Thursday, June 25, 2009

Jangan Kedekut Ilmu

Assalamualaikum..

Gembira hari ni mendengar seorang kawan yang mencuba resepi Seri Muka yang diberi oleh Ustazah, pengusaha kantin sekolah. Katanya, resepi yang diberikan memang menjadi. Beriya-riya ustazah berkongsi resepi, yang hadir cepat-cepat menulis sebab memang susah nak dapatkan resepi seri muka yang 'perfect'! Seri Muka ustazah memang sedap, rata dan lembut.. Tak manis sangat, pulutnya lemak..

Kalau ikutkan, ustazah memang tak pernah lokek berkongsi resepi walaupun dia sebenarnya meniaga..

Sepatutnya begitulah. Antara amal yang tak putus pahalanya walau kita sudah tiada ialah ilmu yang bermanfaat. Sebenarnya ramai tak lokek bila ditanya tentang resepi.. Pernah kawan rapat saya meminta tips bagaimana cara mendapatkan belang agar-agar zebra. Dulu mana ada buku resepi dan website yang melimpah ruah dengan resepi. Bermati-matian rakannya tak nak bagi.. Katanya rahsia.. belum lagi minta resepi.

Alangkah sayangnya pahala yang terbuang.. Kalaulah dia berkongsi, tentu banyak pahala. Saya juga pernah minta resepi ayam goreng rempah dari saudara sendiri.. Tersipu-sipu makcik menjawab.. ini secret recipe.. Saya terkejut.. tapi bila dia sendiri meminta resepi dari saya, saya kongsi..

Simpanlah ilmu yang Allah beri tu.. bawalah sampai mati.. Nanti bila dah tiada.. pastinya menyesal kalau Allah tunjukkan pahala yang diberi jika berkongsi ilmu. Belum lagi pahala yang kita dapat bila rakan-rakan kita berkongsi pula resepi dengan orang lain. Tak rugi berkongsi resepi.. Allah tahu apa yang kita lakukan.. Bukankah di dunia ini mencari keredhaan Allah. Itulah jalan yang paling mudah.

Bagi yang belum terbuka hati untuk berkongsi ilmu.. jinak-jinakkanlah hati tu ya.. Bukan senang yang masuk syurga.. Ingatlah.. sedeqah bukan dalam bentuk wang sahaja.. itulah sedekah tanpa wang.. Allah maha adil. Kalau sedekah semua pakai duit sahaja, orang kaya jelah masuk syurga.

Ikhlaskan hati ya! Allah tahu..
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails