Sunday, August 7, 2011

Wakaf Masjid | Saham Akhirat

Beberapa tahun dahulu, saya pernah melintasi seorang lelaki tua yang tersenyum dan baik gayanya.. berkopiah, dihadapannya sebuah tabung besar beisi duit ringgit dan syilling di hadapan bank. Saya terus masuk ke bank tersebut. Saya sungguh tertarik kerana dia langsung tidak meminta, tidak merayu.. hanya sekadar tersenyum.

Sebaik sahaja selesai urusan saya di bank, saya keluar dan terus saya menyeluk poket dan mengeluarkan duit dari dalam poket saya.. Saya kira.. kesemuanya.. kalau tak salah saya dalam RM1.60. Agak malu-malu, saya masukkan ke dalam tabung besar, dan dia menghulurkan sekeping resit.. Cepat-cepat saya ambil dan pergi. Langkah saya terhenti apabila ternampak di resit tersebut tertulis RM2.00. Saya patah balik..

"Duit saya tak cukup RM2", dia terus berkata...
"Eh, takpe takpe.. yang penting ikhlas".

Senyumannya cukup untuk menunjukkan yang memang dia maksudkan apa yang dikatakannya. Entah kenapa, pada hari itu, hati saya berbunga-bunya.. terasa besar RM1.60 saya. Ia terus merubah persepsi saya tentang sedeqah. Sejak hari itu, saya tidak pernah malu untuk menghulurkan syilling-syilling lebihan baki sebagai sedeqah walaupun bunyinya begitu kuat membuktikan bilangannya berbanding dengan helaian kertas. Saya faham.. jika kita menderma RM0.20, nilainya lebih besar daripada RM20.00 jika dilakukan dengan hati yang ikhlas. Mungkinkah di akhirat nanti, nilai RM0.20 saya itu lebih besar pahalanya berbanding duit-duit yang beratus-ratus ribu jika dilakukan semata-mata di hadapan kamera.

Saya selalu terbayang, mungkinkah satu hari nanti, di padang mahsyar, duit-duit syilling yang saya sedeqah seikhlas hati.. akan menyelamatkan saya terutama sekali bila saya sedeqahkan dengan lafaz "Lillaahi Ta'ala". Teringat kata-kata Ustaz pagi tadi.. kita takkan papa kalau bersedeqah.. dan tak salah jika memperuntukkan lebih banyak untuk membeli saham akhirat. Insyaalah.. setiap yang disedeqah ada pulangannya.

Tersentuh saya apabila membaca kata-kata Pengerusi Surau Taman Sutera, Kajang yang menyatakan rasa terharu dengan sokongan dan cuba untuk berterima kasih tetapi sebaliknya mendengar "Saya yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada surau dan ahli jawatankuasa yang telah menyediakan ruang dan peluang kepada saya untuk menginfa'kan sedikit daripada harta yang ada". Sebak rasa hati ini, walaupun saya tidak melakukan apa-apa buat surau, kerana masih ada yang sudi membantu.

Jadi dengan rasa rendah diri, saya ingin memanjangkan usaha Pengerusi dan Ajk Surau kami, Surau Taman Sutera dan memohon, agar rakan-rakan semua mahupun sesiapa yang tidak dikenali agar sama-sama bergandung, berkongsi apa yang kita mampu.. bagi membina Masjid Taman Sutera, Kajang ini. Semoga Allah merahmatiMu dan membalas setiap kebaikanmu. Amiin.. Jika tidak dari segi sumbangan, kami juga amat berbesar hati, jika berita ini dapat diwar-warkan.. kerana Allah tahu..

Nota :
No akaun bank: 5623 8412 0281 (Akaun Semasa - Maybank)
Nama Akaun : Pembangunan Masjid Taman Sutera
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails