Monday, June 10, 2019

Other People's Situation + Own Predicament = JUDGE.

Hahahah.. pening kan baca title entry ni. (Agak pedas sikit ni). 

Betul tu.. itulah yang selalu berlaku. Ramai orang fuuh.. cakap gedegang-gedegang. Senang cakap ikut mulut ek.. Ramai sangat yang suka buat spekulasi ikut suka hati. Pantang ada isu, banyak pulak cakapnya. Patutnya itu, patutnya ini. 

Baik kat facebook, baik kat Whatsapp, memang ramai kaunselor yang tak bertauliah. Cakap memang pandai.. banyak jugakla cadangan bernas yang keluar dari mulut. Cuma bezanya, pendapat2 tu hanya sesuai jika masaalah tu dihadapi oleh orang tu sendiri. 

Perasan tak, bila orang tolong beri nasihat atau cuba untuk 'selesaikan' masaalah atau 'isu' kita, mereka memandang dari sudut kehidupan mereka sendiri. Contohnya, kalau kita ada isu dengan kawan, mereka akan beri pandangan berdasarkan kawan2 mereka kerana mereka tak akan nampak apa yang kita hadapi dalam konteks yang kita hadapi. Lagi satu, kalau dia dah 'label' kita, mereka akan beri nasihat mengikut pandangan mata konteks kehidupan mereka berdasarkan 'label' yang telah mereka tampal kat kita bertahun2 dulu. Contohnya, kalau kita 15 tahun dulu, agak kuat merajuk, mereka akan beri pendapat berdasarkan karakter kita yang lama. 

Sebenarnya, Allah panggil kita, Allah akan beri solusi untuk apa2 masaalah pun apabila kita merintih pada dia. Allah akan tarik orang yang dulunya boleh fahami masaalah kita. Allah akan buat kita keseorangan kebengangan supaya kita akan merujuk pada Dia.

Akan ada suatu masa yang kita rasa kita dah tak mampu untuk bercerita pada sesiapa pun sebab akan ada orang yang cakap pandai atau judge kita. Jadi.. kembalilah kepada fitrah manusia yang memerlukan PenciptaNya kerana hanya Dia sahajalah yang akan faham, tahu segala isi hati kita berdasarkan situasi yang Dia letakkan, 

Phewww.. Semoga cinta kita kepadaNya melebihi segalanya..



Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails