Sunday, May 11, 2008

Maafkan Ibu, sayang...

Assalamualaikum anak-anak ibu..

Ibu doakan anak-anak ibu dapat menjawab peperiksaan dengan mudah.. Alhamdulillah.. semuanya sudah pun selesai sekarang ini.

Ibu minta maaf sebab kali ni, ibu tak dapat nak tolong bacakan buku dan tasmik. Ibu akur dengan kehendak Allah. Ibu demam.. memang tak suka baca sendiri kan tapi apa nak buat, badan ibu tak larat. Mungkin Allah nak anak-anak ibu belajar berdikari. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Jangan risau ya.. kalau rajin buat homework, dah baca buku, doa banyak-banyak, selalu hormat guru, dan akhir sekali tawakal, insyaallah Allah akan bantu.

Jalan yang Allah bagi ialah jalan yang terbaik buat kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Ibu juga ambil kesempatan untuk memohon maaf kerana ibu hilang sabar dan marah anak-anak ibu. Tiada niat di hati ibu untuk mengguris perasaan anak-anak ibu, tapi ibu tewas dengan kemarahan diri ibu sendiri.

Ibu dah pun baca A'uzubillaa banyak kali. Tapi rupanya ibu gagal. Maafkan ibu ya.. walau apa pun yang terjadi... ibu nak anak-anak ibu tahu yang ibu memang sayangkan anak-anak ibu. Seelok-eloknya, patuhilah undang-undang yang sedia ada di dalam rumah agar tidak ditegur beberapa kali. Bukan apa, sebagai manusia, kita selalu lupa tapi pada masa yang sama tidak suka ditegur banyak kali.

Jangan ambil mudah apa yang ditegur. Kadang-kadang, kita tak nampak bahaya menunggu peluang. Ingat lagi tak adik Haziq jatuh di tangga dan teruk berdarah di hidung. Masih ingat lagi dahi nurul dijahit doktor kerana terhantuk bucu meja. Masih ingat tak lagi, accident di KLIA?

Sedarlah sayang, semua undang-undang dibuat bukan kerana benci, tapi kerana sayang dan khuatir kalau-kalau tercedera kerana terlalu suka.

Akhir sekali... jangan main kat bilik air tau! Anak ibu dah belajar sains kan? Air sabun boleh mengurangkan geseran, bila tiada geseran, kan lebih senang jatuh! Sebab itulah ibu marah... Tapi sekarang ibu dah tak marah lagi...
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails