Monday, June 1, 2009

Ikhlaskanlah Pemberianmu..

Tengah-tengah mengemas, terjumpa macam-macam baju yang tak pernah dipakai.. Masih baru dan cantik, ada pemberian dari orang, maklumlah, di antara kawan-kawan dan adik beradik, kitalah antara yang kecil sekali. Ada juga yang dibeli sendiri masih belum dipakai.

Teringat beberapa pasang baju yang diberi Kak Sel. Masa mengajar di sekolah dulu, memang selalu pakai. "Baju ni masih elok lagi, Na, Kak Sel dah tak muat lagi". Memang selesa dan cantik. Bila pakai baju tu, muka Kak Sel nampak ceria tapi tak pernah cakap apa-apa, cepat-cepat bagitau dia "Ni baju yang Kak Sel bagi hari tu". Dia terus cakap "Eh, Nina, janganlah bagitau semua orang, ni yang Kak Sel suka bagi baju kat Nina ni, memang Nina pakai".

The truth is, there's nothing to be ashamed of. Sombong sangat ke kita ni, tak boleh pakai baju second hand. But that is not the utmost important. The most important thing is the fact that Kak Sel gave me the baju kurung, happy when I wore it and yet refused to let people know about it.. (wah bercampur-campurlah pulak bahasa.. nope, I don't feel stupid speaking in Malay, but I find it easier to express my feelings when I speak in English)..

Memang dah biasa dapat baju dari orang. Tapi yang tak syoknya bila dengar ungkapan seperti "Baju ni ada sentimental value, sayang nak bagi kat orang lain". Masaalahnya, bila kita nak 'let go' sebab tak muat atau tak reti pakai baju-baju berfesyen-fesyen, boleh ke kita bagi orang lain? Ke kena simpan sebab ada nilai sentimental?

Cuba fikir betul-betul, kenapa kita beri sesuatu pemberian.. adakah kita nak kosongkan almari kita, adakah baju kita tu dah tak "presentable" lagi, atau kita terlalu sayang pada baju tersebut sampai kita cuma bagi pada orang yang tertentu dengan harapan dia akan simpan, atau kita sayang baju yang masih cantik yang tak dipakai lebih baik diberi pada orang supaya dapat dimanfaatkan? Atau yang lebih afdhalnya.. berilah kerana Allah.. untuk mendapat keredhaan-Nya.

Jinak-jinakkanlah hati.. bila rasa angin kedekut datang.. teruslah bagi supaya kita lebih ikhlas. Jangan tunggu bila dah buruk baru nak bagi, zip dah tertanggal, kain dah lusuh.. Lebih baik lagi kalau boleh berikan pada orang yang lebih memerlukan. Sekali-sekala, bagilah yang baru.. memang susah nak ikhlaskan hati.. tapi itulah latihan yang sebaik-baiknya..

Yang paling penting, bila dah bagi orang.. jangan sebut-sebut lagi.. Lupakan pemberian kita pada orang tapi sentiasa ingat pemberian orang pada kita. Kan tak selesa bila kita tengah pakai orang menegur.. "Cantik baju!", "Macam pernah tengok je baju ni". Mungkin kita ikhlas bergurau tapi bunyinya macam tak ikhlas je.. Ikhlaskanlah hati.. berilah yang terbaik.. dan jadilah macam Kak Sel, "kalau na tak boleh pakai baju-baju yang Kak Sel beri, bagi je kat siapa-siapa, janji boleh pakai".

Thank you, Kak Sel, kerana mengajar nina rasa rendah diri, memakai baju-baju 'second hand' dan juga mengikhlaskan hati dalam memberi..
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails