He was a total stranger.. Betul bentul.. tinggi-tinggi bercermin mata. Senang cerita.. gayanya macam Rosham Noor masa berlakon menjadi suami dalam Suami, Isteri dan ...
Kami memang tidak mengenalinya.. tiba-tiba dia menjelma, kami juga tidak pasti di manakah kami berjumpa dia buat pertama kalinya. Dia seakan-akan kagum mendengar kami mempunyai 5 anak tapi bekerja sendiri dari rumah. Sedangkan dia mempunyai kiosk menjual pakaian lelaki dan juga bekerja bersama An di sebuah kedai emas menjadi salesman.
Kami terjumpa di shopping complex. Kerana kelurusan bendulnya, kami mempercayainya untuk membawa anak-anak kami ke tingkat bawah. Entah kenapa hati ini 'cuak' kalau-kalau lurus bendulnya itu sekadar lakonan. Cepat-cepat kami mengingatkan tentang apa yang diceritakan tentang kiosknya. Cepat-cepat kami turun ke tingkat bawah dan bergegas ke kiosknya. Sedang kami cuak, kami menyiasat kiosknya.. Boleh tahan, pakaian yang dijualnya. Apatah lagi kiosknya itu bersebelahan dengan kedai emas tempat dia bekerja. Kami terjumpa secebis kertas bertulis.. "Maafkan ayah" di bawahnya tertulis senarai beberapa cd lucah.. Ah.. rupanya si betul bendul ini ada 3 kerja.. Patutlah dia memang menghormati kami dan agak tertarik dengan kami yang betul-betul full time berniaga kek.
Lega.. tak sampai seminit kami di kiosknya.. dia tersenyum meleret dengan anak-anak kami. Legaa.. terasa bersalah pulak kerana berfikiran yang bukan-bukan. Walaupun begitu.. kami rasa terkilan.. kerana orang yang nampak gaya jujur seperti ini terpaksa mengorbankan imannya menjual cd lucah untuk mencari wang lebih sedangkan belum lagi mempunyai anak berderet-deret. Astaghfirullah.. kami terlalu cepat melabelnya.. Entah-entah cebisan kertas itu bukan miliknya.. Atau sebenarnya dia tidak pun menjual cd lucah cuma kami yang terlalu cepat membuat spekulasi. Sebenarnya, kami tak sempat berbual panjang dengannya sebab dia bergegas ke kaunter emas untuk melayan pelanggan sebaik sahaja dia menyerahkan kembali anak-anak kami. Ternyata dia memang orang yang baik-baik, dari raut mukanya, dari gayanya. Jadi entry blog kali ni ditujukan khas buatnya..
Percayalah Rezeki Allah itu Ada Buat HambaNya..
Walau tika balai melanda.. percayalah Rezeki Allah itu ada. Percayalah.. jika ianya bukan rezeki kita.. rezeki itu takkan jatuh ke tangan kita.. Ingatlah kadang-kadang kuih yang sedap yang sudah dibeli dengan nilai RM yang tinggi akan jatuh ke tanah juga.. dimakan oleh burung gagak yang selalunya makan dari tong sampah.. kerana ianya bukan rezeki kita.. Mungkin kita terpaksa berlapar berbanding gagak itu dan tidak hairan jika Allah memberikan kita lapar kerana kuih yang sedap itu mungkin mendatangkan penyakit kepada kita atau mungkin kuih itu belum betul tentu kesuciannya dan Allah sebenarnya menyelamatkan kita.
Percayalah.. di dunia ini, biarlah kita bekerja dengan gaji yang kecil tapi nilainya besar di mata Allah dek kerana keihklasan kita mengerjakannya kerana Allah. Dan percayalah.. rezeki itu tidak pernah sikit kerana Allah maha Pengasih dan sentiasa memberi kepada hambaNya yang terbaik..
Dan percayalah.. rezeki itu sebenarnya datang dalam berbagai bentuk dan cara. Sahabat yang baik, hati yang tenang, jiran yang berhemah, kereta buruk yang jarang-jarang rosak! Jangan sekali-kali percaya.. hidup kita yang paling susah kerana kaya tidak bermakna bahagia.. miskin tak bermakna binasa.
Percayalah.. Allah tidak akan meninggalkan kita apatah lagi apabila kita bekerja keranaNya.. dan memastikan apa yang dilakukan halal dan tidak memberikan kebinasaan kepada orang lain. Berniaga CD lucah sebagai jalan cepat.. memang mampu menjana wang dengan cepat.. tapi menggadai iman dan membuat 'investment' di jalan yang salah. Pernahkan anda terfikir.. bahawa kesan buruk dan dosa dari perbuatan hasil dari video lucah yang kita jual.. sedikit sebanyak memberikan saham akhirat kepada kita. Maukah kita bertanggungjawab jika orang yang membeli CD itu.. akhirnya beronani atau lebih teruk lagi merogol kerana tidak dapat melawan nafsu dek kerana CD tersebut.
Bertaubatlah si Bendul sebelum terlalu lewat. Percayalah Allah itu sentiasa berada di sisi orang yang beriman dan yang selalu berjuang untuk menegakkan syiarNya. Percayalah Rezeki Allah itu ada. Jangan kau gadai imanmu..
Kami terkilan kerana kami tidak tahu namanya.. tidak berusaha untuk lebih mengenalinya.. Tidak pula meminta nombor telefonnya kerana pertemuan kami dengannya hanya seketika mungkin tak lebih dari 10 minit... Tapi alhamdulillah.. ya Allah.. kami bersyukur kerana Kau menemukannya dengan kami walaupun hanya seketika sebagai tanda peringatan dari Mu untuk kami berkongsi di sini.. tentang keesaanMu, tentang rezekimu dan tentang kebahagiaan di dunia.. Terima kasih ya Allah.. kerana menghantar total Stranger itu ke dalam mimpiku.. Ya, dia hanyalah sebahagian dari mimpiku.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment