Wednesday, July 29, 2015

Ramadhan.. Kau Pergi dengan Kehadhiran Syawal dan lemak..



Semalam pergi beraya di rumah kawan, ada pulak penimbang elok je duduk dekat tepi tangga. Saja je la naik.. makk aiii.. naik sampai 5 kg!!! Baru je 13 Syawal dah naik 5 kilo??? Ramadhan turun 4 kilo, syawal naik 5 kilo. 


Sedih! Bukan sebab sedih berat dah naik.. Sedih sebab tarbiyyah Ramadhan macam dah 'fail'. Janji-janji sepanjang Ramadhan seolah-olah dipinggirkan. Amalan-amalan sepanjang Ramadhan memang terpinggir. Quran entah ke mana, solat sunat dilalaikan, bangun malam dah menjadi bangun Subuh. Kalau dulu, sementara menunggu nasi masak, dapat la solat sunat taubat 2 rakaat (ini bukan menunjuk-nunjuk - simply sharing how simple it is got get pahala wajib dengan amalan sunat sebab memang kena bangun sahur kan).

Masa Ramadhan, bunyi alarm clock tu takkan masuk dalam mimpi. Terus bangun je. Sebab takut anak-anak semua tak sahur. Tanggungjawab tu kita yang pegang. Tapi 2 malam lepas, siap mimpi lagi, mimpi yang phone tu dah kita matikan alarm tapi tetap snooze lagi. Siap tanya dalam mimpi, 'Kenapa dah matikan snooze siap bunyi lagi ek?'. Nampak sangat will power nak bangun tu kurang berbanding masa Ramadhan.

Masa Ramadhan, masak nasi 2 pot dah cukup, makan nasi dah tak tambah dah sebab memang dah kenyang. Sekarang ni, makan bertambah-tambah pun tak kenyang-kenyang. Tak boleh nak tahan, lagi la kalau masak sambal petai ke (mode baru masak sambal petai just before naik penimbang tu). Kadang-kadang tertanya-tanya, mungkin tak keberkatan Ramadhan tu sendiri yang membuatkan kita nak  beribadah, senang untuk kawal nafsu makan.

Patutlah dapat pahala setahun kalau teruskan puasa 6. Allah masih nak jaga kita biarpun pesta ibadah dah berakhir. 

Nantikan Entry sambungan selepas ni ya. Dah dapat nasihat from a friend yang sangat-sangat berjaya menurunkan berat badan. Tungguuu!! Rupanya masih ada harapan!


Share/Bookmark

Monday, July 20, 2015

Raya..

Bila raya je, suka tengok gambar orang beraya, warna-warni meriah merata-rata. Seronok bila tengok sesetengah orang memang sampai 3-4 raya masih memakai baju raya, masih meriah menziarah. Kami pulak, lepas raya pertama, memang banyak masa untuk tengok gambar-gambar orang beraya, maknanya memang melengung je la kannn...

Sebenarnya jealous jugak tengok orang pergi beraya. Tinggal lagi, sebelum ni memang ada bad experience ke rumah orang, jadi kalau bukan kenal rapat, memang agak susahlah nak pergi. 

Kalau kat kampung memang lah meriah sikit. Seingat kami, masa kami kecik-kecik dulu, memang meriah dari pagi sampai la ke malam, melawat saudara-mara. Selalunya sampai balik ke kampung lepas pukul 10 malam, keluar dari pagi. 

Tak tahulah sejak bila, raya dah tak rasa macam raya tapi dah lama jugak la. Lepas sembahyang raya, ada tetamu, pergilah 2-3 rumah, lepas tu dah. Tunggulah minggu-minggu seterusnya kalau ada open house. Macam semalam, pergi juga rumah kawan-kawan di kejiranan lama, berkunci bertutup rapat. Mungkin pulang ke kampung. Nombor telefon pun tak ada sebab sekali-sekala je jenguk di Facebook. Serik nak main terjah.. sebab serik bila ada yang tanya "Kenapa tak telefon dulu". Teringat pula masa ada maid dulu. Dia tanya, di sini memang macam ni ke raya sebab di kampungnya, rumah sentiasa terbuka, jiran-jiran saling mengunjungi, tak makan apa-apa pun, sekadar ziarah dan berjumpa. 

Yang paling sedih. Elok-elok lepas raya kedua ketiga, nampak sangat amalan yang selalu dilakukan sepnajang ramadhan hilang terus. Dah tak bangun awal macam selalu. Dah lupa zikir semua. Seolah-olah hilang terus. Andai lalai, tentunya amalan terus berbalik kepada yang asal. Makan dah tak ingat dunia, bila puasa, makan sikit pun dah terasa keberkatannya.

Sebenarnya.. raya.. mungkin lebih bermakna jika kita fokus pada 'present'.. not what happened in the 'past'. Biarlah ianya menjadi rahsia..

p/s mesti nak cakap omputih
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails