Ingat! Raya merupakan tanda kita merayakan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang ramadhan. Janganlah kita makan sampai tak ingat dunia.

Hmmm.. Hari ini raya pertama dan kedua.. kalau disenaraikan makanan yang kami makan rasanya.. kira burn la perjuangan Ramadhan huhuhuuuuu

lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang, laksa, nasi lemak, bubur lambuk, masak tempoyak ikan patin, sambal tempoyak ikan bilis, ulam, ikan bakar, tart nenas, choc chip, lemang lagi, sampret peanut butter, kuih bakar durian, kuih mazola.. aduiiiiaii!! tak berani nak senarai apa yang dimakan raya ketiga.. itu pun list tu dah di'edit'' hehe..

Patutlah Allah bagi pahala berganda 6 hari puasa sunat di Syawal.. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.. Astaghfirullah..

Share/Bookmark

Friday, August 19, 2011

Terawikh | Yeay Yeay! Makcik Garang Period kot!!!

Sejak dua menjak pergi terawikh kat surau bawak Muhammad ni (2 tahun), sembahyang memang tak boleh khusyuk langsung.. Apa taknya.. bila orang luruskan saf je.. mulalah gelisah.. Ada sekali tu terus kena sound!

"Penuhkan saf depan dulu!!!" [huish garangnyaaaa!!]
"Er.. saya bawak anak ni".

Sejak hari tu, saya terus hafal bunga-bunga corak kat telekung dia.. senang nak elak lain kali hehe.. Seminggu uzur, saya coti, lepas coti, saya pergi balik ke surau.. Rasa macam terbayang-bayang muka makcik garang.. nampak masa majlis Nuzul Quran macam dia, tapi berpakaian biasa tanpa telekung.. ke saya silap orang?

Saya tanya anak saya..
"err.. makcik garang ada tak hari ni?"
"takde"
"ada ke?"
"takde kot"
Pada hakikatnya, kami anak beranak tak tahu sama ada makcik garang dia dan makcik garang saya sama ke tidak sebab kalau masing-masing pakat tunjuk, dah kira mengumpat kan. Tapi mengikut firasat saya, memang sama kot hehe..

Pernah suami menyuruh anak saya pergi mengambil kuih..
"Takpelah.. ada makcik garang".

Hari ni saya ke surau selepas seminggu bercuti.. saya duduk di belakang, saf depan anak-anak perempuan.. sebelah saya seorang ibu yang juga membawa anaknya yang berumur lebih kurang 4 tahun.. Muhammad di kiri saya, dia di kanan saya.. Alamak, semasa tengah sembahyang Muhammad melintas 2-3 kali di depannya.. [Nasiblah kan.. nak buat macam mana]. Selesai sembahyang, dia macam tak kisah je [alhamdulillah].. Rakaat selepasnya.. tiba-tiba anak dia pulak melintas depan saya mengajak Muhammad main [fuuuh.. legaaa.. anak dia pun melintas maknanya selamat la kan, mesti dia pun faham hehe].

Tak lama lepas tu.. tiba-tiba blackout.. Dengar suara-suara kat belakang..
"tu laa.. tak bayar bil letrik la tu" [hahahaha]
"Mana mamaaaa! mamaaaaaa huaaaaa"
"shhh shhh.. mama ada la", sambil mendukung [baiknya budak-budak ni.. tak kenal tapi terus jagakan budak tu]

Selesai 4 rakaat [laa baru 4 rakaat ke?] Bila ustaz bagi tazkirah.. dia menjemput, ibu-ibu masuk ke medan sembahyang utama, minta kaum bapa keluar ke tepi untuk beri ruang.. [Alhamdulillah.. merasa aku tengok ustaz masa dengar ceramah. Alhamdulillah ya Allah.. siap air-con tuuuu].

"Ibu, abah mana"
"Muhammad nak abah ke?" [yeeehhaaaa]
"Ibu, nak abah"
"Nurul, tolong hantar Muhammad kat Abah" [Lega.. boleh la fokus sikit hehe]

Selesai sudah terawikh .. alhamdulillah.. terus terdetik di hati saya
Ya Allah.. terimalah ibadahku, solatku ini.. walaupun aku lalai ya Allah..

Moral of the Story :
Susahnya nak khusyuk sembahyang bila ada anak kecik.. semoga Allah menerima ibadah kita.. kerana kita hanya manusia biasa.. tak lari dari membuat dosa.. Astaghfirullaahal adziim.. Bukan membuka pekung di dada.. tapi sekadar berkongsi cerita agar kita sama-sama berusaha.. Taqabbalallaahu Minkum.. Minna wa minkum taqabbal ya kareem.. amiin..

Share/Bookmark

Sunday, August 7, 2011

Wakaf Masjid | Saham Akhirat

Beberapa tahun dahulu, saya pernah melintasi seorang lelaki tua yang tersenyum dan baik gayanya.. berkopiah, dihadapannya sebuah tabung besar beisi duit ringgit dan syilling di hadapan bank. Saya terus masuk ke bank tersebut. Saya sungguh tertarik kerana dia langsung tidak meminta, tidak merayu.. hanya sekadar tersenyum.

Sebaik sahaja selesai urusan saya di bank, saya keluar dan terus saya menyeluk poket dan mengeluarkan duit dari dalam poket saya.. Saya kira.. kesemuanya.. kalau tak salah saya dalam RM1.60. Agak malu-malu, saya masukkan ke dalam tabung besar, dan dia menghulurkan sekeping resit.. Cepat-cepat saya ambil dan pergi. Langkah saya terhenti apabila ternampak di resit tersebut tertulis RM2.00. Saya patah balik..

"Duit saya tak cukup RM2", dia terus berkata...
"Eh, takpe takpe.. yang penting ikhlas".

Senyumannya cukup untuk menunjukkan yang memang dia maksudkan apa yang dikatakannya. Entah kenapa, pada hari itu, hati saya berbunga-bunya.. terasa besar RM1.60 saya. Ia terus merubah persepsi saya tentang sedeqah. Sejak hari itu, saya tidak pernah malu untuk menghulurkan syilling-syilling lebihan baki sebagai sedeqah walaupun bunyinya begitu kuat membuktikan bilangannya berbanding dengan helaian kertas. Saya faham.. jika kita menderma RM0.20, nilainya lebih besar daripada RM20.00 jika dilakukan dengan hati yang ikhlas. Mungkinkah di akhirat nanti, nilai RM0.20 saya itu lebih besar pahalanya berbanding duit-duit yang beratus-ratus ribu jika dilakukan semata-mata di hadapan kamera.

Saya selalu terbayang, mungkinkah satu hari nanti, di padang mahsyar, duit-duit syilling yang saya sedeqah seikhlas hati.. akan menyelamatkan saya terutama sekali bila saya sedeqahkan dengan lafaz "Lillaahi Ta'ala". Teringat kata-kata Ustaz pagi tadi.. kita takkan papa kalau bersedeqah.. dan tak salah jika memperuntukkan lebih banyak untuk membeli saham akhirat. Insyaalah.. setiap yang disedeqah ada pulangannya.

Tersentuh saya apabila membaca kata-kata Pengerusi Surau Taman Sutera, Kajang yang menyatakan rasa terharu dengan sokongan dan cuba untuk berterima kasih tetapi sebaliknya mendengar "Saya yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada surau dan ahli jawatankuasa yang telah menyediakan ruang dan peluang kepada saya untuk menginfa'kan sedikit daripada harta yang ada". Sebak rasa hati ini, walaupun saya tidak melakukan apa-apa buat surau, kerana masih ada yang sudi membantu.

Jadi dengan rasa rendah diri, saya ingin memanjangkan usaha Pengerusi dan Ajk Surau kami, Surau Taman Sutera dan memohon, agar rakan-rakan semua mahupun sesiapa yang tidak dikenali agar sama-sama bergandung, berkongsi apa yang kita mampu.. bagi membina Masjid Taman Sutera, Kajang ini. Semoga Allah merahmatiMu dan membalas setiap kebaikanmu. Amiin.. Jika tidak dari segi sumbangan, kami juga amat berbesar hati, jika berita ini dapat diwar-warkan.. kerana Allah tahu..

Nota :
No akaun bank: 5623 8412 0281 (Akaun Semasa - Maybank)
Nama Akaun : Pembangunan Masjid Taman Sutera
Share/Bookmark

Monday, August 1, 2011

Benarkah Kita Menyayanginya

Sanggupkah kita berputus asa apabila kita tahu seseorang yang kita sayang masih tidak mahu berubah? Sanggupkah kita tinggalkan mereka kerana kita sudahpun habis sedaya upaya untuk melihat perubahan tapi langsung tidak nampak gaya nak berubah. Adakah kita betul-betul kita menyayangi mereka jika kita tinggalkan mereka dengan pemikiran mereka.

Memang biasa kita dengar hadith yang berbunyi "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia
mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri". Adakah kita betul-betul beriman jika kita sanggup melihat sahaja jika ada kemungkaran di hadapan kita. Mungkinkah kita takut dibenci jika kita berterusan menegur.. sedangkan.. pada hakikatnya.. tegur secara berterusan itulah tanda kasih kita.

Sanggupkah kita mengambil risiko.. orang tidak lagi mahu menegur atau berkawan atau meninggalkan kita seandainya kita teguran kita itu tidak dapat diterima. Sanggupkah kita sekadar menegur di dalam hati kerana itulah selemah-lemah iman atau perlukah kita berterus terang agar mereka tidak terus hanyut.

Ya Allah .. padamu hamba berserah.. Ihdinassirothol mustaqiim.. la haulawala quwwata illa billaa hil 'aliyyul 'adziim..
Share/Bookmark

Saturday, July 23, 2011

Islam | Patutlah Senyum itu Satu Sedeqah!


Hati yang resah mampu terubat dengan satu senyuman.. walaupun senyuman itu dari orang lain. Ramai yang sekadar cakap je senyum itu satu sedeqah.. tapi ramai ke yang sedeqah senyuman?

Selalu kalau pergi beli barang.. geram kalau tengok cashier tu tergedik2 dengan kawan-kawan cashier yang lain tapi bila cakap dengan kita.. terus muka masam macam kita buang masa dia.

Kadang-kadang meluat tengok orang yang bekerja di bahagian info muka masam mencuka.. Kadang-kadang nak sedapkan hati.. nina selalu cakap.. agaknya laki dia marah dia kot pagi tadi tu yang mencuka tu..

Tapi pada hakikatnya.. senyum itu kalau kena pada gayanya akan jadi sedeqah.. Ruginya sapa yang muka masam tu.. Dahlah orang sibuk mengumpat dia.. dia pun runsing juga memikirkan kedut-kedut di muka tu.

Okaylah ya.. sebenarnya tak niat pun nak kutuk orang.. tapi kadang-kadang how i wish people would smile no matter how tired they are. Mungkin itu peringatan untuk diri sendiri.. selalu masam je muka dengan anak-anak bila order tengah tak menang tangan hehe.. Cukup-cukuplah ya.. karang got carried away la pulak ;D

p.s. jangan lupa senyum tawww!!
Share/Bookmark

Wednesday, April 13, 2011

Polygamy|Never against the System!

I remember a non muslim student asking me years ago about why Islam made Polygamy legal. I laughed and didn't startle the slightest bit. Well, it's different from my alter ego; the feminist! I smiled and gave him one example and he accepted it.

My example was this..

Imagine if a guy's wife is in a deep coma and this has been going on for 10 years and he is terribly lonely.. Should he divorced the wife in search of a new one? [Err..].. Say .. polygamy is not allowed and he divorced his wife because he believed that she has no hope. So, he remarried to a brand new wife to ease his loneliness.. Then suddenly.. the hospital calls him with a miracle.. the ex-wife has woken up. [erkk...]. Should he divorce his newly wed wife to be with his ex-wife.

My student didn't say and I know it made sense. Though I never really encourage , neither do I offer my husband to marry another one, I'm never against the system because there must be a good reason Allah grants permission to men to marry more than 1.

Though men chuckles whenever the word is mentioned and women quickly become snappy and menopausal (in terms of mood swing and hormonal changes), only some are daring enough for the responsibilities are greater and the tests are way more than being monogamist. And women are not very keen because they know.. they are not very fond of sharing when it comes to men.

A friend of mine did warn me.. about leaving 5 percent of the chances. Well, she said.. in case it happens, it's not that bad because you have already anticipated it. (Been trying and still trying). We never really know what will happen in the future. Though I didn't admit it.. I leave it in the hand of Allah.. and pray for my strength if it ever happens.. Having said that "Abang, jangan nak macam2 ya!!!"
Share/Bookmark

Tuesday, September 21, 2010

Journal Syawal

Entah kenapa, pagi ini nina rasa kesal sangat.. Syawal tak sampai 2 minggu tapi seolah-olah 'overwrite' apa yang telah dipelajari sepanjang Madrasah Ramadhan. Sebenarnya sambutan raya tu pun dah cukup memadamkan ingatan ramadhan. Balik dari kampung, terkejut badan sudah naik 4 kilo. Hari pertama, terkena cirit-birit teruk akibat makan segala macam makanan tanpa kawalan. Usaha menjinakkan nafsu selama sebulan sia-sia sahaja. Pagi sudah liat nak bangun, jangankan nak bertadarus, quran pun entah ke mana.

Teringat semasa ramadhan.. bangun tepat pada waktu menyiapkan juadah sahur.. dengan semangat berkobar-kobar untuk meneruskan budaya bangun pagi dan masak tanpa bertangguh. Habis ramadhan semua lintang pukang macam biasa.

Kadang-kadang terfikir jugak.. mungkin ke kita berubah pada waktu ramadhan itu dek kerana keberkatan bulan itu atau kita sebenarnya mengejar pahala 70 kali ganda semata-mata tanpa keikhlasan kepada Allah.. maka habis ramadhan.. ia tidak memberi kesan pada hati.. ataupun mungkinkah, kita terlalu sibuk beraya sampai terlupa budaya yang telah kita tanamkan sepanjang ramadhan.

Anak bising.. merungut katanya lebih meriah kalau sembahyang jemaah masa bulan puasa, sekurang-kurangnya ada jugak seorang yang masih mengingatkan kami. Alhamdulillah.. dia masih mahu ke surau untuk berjemaah..

Patutlah.. katanya bila umur sudah 40 tahun, sifat dan perangai sukar untuk diubah.. "Old habits die hard".. Memang susah betul untuk istiqamah.. Walaupun umur nina belum lagi 40 tahun tapi sebenarnya sedang mengira hari. Mungkinkah cukup masa untuk berubah.. untuk membuang sifat-sifat mazmumah di dalam hati.. mungkinkan cukup masa untuk menyuburkan sifat-sifat mahmudah.. Tapi kalau diikutkan kalendar islam.. mungkinkah sudah 40 tahun kerana bulannya lebih pendek. Kalau dikira-kira.. mungkin kita lebih tua dari umur mengikut kalender masihi..

Harapnya.. selepas ini, nina boleh cuba balik mengimbas kembali semangat-semangat yang tenggelam dek bulan perayaan ini.. takut tak sempat ke Madrasah Ramadhan tahun depan. Yelah.. kematian selalu menjenguk kita.. kita saja yang lupa nak jenguk kematian..
Share/Bookmark

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan! Ku Menunggu RahmatMu, Ya Allah!

Alhamdulillah.. sampai juga Ramadhan tahun ini. How time flies. Masa kecik-kecik dulu, nak menghabiskan satu tahun, punyalah lama.. tapi rasa macam baru je bersalinkan Muhammad Ramadhan lepas.. dah nak setahun dah.

Selalunya.. sejak lahir anak yang sulung 11 tahun.. cuma dua kali je miss puasa. Yelah... mengandung, menyusu.. mengandung lagi dan menyusu.. Tak merasalah mengganti puasa. Bila tahun lepas bersalin dalam bulan ramadhan, 15 hari lah nak kena gantinya.. masih belum habis ganti.. Agaknya semangat yang tak berapa kuat... almaklumlah.. bila menyusu.. memang sentiasa lapar.

Terharu rasa bila anak-anak sanggup puasa sunat menemankan ibu mengganti puasa.. Siap pesan pada yang sulung, kalau ibu tiada.. waris yang kena gantikan.. Dia janji akan gantikan. Alhamdulillah..

Percubaan kali pertama bawa Muhammad ke masjid masa solat hajat sekolah anak. Tak sampai satu rakaat dah terbatal.. bukan apa.. tergelak sebab Muhammad merangkak melintasi jemaah sambil berhenti dan mengagah makcik-makcik dan kakak kakak.. Nina terus pergi ke saf hujung dan tunggu dia.. Harap-harap tak marah lah makcik-makcik tu ya..

Bila dah ada baby.. dulu terasa sedih la jugak, tak boleh nak pergi ke surau bersama-sama ahli keluarga yang lain, miss ceramah-ceramah di antara terawih.. tapi bila difikirkan balik, Allah memang bagi bonus bagi ibu-ibu yang menjaga anak. Duduk di rumah pun dah dikira ibadah, setiap tangisan apabila memotong bawang dikira pahala. Apatah lagi bila, menyusukan anak. Bila ingat balik pahala yang Allah sediakan walaupun berada di rumah.. terubat hati ini. Janji, tak boleh merungut.

Bila Ramadhan tiba, entah kenapa terasa sayu hati.. dengan kerahmatan Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pemurah.. Diberikan bonus berganda-ganda.. Diberikan ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan ruang untuk kita bertarung dengan nafsu sendiri. Selalunya.. kita menyalahkan syaitan. Allah juga memberi 'servis' percuma.. Sebulan untuk servis 'digestive' kita, (selagi kita tidak makan macam gilerr).

Nina awal-awal lagi dah beritau adik ipar yang tinggal dengan kami buat masa ni.. bulan puasa ni, kami tak makan mewah-mewah.. tahun lepas, sekali pun tak pergi ke bazar ramadhan. Nina nampak dia macam terkejut. Bukan apa, harga dah tentu melambung-lambung dan kalau bulan Ramadhan ni tak ambil peluang nak jinakkan nafsu, rugilah. Lagipun, memang suami dan Nina selalu bagitau kat anak-anak.. Allah bagi kita peluang untuk rasa.. macam mana sesetengah orang tu berlapar.. kita berlapar sebulan je.. ada je orang yang berlapar sepanjang tahun..Jadi kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Jadi sempena Ramadhan ini, Nina bagi pihak seluruh keluarga nina menyusun 10 jari, dengan rasa rendah diri, memohon ampun dan maaf bagi apa juga kesalahan sama ada kecil atau besar dan minta dihalalkan makan dan minum (masa potluck tu main makan je hehe) .. apatah lagi, kita yang suka bergurau ni, tak tahu, entah-entah ada yang terguris di hati.. Bukan apa, terkedu bila suami balik dari terawih semalam bagitau antara orang yang tak mendapat pengampunan Allah ialah orang yang memutuskan silaturrahim dan tidak memohon ampun dari orang yang diputuskan silaturrahim.. Dosa kita dengan Allah memang Allah akan ampunkan kerana Allah itu maha Pengampun. tapi rupanya dosa kita dengan manusia..

Ampun dan maaf ya.. semoga Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kita.. dan semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar.. Amiiin amiin ya robbal 'alamiin..
Share/Bookmark

Sunday, May 23, 2010

Do I Make it to Heaven Being a Wife?

It was the first activity for HELWA (Hal Ehwal Wanita) Taman Sutera. A talk by Ahmad Husni Abd. Rahman, from Eksekutif Dakwah Pusat Pungutan Zakat (PPZ). I just love the activity, the fact that the talk was specially dedicated to mummies and kids were busy coloring for the colouring contest. Sometime in between, baby cries were heard and kids running in the surau. Aren't kids supposed to be exposed to the environment though most of the time they weren't even listening. The best part was the food right after that. :)
However, there was one thing that really caught my attention. It was when Ustaz told for a fact that a lot of women won't make it to heaven just because they are not thankful for their husbands and never really appreciate their husbands for their kindness. I was busy pondering my thoughts to listen to the rest of the talk especially when he asked "How many of you really greet your husbands at the door?" [i do.. hehe] "and thank him for working the whole day to take care of us" [opps...].. He continued "How many said thank you when your husbands give you money [i do.. hehe] and make a looongg face when it is not enough [oppssssss].. ".
I was told by a friend to be thankful when I complained that I'm embarrassed because most of the time my husband is the one doing the house chores as I'm mostly with Muhammad breastfeeding him. My husband is indeed a rare species.
My husband stopped charging my phone because I complained that he was gonna ruin my battery and now there are times that my handphone suddenly went off because it is out of battery.
I complained that he never really took me out to big malls when he had already given me permision to go with my friends. While some of my friends are stuck at home because their husband won't allow them go outing with friends and never really took them out.
I can write a long list of the things that I complain but I'd better not because some of my complaints are not said outloud but I can't deny the dissatisfaction I have in my heart. Hopefully things are gonna change from now on because of what Ustaz said to end his session:
Setiap waktu seorang wanita itu bersama keluarganya, yang dilakukan dengan penuh keikhlasan adalah dikira ibadah..

Share/Bookmark

Friday, February 12, 2010

Minumlah dari Telaga Rasulullah di Syurga Sepuas-puasnya!

Teringat setelah berpenat-lelah melayan anak-anak di Tasik Cempaka bersama jiran sebelah rumah pada hari Ahad, tiba-tiba abah menelefon untuk memeriahkan lagi.. Dia nak datang rumah sebenarnya tapi kami bersantai di 'playground'. Sebaik habis anak-anak bermain, terus kami ke Pasar Tani, menjamu mata.. Tak payahlah masak kalau dah makan 'heavy breakfast'..

Saya memang hantu nasi kerabu dan nasi dagang, nampak je memang kecur air liur.. terus peniaga tu menyapa.. "belilah, tolak harga borong"..dengan cerianya saya menjawab,
"Bagilah kami borong"..

Datang mak saya, lagilah borong, dia pun sama hantu nasi kerabu.. datang suami pun borong juga, hantu pulut.. Semasa sibuk memilih-milih, anak peniaga tersebut bertanya kepada ibunya..di tangannya siap kalkulator, "yang ini berapa?" Ibunya menjawab, "RM3.00", "yang ni?" "RM3.00" tapi kedengarannya ibunya agak 'annoyed'.. Saya menjeling harga di banner.. nasi dagang.. RM3.50.. Tiada tanda harga nasi kerabu, yelah, nasi kerabu ikut lauk..

Saya cuma minta daging dan ikan dan telur untuk nasi kerabu.. nampak si ibu meletakkan ikan kering yang saiznya XXS.. "alhamdulillah", dia bersedekah..

Bila tiba waktu membayar, "Berapa kak?", "RM24.00".. Saya merenung kesemua order saya, 2 nasi dagang, 3 nasi kerabu (2 ikan, telur dan 1 daging), 3 bubur lambuk, 1 pulut kuning, 1 pulut manis.. Hati saya terdetik.. "kalau harga tak borong berapa agaknya.." Pagi-pagi, bila saya makan seluruh keluarga di gerai tepi jalan di Kajang termasuk air, lontong dan nasi lemak selalunya antara RM12-14..

Tetapi Allah Maha Mengetahui.. mungkin dia dengar hati saya berdetik.. si ibu terus berkata, "ini akak bagi free ya", dan memasukkan satu mee kari.. "lebih kurang minta halal ya".. kata-katanya yang akhir itu membenarkan detikan hati saya..

Saya mengomel juga.. tapi terpaksa menerangkan kepada ibu saya, takut dia kecil hati nampak saya berkira membayar.. saya cuma kesal dan rasa tertipu kenapa dia mempromosikan harga borong tapi pada hakikatnya.. saya dapat mee kari dan ikan kering percuma.. kan lain tu..

Saya terkilan dengan sikapnya sebab saya juga pernah berniaga.. kadang-kadang memang susah nak 'let go' kalau ada lebih bila memikirkan keuntungan yang kita dapat kalau kita jual.. Mula-mula berniaga.. kalau kek terbantat, nak bagi diskaun pun masih berkira-kira.. tapi apa yang kita peniaga selalu lupa.. ikhlas itu perlu disemai, ditanam dan dibaja. Sifat ikhlas itu tidak datang sendiri.. kita kena lembut-lembutkan hati. Berniagalah sebagaimana Rasulullah berniaga. Ingatlah.. bila kita tutup satu akaun di sini, kita sebenarnya membuka satu akaun di akhirat. Bila kita bersedekah di sini, gantiannya akan dikembalikan di akhirat berlipat-ganda. Yang paling indah sekali, siapa yang berniaga seperti Rasulullah akan tinggal di syurga Rasullullah dan sama-sama minum dari telaga Rasulullah.. Minumlah sepuas-puasnya...
Share/Bookmark

Friday, November 6, 2009

Err.. Bukan Khurafat ke Tu?


Went to the clinic the other day with my 2-month-old baby. After 2 brothers had been infected, it was now his turn.. Poor thing.. he had been clingy since 2 days before..


An elderly woman with her grandson smiled at me.. Once she knew it's chicken pox, she offered me her remedy.. to bath Muhammad with water from young coconut.. Why didn't I think of that? I dare not give him coconut water but to bath or sponge bath him with it is a totally different story.. I thanked her... the next remedy was really scary for me..


"Taknya ambil colok cina, asap-asapkan badan dia.. dulu pakai kemenyan.. sekarang ni pakai colok cina je boleh".. I could not compute.. Will the smoke from the joss stick help killing the virus? I stammered when I asked her why.. She answered "Ye la.. asal chicken pox tu kan dari H*****, kalau dulu kena pergi kuil, minta ubat boleh baik.. "


I was shocked.. dalam hati.. "er bukan khurafat ke tu?" but the question remained in my heart. I dared not tell her my piece of mind as it can be really offensive if you don't know how to do it properly. What came to my mind at that time was, if you are asking help from other than Allah, silap-silap haribulan boleh syirik.. apatah lagi meminta dari orang yang menyembah selain dari Allah.. Na'uzubillaahi min zalik!


Anyway.. when I was on my way home.. I regretted myself for not blurting the question out.. Or was it enough just to reprimand quietly.. itulah selemah-lemah iman..

Share/Bookmark

Thursday, September 17, 2009

Tips Melatih Anak Puasa


Masa menunggu di hospital masa check-up, risau tengok budak-budak asyik makan snack.. Yelah.. makan biskut dan coklat.. Masa di Tesco hari tu pun sama.. tengok budak-budak selamba je makan chips. Orang jual ice-cream pun syok dok standby tepi mini playground... tapi belumlah nampak orang makan ice-cream lagi.

Ada yang bertanya bagaimana nina melatih anak berpuasa.. Haziq, masa 4 tahun dah puasa penuh.. thanks to his teachers who have been supportive.. Irfan pun sebenarnya tengah belajar puasa.. Bukan belajar puasa as in puasa tetapi dia sedang berlatih memahami konsep puasa..

Let me just share with you how we did it! Sebenarnya.. bila dah faham, mereka sendiri yang mahu berpuasa.. Sebenarnya memang tak sampai hati nak tengok mereka berlapar tapi lama-lama mereka biasa..

Here are the tips:

#1 Tanamkan azam berpuasa sebelum Ramadhan tiba
Jangan tunggu bila bulan puasa baru nak ajar.. Beberapa bulan sebelum puasa dah ada countdown.. menunggu-nunggu ketibaan Ramadhan.. Ceritakan tentang pahala berpuasa dan rahmat yang Allah sediakan semasa bulan puasa.. Pasang lampu lip lap menyambut puasa, bukan menyambut raya!

#2 Kejutkan anak bangun sahur
Irfan (3 tahun masa artikel ni ditulis) hari pertama memang bangun sahur.. Hari kedua dan ketiga dia geleng kepala tak nak. Tapi sebelum tidur.. memang cakap dengan dia.. pujuk dia bangun sahur.. Hari keempat sampai sekarang memang dia tak pernah miss sahur.. siap bertambah-tambah nasi!

#3 Beri salam dan 'cheer' kerana bangun sahur
Selalunya bila mereka bangun sahur, nina akan bagi salam setiap seorang yang bangun sahur. Semua orang cheer irfan (wah! irfan bangun sahur! siap tepuk-tepuk lagi!)sebab dia yang baru belajar bangun sahur. Jadi dia suka!

#4 Baca doa masa sahur..
Kami memang baca doa makan.. dan ada doa 'special' untuk sahur. "Sahaja aku makan sahur untuk menghilangkan lapar dan dahaga di bulan puasa kerana Allah Ta'ala". Jadi dah ada mind set..dah sahur, insyaallah tak lapar masa puasa nanti dan yang ini, memang Allah bantu, cubalah!

#5 Makanan biar simple, janji anak suka..
Nasi memang masak pagi, jadi anak-anak makan nasi panas.. Paling mereka suka telur dadar dengan bawang.. Sambil tu, anak-anak makan roti bakar, Koko Krunch dan apa jugak yang mereka suka!

#6 Buka dan sahur dengan kurma
Kami buka dengan kurma, sembahyang, baru makan nasi. Selalu jugak kami cairkan coklat dan makan kurma dengan choc panas. Cairkan coklat 340w (medium) dalam 15 saat. Celup masa coklat panas-panas. Lajulah makan kurma.. Berkat!

#7 Kalau tak puasa, makan bila lapar dan kena menyorok.
Since Irfan sahaja yang tak puasa (3 tahun) dia kena makan bila dia lapar. Dia hanya boleh makan roti sahaja (roti bakar tak boleh.. sebab baunya mengiurkan)..Makan pulak sorang-sorang dalam bilik.. dan tak boleh keluar kecuali bila mulut dah kosong

Sounds evil, kan? tapi memang dia dah faham.. bila bulan puasa, hanya boleh alas perut dan tak boleh makan sedap di siang hari! Sweets and snack are out of the question! Dia pernah mintak.. tapi dia terus cakap "opps! takde takde"!

Sebenarnya tak marah pun.. tapi terangkan dengan baik kat dia.. kesian orang semua puasa.. kalau makan depan orang puasa, nanti orang jadi lapar... dia akan faham

#8 Sogokkan dengan cerita-cerita syurga, bidadari, sungai susu yang mengalir di syurga dan pahala yang Allah beri jika berpuasa..
Pernah sekali Haziq (6 tahun) tak tahan bau peanut butter adik dia makan.. jadi dia nak buka puasa.. Terpaksa sogok dengan bidadari yang memakai kain 70 lapis sedang menunggunya di syurga, tersenyum Haziq mengingatkan bidadarinya.. terus lupa tentang nak buka puasa.

#9 Jangan bagi upah duit untuk hari dia berpuasa
Anak ada yang bercerita dengan nina, kawan-kawan ramai yang dapat duit. Nina cakap, "lebih dari itu pun ibu boleh bagi, kalau ikutkan duit belanja yang dapat tu pun lebih dari seringgit sehari". Terangkan kenapa kita perlu puasa.. terangkan jika bagi duit mereka akan berpuasa kerana duit. Sebenarnya kita berpuasa sebab mahukan keredhaan Allah..

Mereka bukanlah terlalu muda untuk memahami.. sebenarnya mereka lebih senang untuk memahami kerana mereka belum pandai "argue".

#10 Tangisi pemergian Ramadhan
Kira puasa tinggal berapa hari untuk merintih tentang kehilangan Ramadhan.. Ceritakan tentang kemungkinan ini Ramadhan yang terakhir.. Ceritakan juga bagaimana roh-roh yang sudah mati merayu-rayu kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia walaupun sekadar sesaat cuma untuk menyebut Subhanallah.. untuk menambah timbangan pahala..

Insyaallah.. kanak-kanak sebenarnya memang ada naluri untuk berpuasa.. Tugas kita hanya untuk memberi ruang kepada mereka dan galakan agar mereka boleh dan gembira berpuasa...

Tugas kita pula sebagai ibu-bapa, perlu beri ruang untuk puasa dan beri galakan. Ada jugak kawan-kawan anak mengadu.. "aku tension betul, aku nak puasa sebenarnya tapi mak aku suruh bukak, takut tak tahan". Cubalah.. tidak ada umur yang terlalu awal untuk melatih puasa. Cuma, bila latih masa umur 3-4 tahun, kalau mereka nak buka puasa.. jangan marah.. Yang penting, mereka faham konsep puasa dan kenapa kena puasa.. Good Luck! Semoga kita sama-sama mendapat keredhaanNya.. Amiin
Share/Bookmark

Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar

Sambil tersengguk-sengguk sebab mengantuk lepas sahur, terdengar ustaz bercerita tentang keistimewaan Lailatul Qadar. Yang penting ialah kita berharap dan bangun malam, berdoa agar diampunkan dosa kita. Kata ustaz lagi, Imam Ghazali ada menyebut, jika puasa bermula pada hari sabtu, Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23. Malam ni lah tu.. Kalaulah dapat, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, 83 tahun tu.... Kita pun belum tentu hidup selama itu.. apatah lagi nak beribadah terus menerus selama 83 tahun.

Malu jugak bila Ustaz Zamri guna metafor.. Katakan ada satu sahaja supermarket yang buka, supermarket tu dihiasi dengan lampu yang terang-menderang, jalan nak ke supermarket tu pun diterangi dengan lampu seterang-terangnya, sale sampai berapa percent, kedai lain tutup pulak tu.. tapi kita tidak terpanggil untuk pergi.. kan rugi..

Macam tu jugak dengan ramadhan.. Allah permudahkan jalan ke syurga, diberi pahala berganda-ganda, dan diberi satu malam yang sungguh istimewa tapi kalau kita tidak terpanggil untuk beramal, maknanya kata ustaz lagi, kita tidak berminat untuk ke syurga.

Ouch.. sambil tersenyum je ustaz tu bercerita tapi terasa..

Kata ustaz lagi, Lailatul Qadar bermula selepas maghrib sehingga ke subuh hari berikutnya. Apabila berlakunya Lailatul Qadar, malam akan jadi tenang, matahari pada hari berikutnya bewarna pudar sahaja. Siapa yang mendapat Lailatul Qadar yang ternampak perubahan pada dirinya. Ada yang bertanya apa yang patut dilakukan apabila mendapat Lailatul Qadar.. Rasulullah pernah mengajar Saidatina A'isyah doa ini..


Allahumma innaka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.



Kalau tak tahu bahasa arabnya, minta saja ampun dengan Allah.. dengan harapan, Allah mengampunkan kesemua dosa kita.



Antara amalan yang boleh dilakukan apabila qiamullail adalah:-



1. Solat Sunat Taubat 2,4,6 rakaat. (surah bebas)

Doa yang dianjurkan selepas solat sunat taubat.

Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Hidup, yang sentiasa mengawasi. Aku memohon taubat kepadaNya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banya melakukan dosa, yang tiada daya dan upaya bagi dirinya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup, mahupun bangkit semula setelah mati.



2. Solat Sunat Hajat (2/4/6..12 rakaat)

Rakaat Pertama - Al-Fatihah + Ayat kursi 7 x / Al-Kafiruun 7 x

Rakaat Kedua - Al-Fatihah + Al-Ikhlas 11 x

Doa Selepas Solat Sunat Hajat

Tiada Tuhan melainkan Alah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maha Suci Allah, Tuhan yang menjaga Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta. KepadaMulah aku memohon sesuatu yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan memperolehi keuntungan pada setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku, melainkan Engkau ampuni dan tidak ada sesuatu kepentingan melainkan Engkau tunjukkan jalan keluarm dan tidak pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau perkenankan. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah memerkenankan doa ini.

Mohonlah apa yang dihajati sambil bersujud dan perbanyakkan bacaan doa Nabi Yunus,

Laa ila ha illaa anta subhaa naka inni kuntumminadzolimiin..

Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini dari golongan orang yang aniaya.

3. Solat Sunat Tahajjud - (2 rakaat)

Rakaat pertama - al-Fatihah + Ayat kursi 7 x

Rakaat kedua - al-Fathiah + Surah al-Ikhlas 11 x

Sujud terakhir -

  • Ya haiyu ya qayyum birahmatikas ta ghiithu laa ila ha illa anta 40 x
  • Allahumma sholli 'ala saiyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wasallim 10 x
  • Ya ka fii Ya ghanii Ya fattaa hu Ya rozaq 33 x atau 313 x


Sekiranya mahu menambah



  • Laa ilaaha illallah 100 x


Doa Solat Sunat Tahajjud



Ya Allah! BagiMu segala kepujian. Engkaulah Tuhan yang menegakkan langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagimMu segala kepujian, bagiMu segala kekuasaan di langit dan di bumi, alam semesta dan segala isinya. BagiMu segala kepujian, Tuhan cahaya langit dan bumi. BagiMu segala kepujian, Engkau Tuhan yang benar dan janjiMu adalah benar. Syruga adalah benar dan neraka adalah benar dan para nabi itu adalah benar. Nabi Muhammad SAW adalah benar dan kiamat itu adalah benar. Ya Allah! KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan kesalahan yang sebelumnya. Sama ada kesalahan itu, kesalahan yang terang mahupun yang tersembunyi. Sesungguhnya Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Akhir sekali banyakkan beristighfar.

Ada yang bertanya, bagaimana pula wanita yang haidh dan nifas. Ustaz kata lagi cukuplah sekadar berzikir dan beristighfar.. Allah itu kan Maha Adil!

Semoga kita mendapat Lailatul Qadar... Semoga kita diberi kekuatan dan semangat untuk melakukan ibadah.. Paling-paling pun.. lakukanlah solat tarawikh, solat sunat yang memang boleh dilakukan selepas tarawih (kecuali tahajjud - kena tidur dulu!). Dan yang paling mudah sekali, bangun sahur, masak nasi, dan sementara menunggu nasi masak, sembahyanglah sunat taubat memohon keampunan Allah.

Solat-solat dipetik dari:
Amalan Sepanjang Hayat - Ustaz Ismail Kamus
Bimbingan Penghayatan & Kesempurnaan Solat - Ustaz Johari Yaman, Penerbitan Nadi Minda.













Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails