Alhamdulillah.. sampai juga Ramadhan tahun ini. How time flies. Masa kecik-kecik dulu, nak menghabiskan satu tahun, punyalah lama.. tapi rasa macam baru je bersalinkan Muhammad Ramadhan lepas.. dah nak setahun dah.
Selalunya.. sejak lahir anak yang sulung 11 tahun.. cuma dua kali je miss puasa. Yelah... mengandung, menyusu.. mengandung lagi dan menyusu.. Tak merasalah mengganti puasa. Bila tahun lepas bersalin dalam bulan ramadhan, 15 hari lah nak kena gantinya.. masih belum habis ganti.. Agaknya semangat yang tak berapa kuat... almaklumlah.. bila menyusu.. memang sentiasa lapar.
Terharu rasa bila anak-anak sanggup puasa sunat menemankan ibu mengganti puasa.. Siap pesan pada yang sulung, kalau ibu tiada.. waris yang kena gantikan.. Dia janji akan gantikan. Alhamdulillah..
Percubaan kali pertama bawa Muhammad ke masjid masa solat hajat sekolah anak. Tak sampai satu rakaat dah terbatal.. bukan apa.. tergelak sebab Muhammad merangkak melintasi jemaah sambil berhenti dan mengagah makcik-makcik dan kakak kakak.. Nina terus pergi ke saf hujung dan tunggu dia.. Harap-harap tak marah lah makcik-makcik tu ya..
Bila dah ada baby.. dulu terasa sedih la jugak, tak boleh nak pergi ke surau bersama-sama ahli keluarga yang lain, miss ceramah-ceramah di antara terawih.. tapi bila difikirkan balik, Allah memang bagi bonus bagi ibu-ibu yang menjaga anak. Duduk di rumah pun dah dikira ibadah, setiap tangisan apabila memotong bawang dikira pahala. Apatah lagi bila, menyusukan anak. Bila ingat balik pahala yang Allah sediakan walaupun berada di rumah.. terubat hati ini. Janji, tak boleh merungut.
Bila Ramadhan tiba, entah kenapa terasa sayu hati.. dengan kerahmatan Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pemurah.. Diberikan bonus berganda-ganda.. Diberikan ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan ruang untuk kita bertarung dengan nafsu sendiri. Selalunya.. kita menyalahkan syaitan. Allah juga memberi 'servis' percuma.. Sebulan untuk servis 'digestive' kita, (selagi kita tidak makan macam gilerr).
Nina awal-awal lagi dah beritau adik ipar yang tinggal dengan kami buat masa ni.. bulan puasa ni, kami tak makan mewah-mewah.. tahun lepas, sekali pun tak pergi ke bazar ramadhan. Nina nampak dia macam terkejut. Bukan apa, harga dah tentu melambung-lambung dan kalau bulan Ramadhan ni tak ambil peluang nak jinakkan nafsu, rugilah. Lagipun, memang suami dan Nina selalu bagitau kat anak-anak.. Allah bagi kita peluang untuk rasa.. macam mana sesetengah orang tu berlapar.. kita berlapar sebulan je.. ada je orang yang berlapar sepanjang tahun..Jadi kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Jadi sempena Ramadhan ini, Nina bagi pihak seluruh keluarga nina menyusun 10 jari, dengan rasa rendah diri, memohon ampun dan maaf bagi apa juga kesalahan sama ada kecil atau besar dan minta dihalalkan makan dan minum (masa potluck tu main makan je hehe) .. apatah lagi, kita yang suka bergurau ni, tak tahu, entah-entah ada yang terguris di hati.. Bukan apa, terkedu bila suami balik dari terawih semalam bagitau antara orang yang tak mendapat pengampunan Allah ialah orang yang memutuskan silaturrahim dan tidak memohon ampun dari orang yang diputuskan silaturrahim.. Dosa kita dengan Allah memang Allah akan ampunkan kerana Allah itu maha Pengampun. tapi rupanya dosa kita dengan manusia..
Ampun dan maaf ya.. semoga Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kita.. dan semoga kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar.. Amiiin amiin ya robbal 'alamiin..
Nice post Nina. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang penuh kemuliaan ini.
ReplyDeleteYa la Nina. Apa kita ada n buat utk famili semua juga dikira pahala. Sama2 kita menyambut Ramadhan penuh kesyukuran, keinsafan dan kesederhanaan.
ReplyDelete