Tuesday, September 13, 2016

Kenapa Menantu dan Mertua Kurang Ketat?

Rasulullah dah kata, Didiklah anak mengikut zamannya. Rasanya itulah sebabnya menantu dan mertua agak sukar untuk berbaik-baik. Bukanlah selama-lamanya, tetapi kenapa pada awalnya agak sukar nak 'fit in'. Okaylah, kita bagi disclaimer ek, ini tips untuk mereka yang bakal-bakal menerima menantu, bukan untuk perhubungan dengan mertua terutama kalau dah lebih dari 5 tahun kahwin. Karang ada pulak yang kata, "I okay je dengan mertua".

Anyway, meh nak cerita, satu hari tu kami balik kampung, singgah lah ke RnR. Masa tu mak mertua pun ikut sekali. Disebabkan masa tu kami berpecah sebab mak nak pergi solat dan saya nak ke bilik air, dari jauh, saya bagitau mak takut mak cari. Mak angguk-angguk dan pusing sambil terlanggar seorang gadis remaja yang sangat cute. Serius comel sangat dengan make up anak patung, spek ala Korea dan tudung shawl yang sangat menawan. Pendek kata, sedap mata memandang macam artis comel yang selalu kita tengok kat drama-drama melayu. Alih-alih, sejurus selepas mak terlanggar dia, dia terus menggenggam kedua-dua tangannya yang comel ke pipi sebab geram sangat dia dilanggar mak, lalu menghentak-hentak kaki.. Aikk? Memang macam tu ke caranya kalau geram, dah nampak macam kartun la pulak.

Tiba-tiba masa beratur di bilik air, berdiri pulak di sebelah dia, lantas saya pun memohon maaf sebab mak terlanggar. Dia terus tersenyum manja. Okay, that's weird. Sebab macam psycho la pulak. Tapi dipendekkan cerita, sepanjang perjalanan balik, mulalah terfikir. Rasanya anak comel tu belasan tahun, lebih kurang baya anak saya. Maknanya kalau jadi menantu, macam tu lah gayanya. Terbayang pulak saya memasak dengan dia di dapur, kalau ditegur, agaknya macam manalah gayanya.

Padanlah mak mertua dulu pun masa mula-mula kahwin, bila di dapur, agak kekok gayanya nak suruh saya potong itu ini. Jawabnya kalau saya tanya, potonglah kot mana pun. Mestilah zaman saya berbeza dengan zaman dia dan zaman mak pulak sudah tentunya berbeza dengan zaman mak mertuanya. Zaman berubah, gaya dan fesyen pun berubah. Mak kalau pergi ke pasar, pasti berbaju kurung. Saya pulak kalau ke pasar, pakai seluar yang paling lusuh sebab malas nak kotorkan seluar jalan. Kalau cedok nasi, ada bekasnya. Saya pulak angkut periuk nasi ke depan. Mak saya pun bawak nasi dalam bekas tapi saya pulak rasa macam malas nak cuci bekas.

Agaknya, masa mula-mula kahwin, mak rasa tak saya ni macam psycho atau pelik atau lain macam. Yelah, sementara nak kenal. Pastinya mak akan 'expect' menantu dia berperangai seperti dia dengan mertuanya, rupanya zaman dah berubah, jadi menantu dia berbeza. Ditambah pula menantu yang mempunyai adab dan 'culture' keluarganya sendiri.

Sejujurnya, bukan senang nak 'fit in' budaya keluarga lain sebab setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri tapi saya bukan nak kritik mak mertua cuma tinggal lagi, apabila saya mengimbau balik kenangan saya sebagai menantu ketika masih baru, saya mungkin akan memahami menantu saya bila tiba saatnya nanti.

Harapnya, bila kita dah bermenantu nanti, jangan lupa betapa janggalnya kita di rumah keluarga baru yang memang berbeza dengan keadaan di rumah sendiri. Pejam celik je lagi.. bertambah-tambahlah meriahnya nanti.
Share/Bookmark

Sunday, September 4, 2016

More Memory Trigger

Now now now.. let's talk about your memory trigger. When I read back my previous posting on Memory Trigger, I got frustrated on how short it was. So, I decided to write another entry on memory trigger, only it's different. Let me just write down some of the memory trigger that I have and see how you can relate it as your own memory trigger.. Let's go..

1. The smell of grass at waterfalls. (bau hutan gitu).

2. The smell of rain.

3. The sound of waves crushing the beach.

4. Rainbow

5. Chipsmore cookies

6. Kuih Bingka (this is not a memory trigger for me but I just baked one yesterday hahaha)

7. The coldness of the water from well.

8. Air Zam zam

9. The smell of bunga api.

and finally...

10. Genting Highland.

Good luck, guys.. 




Share/Bookmark

Wednesday, August 31, 2016

Marketing Trends yang Sentiasa Berubah.

Bila tengok facebook, tak payah nak attend any marketing class dah. Boleh nampak trend tu berubah-ubah. Kadang naik rimas jugak sebenarnya but that shows how fast the life we're living now. Kalau letak muka pengasas sebesar-besarnya, sepantas kilat muka ramai pengasas splattered kat facebook. Ada sekali tu, marketing trend dengan kasi resepi free, dah seantera dunia mula kasi resipi free, ada pulak yang siap ambil video youtube mana-mana, edit kasi nampak original, lepas tu kredit satu menda pun tak kasi.

The latest yang nampak sekarang ialah ada satu cerita tragik yang menyedihkan, bila dah baca hujung, mulalah nampak, rupanya iklan. Kalau iklan jamu, sang suami memuji-muji kemantapan isteri sampai kadang rasa nak termuntah, lepas tu mulalah semua orang dok puji-puji bini.

Ada siap kutuk-kutuk kedai, bila baca rupanya dia mengutuk, harga yang terlalu murah untuk portion yang terlalu besar. Grrr.. ada pulak yang kasi review customer semuanya elok memanjang, bila kita beli, rupanya indah khabar dari rupa. Ada yang share benda-benda viral, tengok-tengok rupanya dia ada produk, rupanya jual tudung dan blouse bagai.

Lepas ni apa pulak marketing trends agaknya?
Share/Bookmark

How Close are You with your Spouse?

So, the title is simple. How close are you with your spouse? Do you tell them you deepest secret? Do you tell them if you have a crush with someone, an artist perhaps? Can you resist the urge of telling him who hurt you most? I can't and that puts me in trouble. So, should we keep secrets from our husband and share it with our best friend instead?

Among the things that I share, of course, are the long list of crushes during school and my passion
I'm always impressed with my mother in law. She certainly knows when and how to tell my father in law. She can tell just the right amount of info at the right time that saves her from any unwanted confrontation and crisis. I, on the other hand, tells everything to her son that puts me in situations whether I like it or not.

For me, he is my everything, so, everything I share.

How do you handle this? Leave a comment. Would love to hear.
Share/Bookmark

Friday, June 17, 2016

Jauhkan Hasad Dengki Ini Ya Allah...

Soal hati ni memang tak boleh cerita.. Kadang-kadang orang tak menunjuk-nunjuk pun, silap-silap haribulan kita boleh tersakit hati dan dengki. Soalnya kenapa? Kenapa? Kenapa?

Perasan tak? Bila kita dok scroll facebook, kita boleh rasa happy sangat bila tengok newsfeed.. Tak kisah lah orang tu gi Paris ke, Palestin ke, beli rumah baru ke, dapat gelang emas ke, suami wefie ke.. Tapi tiba-tiba si polan si polan bercerita, macam-macam rasa, meluat, mencik, meluap-luap dan rasa sakit hati sampai log out terus facebook.. haaaaa!! itulah tanda ada bibit-bibit sakit hati..

Ni bukan rekaan tauu.. betul-betul! Alkisah membaca seorang chef yang sangat sentiasa bermurah hati berkongsi resepi. Siap bertapa untuk buat resepi baru untuk dikongsi. Sungguh morni hati chef tersebut. Tiba-tiba perasan, komen chef ni sepesen yang berbunyi seolah-olah Lihat lah doniaaaa!! Ku berjaya walaupun kau dulu kedekut ilmu dengan aku. Tak tahulah apa yang terjadi sebenarnya, tapi bahasanya agak membuka pekung tentang kisah-kisahnya yang lalu.

Berbalik dengan kisahku sendiri. Memang ku sentiasa happy dengan kegembiraan orang lain, namun ada beberapa insan yang agak ku tak boleh nak gembirakan hati yang kecil ni. Bila dikorek-korek, memang orang yang tak boleh ku gembirakan hati ni, ada 'history' pada suatu jaman dahulu. Dan selalunya kenangan itu kurang manis. Sama ada hati pernah dikecilkan atau ku yang mengecilkan hati sendiri.

Sejujurnya, memang ku benci dengan perasaan itu, namun agak sukar untuk dikawal perasaan yang tidak diundang itu. Dipendekkan cerita, kalau dulu, ku 'unfriend' saja. Tapi sekarang, ku cuba melawan perasaan itu dengan mendoakan yang baik-baik saja dan berdoa agar Allah melembutkan hati ni.

Memang dalam isu yang macam ni, tiada siapa yang salah. Soal hati memang susah untuk dikawal melainkan iman yang menepis segalanya. Yelah kan.. namanya pun soal hati. Okaylah! Kalau ada rasa macam tu.. cepat-cepatlah cuba untuk menepisnya. Hati yang sakit ni lama-lama makin parah kalau tak diubati. Tepuk iman, tepuk hati, jangan sampai mati hahahaha..

Chow bebeh!
Share/Bookmark

Sunday, January 24, 2016

Jatuh Cinta Sekali lagi

Alkisah.. terdengar cerita pasal suami buat hal. (bukan my husband hokay!, karang tak pasal-pasal jadi fitnah).. Tapi biasa je dengar cerita pasal suami main-main mata dengan orang lain. Cuma yang paling teringat ialah kenyataan isterinya yang terjah perempuan itew. Dia kata karakter perempuan tu lebih kurang karakter dia. Kalau cakap omputih, "I see me in her".... Whoaaaa.. apakah maksudnya itewwwww.. [horror hokay!!]. Translation tu mine ek.. bukan petikan kakak tu. Tapi itulah hakikatnya. Ada persamaan antara si isteri dan si gadis yang suaminya main mata tu.

Anyway, that's not my main point. Bila terdengar kenyataan yang macam tu, teruslah teringat masa crush-mrush kat satu artis lelaki.. as in major crush hokay!! Now my crush is over sebab masa tengok lakonan dia memang ku jatuh hati. Bila terdengar diri dia sendiri, terus ku rasa tawar hati. Rupanya ku tercrush dengan karakter yang dia bawa masa lakonan dia. Masa tengah gila kat artis tu.. (taklah gila sampai rasa macam nak kawin dengan dia, cuma tinggal lagi bila tengok tu masa ala-ala malu-malu gitu). Sambung balik.. masa tengah crush dengan artis tu, my bestfriend knows because I told her. And guess what she said.. "Na, memang artis tu ada sikit-sikit macam suami hang".. Wah! I was like "serious???".. "Ya!"

Maknanya.. selalunya kita memang dah jatuh hati dengan pasangan kita.. dan kita nampak karakter tu pada orang yang kita crush tu.. Kalau diikutkan hati, memang hanyut la kan asyik masyuk dibuai cinta.. Kita akan nampak apa yang kita nak nampak. Orang perempuan ni memang senang jatuh hati. Senang perahsan kalau orang lain beri perhatian lebih sikit. Orang lelaki pun sama je sebenaqnya. Jadi, kita kenalah layan pasangan kita dan janganlah kita sangka orang tak akan tertarik pada pasangan kita.

Entry ni pendek je tawww.. cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri yang pasangan kitalah yang terbaik Allah berikan buat kita. Tapi kalau ada perkahwinan yang ada konflik tu.. anggaplah ianya sudah termaktub di dalam perjalanan hidup kita yang telah ditentukan olehNya. Allah tu maha penyayang. Allah berikan 3 talak untuk digunakan sebaiknya. Kalau ter.. ada lagi peluang untuk membetulkan. Tapi kalau dah bukan untuk kita, tak perlulah dipertahankan lagi. Kalau bersama jadi lebih menambah dosa, fikirkanlah yang terbaik.
Share/Bookmark

Saturday, January 16, 2016

So, What is a Memory Trigger?

Have you been sad when you listen to certain song, or sometimes thrilled when you are somewhere without any particular reason. It's a Memory Trigger.

I get sad listening to Lion King Song.. get excited when I smell the forest and fall in love completely when I listen to Mix FM especially when they air songs from the 90s. I have plenty of memory triggers that leaves me having mixed feelings at the end of the day.. Tak boleh dilayan sangat memory trigger.. karang jadi macam orang gila hehe..

Anyway.. I'd love to share some of mine.. It's crazy but honestly I love it. Whenever I get a mixed feeling, I'd try to recall what event do I associate it with. Basically, it's just simple. The song, or smell or view or anything is attached to your feelings when you feel how you felt the first time to encounter it.. Hahaha.. kan dah berbelit tu.. Your feelings is triggered by something attached to it. Let's see if I can remember some.. off to youtube to search for some hehe..


Shoulder to Cry on by Tommy Page.

Okay lagu ni memang nostalgic la. This was the time when I feel like I have someone. Not that I had a boyfriend or something. It's just that I had a major crush on someone but of course la kan.. as usual.. bertepuk sebelah tangan.. fuuhh!! Darjah 6 baru tuuuu... sambungan pada lagu ni ada lagu lain yang remind me of this guy! Okaylah.. if you need to know.. nothing happened. We never 'couple'.. basically a case of pure syok sendiri.. huaaaa.. whyyyy whyyyy whyyy!!.. Major rejection hokay!

Moving on to the next song...


Still with the same guy hokay..  I was 16 back then, alkisah my crush tu satu sekolah dengan kakak my junior.. Second major rejection, so when I watched this clip.. this reminds me of my broken heart.. Huaaaa.. why did I choose to write this entry ek.. Okay moving on.. hopefully to a more cheerful memory trigger.. Remember.. it can be anything..


Menuju Punjak - This brings me mixed feelings.. sedih.. happy.. bersemangat.. Being glued to the tv like there's no tomorrow.. Even my maid back then laughed at me. We were renting at an apartment at Taman Melati Kl. This is a positive mental trigger.. [sigh]..

Finally..


This reminds me of a very good feeling. Our English Camp with Primary School Pupils at Kem Herba @Hulu Langat. Sangat happening hokay!! This song was not even in the plan, but one of the groups insists that they wanna perform this song.. As I'm writing this, I have goosebumps hokay!! The best part was.. the whole participants sang the song during the chorus.. including the trainers.. Boy, it was a super good feeling.. So, whenever I'm down.. I'd sing this song.. and I'll cheer up!

Maybe later, I'll try to write more about memory trigger.. but perhaps photos and smell!

I just love myself!



Share/Bookmark

Friday, January 15, 2016

Statement Orang Berpenyakit Hati...

Allah akan sentiasa uji.. uji.. uji.. uji.. with the ways He knows will test you.. Yalor.. Kita akan diuji dengan benda yang kita affected la kan.. Kalau orang tu memang tak ambil kisah langsung pasal kereta dia. Kereta dia tak la calar.. remuk.. as in ujian dia takkan la melibatkan sangat perkara yang dia tak ambil kisah.

Alkisah diriku yang bermakna.. Adalah seorang hamba Allah ni mintak resepi.. rupanya mintak resepi untuk menantu dia.. patutla soksek soksek bisik-bisik sebelum tu. Awatlaaa tak mintak sendiri.. Lepas tu si suaminya pulak dok marah-marah bini dia dok sembang mintak resepi dengan kita.. Dah tu.. nak merengus-rengus kat situ.. yang bini dia tak habis sembang.. haish!!

Orang yang sensitif ni tak boleh berdepan dengan benda-benda macam ni.. Memang la rasa nak cepuk je. Sekarang ni maleh rasa nak jumpa orang kalau macam ni gayanya.. Bila kita ada penyakit hati (as in semua orang pun ada). Benda-benda kecik macam ni memang senanglah nak jadikan kita negatif.. Kita ni kena sentiasa remind diri sendiri.. Bercakap-cakap dengan Allah tu lah yang paling menenangkan.. Biasakan meluahkan padaNya (am telling myself). Bila kita cerita kat orang.. kadang-kadang kita sentap juga.. Kadang-kadang apa yang kita luahkan dan jadi merebak storynya pulak.. lagila harunya..

Nak elak jumpa orang pun tak boleh juga.. dah macam nak jadi kera sumbang..
Share/Bookmark

Friday, January 8, 2016

M.A.L.A.S - Kalaulah ada pill anti malas [sigh]

Dah lama-lama ni perasan jugak.. New entry mesti start dengan:

'It has been a long time' atau lain-lain ayat yang menunjukkan lama dah tak update blog.

Betul la apa orang kata. You can't buy time. A friend of mine masak macam-macam yang dia share.. as in macam-macam. Rupanya dia pakai Steam iron Phillips. Dia kata siapa yang pakai iron tu takkan berpaling pada iron lain. Iron yang ribu raban tu sanggup orang beli demi masa. Habis tu, orang yang tak ada duit tu macam mana pula? Allah kan maha adil, jadi mungkin dia tak ada iron best tapi mungkin baju dia tak teruk sangat nak iron, mungkin dia ada pembantunya, mungkin keluarganya sangat berdikari.

Dah beberapa minggu dah, terpaksa minta tolong bibik external untuk cuci pinggan dan mop lantai.. Yang hebatnya dia .. dalam masa 2 jam saja, dia habis cuci bilik air, mop lantai, cuci pinggan bekas baking yang begitu banyak.. Bila diperati, petuanya satu je.. dia tak bertangguh dan dia takkan rehat selagi kerja dia tak habis. Me, on the other hand.. [fill in the blank] hehehe.. Apa lagi.. tiap kali dia datang nina korek lah rahsia dia. Dia kata.. kita ni kena bersyukur ada kerjaan.. Nanti nina tanya macam mana boleh bersemangat walhal nak cuci pinggan je.. Dia kata.. kerja ni ngak apa.. sebab kerjanya senang *pengsan*. Last-last nina dah tak tanya dah.. sebab tahu dah punca semua masaalah.. nina dah naik lemak masa ada maid dulu huaaaaa!! I miss my maid. Sekarang denlah omak.. denlah maid!

Sebenarnya masa tu memang ada.. kadang-kadang terlebih sibuk dengan baking atau panggilan mengajar, masa jadi kelam kabut sikit.. tapi apa yang paling digeruni ialah bila baking pun malas, kemas rumah lagilah.. in other words.. semangat yang takde. Adoii.. *ketuk kepala sendiri*

Perasan jugak akhir-akhir ni, lesu semacam, mood ke laut, rumah macam tongkang pecah. Semangat pada mulanya berkobar-kobar, akhirnya menyesal membuang masa. Rupanya, lesu ni tanda toxic kat badan kita ni banyak. Kata kawan yang tolong bekamkan. Nanti nina story the mory kay! Nak amik mood sekejap.. sebab ni semua tengah tidur lagi. Nak tanam semangat.



Share/Bookmark

Tip Cari Dokumen Hilang di Komputer

Akhir-akhir ni, pelupanya ya ampun.. Okay, I have to admit, I'm in huge trouble with my memory, like seriously?? Yup, seriously. Memang lupa tak hengat punya. Sometimes I don't even realize I've been typing the same document twice. As in 2 separate documents, starting from scratch each time.

Kadang-kadang pulak, tengah-tengah buat kerja, komputer 'hang', bila cari dokumen, cari yang update tak jumpa. Adoiii.. Nantilah kalau ada masa nina ceritakan ada apa dengan misteri kelupaan yang mempau [background lagu twilight zone]. Okay.. kalau tak tahu lagu twilight zone tu memang korang datang dari zaman lampau yang agak baru hahaha.. (if you know what I mean).

Anyway, kalau nak cerita, 2 minggu tak habis tapi mak sukaaaa sangat mak jumpa link ni. 

http://www.glarysoft.com/quick-search/

Sebenarnya, program ni tolong carikan dokumen yang hilang dari komputer kita. Yelah, kadang-kadang search dengan Windows, tak ada index la.. itu laaa.. ini laaa.. mak stress hokey! Alhamdulillah, bila pergi ke link glarysoft tu.. mak tekan je butang download. Lepas tu nak save tu ingatlaa save kat mana ya.. sebabnya nanti nak install kena buka fail tu..

Bila nak install, cari balik folder 'qsearchsetup'. Bukak folder tu, lepas tu nina next next next kan aje.. Tadaaaa!! Bila nak search dokumen, nina type je *.docx di ruangan search untuk dokumen. Nina taip *.xlsx untuk dokumen Microsoft Excel.

Haaa!! yang bintat *.docx tu maknanya tak kisahlah nama apa pun, asal dia dokumen dari Microsoft Word, semua akan keluar. Sama jugak dengan program, lain pulak extension dia. xls untuk Excel. ppt untuk powerpoint dan lain-lain lah!



Tu diaaa.. keluar sekali dengan tarikh 'modified'. Kadang-kadang rasa cam bengong sangat. Baru je edit tapi macam tak ingat langsung mana fail tu semua pergi. Adoiii.. Nanti kalau nina rajin, nina update korang ek kenapa nina jadi pelupa.. Try tawww..

Disclaimer:
This worked for me. Trying this software is at your own risk. I will not be responsible to the changes that it makes on your computer.. Muaks!
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails