Sunday, March 11, 2012

Sentap Tersentap: Fenomena Biasa di Facebook!

Pernah menyentap? Ke lagi selalu tersentap? Kat Facebook ni macam-macam hal! Ada sekali upload gambar buat kek.. kena sentap jugak.. Bila kita post benda general.. tiba-tiba kat wall orang lain.. ada tulis yang lebih kurang sama tapi dengan nada yang tersentap.. Mungkinkah satu kebetulan.. tapi mungkinkah satu konspirasi meluahkan perasaan? Ke tak ada kena mengena.. tapi kalau dah selalu sangat nada tersentap itu dalam setengah jam selepas status updates, mungkinkah itu satu kebetulan?

Ada pulak yang selalu sangat menyentap.. sikit sikit menyentap.. orang yang cuba disentap tak tersentap.. siap 'Like' pulak status tu.. Kadang-kadang kita tau... sesetengah tu memang dah ada 'grudges' kat luar Facebook..terbawa-bawa pulak di alam siber. Yang bestnya.. orang yang tanpa niat untuk disentap pulak yang terasa. Walhal tak ada kena mengena pun..

Sebenarnya.. tersentap itu bagus.. Cuma yang tak bagus tu.. kemungkinan untuk bersangka buruk itu ada. Tersentap itu sebenarnya menunjukkan yang kita memang dah ada 'guilt conscious'. Kita sendiri yang rasa bersalah, walaupun orang tak ada niat nak kata kat kita. Bak kata orang tua.. siapa makan cili, dialah terasa pedas.. Kalau tak makan cili.. tak rasalah pedas tu.. Jangan la pulak.. tak makan cili, tiba-tiba rasa pedas.. Kan susah dibuatnya.

Bagi yang tolong masak cili tu pulak.. janganlah pedaskan sangat.. Macam masak lemak cili padi.. menyengat tapi orang suka makan dan tambah tambah lagi. Ini tidak.. bagi cili padi.. lepas tu tenyeh selagi boleh tenyeh. Cili ni versatile.. ada cili kurang pedas, ekstra pedas.. ada jugak pedas tapi tak terasa kepedasannya sebab sedap! Orang yang pandai masak lemak cili macam tu.. memang orang mintak tambah lagi. Kan bagus macam tu..

Hmm.. betul-betul risky entry nina kali ni.. karang ramai yang terasa pulak.. tapi nina berani take that risk! Sebab nina sayang korang! Tak salah kan sekali sekala nina try masak lemak cili padi hehehe.. Apa-apapun.. lepas ni kalau nak tersentap.. sentap sopan-sopan ya.. Bukan apa.. takut nanti orang label kita meroyan pulak.. Lagi parah..

That's it for now, peace yaw!!!

p/s tak ada niat nak kenakan siapa siapa pun.. cuma nina reflect bila tengok macam2 status kat FB.. tapi nina minta ampun siap2 la ya.. kalau tersentap, anggaplah nina lakukan ini kerana Allah..








Share/Bookmark

1 comment:

Related Posts with Thumbnails