Tuesday, August 30, 2011
Kuih Raya | Mungkinkah Saya Tidak Pandai Ambil Peluang?
Hmm.. Cerita pasal kuih raya ni.. semenjak saya mengajar di sekolah dulu, memang saya menjual kuih raya.. Masa tu memang tak menang tangan sebab yang beli kuih tu kawan-kawan guru. Bila saya berhenti.. saya masih lagi menjual.. minta tolong kawan saya tolong ambilkan order. Tahun ini pulak, saya serba salah. Harga kuih raya memang melambung tinggi. Terlalu tinggi sampai saya tidak berani meniaga secara terang-terangan. Bayangkan kuih memcecah RM30. Malah ada yang lebih. Mungkinkah mereka menggunakan bahan-bahan yang mahal seperti mentega tulen, icing sugar brand 'King' atau menggunakan badam atau kekacang lain. Mungkin juga mereka terpaksa upah pekerja untuk melakukan kerja-kerja mencetak biskut dan terpaksa menyewa tempat untuk membuat kuih menjadikan kos mereka lebih tinggi.. disamping komisyen penjual.
Tahun ini, saya sekadar menjual pada kawan-kawan rapat dan 'regular customer'. Kawan-kawan yang biasa beli awal-awal sudah membuat tempahan, ada juga 'regular customer' yang sudah bertukar nombor dan tidak dapat dihubungi.. Di Facebook, cuma letakkan gambar sahaja untuk kawan-kawan yang memang menunggu ketibaan Sampret. Marble Shortbread tahun ini berehat walaupun ramai yang bertanya. Margin Marble Shortbread memang tinggi berbanding sampret tapi saya mengalah.. Saya tidak punya modal dan besar apatah lagi modal masa. Marble Shortbread memang mengambil masa untuk disiapkan..
Saya tertanya-tanya.. mungkinkah saya tidak pandai mengambil peluang berniaga. Kenapa tidak saya tidak 'mark up'kan harga setanding harga orang lain bagi mendapat untung lebih.. apatah lagi bila saya tidak menggaji pekerja. Bukankah lebih senang kerja? Bila berkira-kira, cuba untuk menyesali kebodohan saya kerana tidak pandai mengambil peluang.. saya membuat keputusan bahawa sayalah orang yang paling pandai mengambil peluang. Alhamdulillah.. saya tidak perlu menyesal kerana saya telah pun merebut peluang yang hanya datang sekali dalam hidup anak saya. Saya berbelah bahagi kerana Ramadhan inilah bulan terakhir Muhammad menyusu. 7 Syawal merupakan tarikh akhir Muhammad akan menyusu kerana dia akan genap 2 tahun. Saya tidak perlu memilih antara duit lebih atau menyusu kerana saya tahu apa jawapannya.
Alhamdulillah.. ramadhan telah pun berakhir.. dalam tidak mengambil 'order' seperti tahun-tahun lepas, keuntungannya lebih kurang tahun-tahun lepas dan saya juga bingung memikirkan dari mana keuntungan itu diperolehi.. Mungkinkah ini yang dipanggil keberkatan.. Alhamdulillah.. syukur.. kami sekeluarga juga merasa bertarawikh di surau (walaupun saya terpaksa korbankan beberapa hari bertarawikh sendirian di rumah) dan bertadarus walaupun sedikit tetapi istiqamah bersama keluarga (cuma kami ketinggalan 3 hari yang terakhir kerana kepenatan).. dan belajar untuk berqiamulail sejurus sebelum sahur bersama anak-anak.
Doa kami agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kami agar lebih istiqamah dalam beribadah di samping melakukan kerja-kerja duniawi.. amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment