Teringat setelah berpenat-lelah melayan anak-anak di Tasik Cempaka bersama jiran sebelah rumah pada hari Ahad, tiba-tiba abah menelefon untuk memeriahkan lagi.. Dia nak datang rumah sebenarnya tapi kami bersantai di 'playground'. Sebaik habis anak-anak bermain, terus kami ke Pasar Tani, menjamu mata.. Tak payahlah masak kalau dah makan 'heavy breakfast'..
Saya memang hantu nasi kerabu dan nasi dagang, nampak je memang kecur air liur.. terus peniaga tu menyapa.. "belilah, tolak harga borong"..dengan cerianya saya menjawab,
"Bagilah kami borong"..
Datang mak saya, lagilah borong, dia pun sama hantu nasi kerabu.. datang suami pun borong juga, hantu pulut.. Semasa sibuk memilih-milih, anak peniaga tersebut bertanya kepada ibunya..di tangannya siap kalkulator, "yang ini berapa?" Ibunya menjawab, "RM3.00", "yang ni?" "RM3.00" tapi kedengarannya ibunya agak 'annoyed'.. Saya menjeling harga di banner.. nasi dagang.. RM3.50.. Tiada tanda harga nasi kerabu, yelah, nasi kerabu ikut lauk..
Saya cuma minta daging dan ikan dan telur untuk nasi kerabu.. nampak si ibu meletakkan ikan kering yang saiznya XXS.. "alhamdulillah", dia bersedekah..
Bila tiba waktu membayar, "Berapa kak?", "RM24.00".. Saya merenung kesemua order saya, 2 nasi dagang, 3 nasi kerabu (2 ikan, telur dan 1 daging), 3 bubur lambuk, 1 pulut kuning, 1 pulut manis.. Hati saya terdetik.. "kalau harga tak borong berapa agaknya.." Pagi-pagi, bila saya makan seluruh keluarga di gerai tepi jalan di Kajang termasuk air, lontong dan nasi lemak selalunya antara RM12-14..
Tetapi Allah Maha Mengetahui.. mungkin dia dengar hati saya berdetik.. si ibu terus berkata, "ini akak bagi free ya", dan memasukkan satu mee kari.. "lebih kurang minta halal ya".. kata-katanya yang akhir itu membenarkan detikan hati saya..
Saya mengomel juga.. tapi terpaksa menerangkan kepada ibu saya, takut dia kecil hati nampak saya berkira membayar.. saya cuma kesal dan rasa tertipu kenapa dia mempromosikan harga borong tapi pada hakikatnya.. saya dapat mee kari dan ikan kering percuma.. kan lain tu..
Saya terkilan dengan sikapnya sebab saya juga pernah berniaga.. kadang-kadang memang susah nak 'let go' kalau ada lebih bila memikirkan keuntungan yang kita dapat kalau kita jual.. Mula-mula berniaga.. kalau kek terbantat, nak bagi diskaun pun masih berkira-kira.. tapi apa yang kita peniaga selalu lupa.. ikhlas itu perlu disemai, ditanam dan dibaja. Sifat ikhlas itu tidak datang sendiri.. kita kena lembut-lembutkan hati. Berniagalah sebagaimana Rasulullah berniaga. Ingatlah.. bila kita tutup satu akaun di sini, kita sebenarnya membuka satu akaun di akhirat. Bila kita bersedekah di sini, gantiannya akan dikembalikan di akhirat berlipat-ganda. Yang paling indah sekali, siapa yang berniaga seperti Rasulullah akan tinggal di syurga Rasullullah dan sama-sama minum dari telaga Rasulullah.. Minumlah sepuas-puasnya...
No comments:
Post a Comment