Wednesday, July 29, 2015

Ramadhan.. Kau Pergi dengan Kehadhiran Syawal dan lemak..



Semalam pergi beraya di rumah kawan, ada pulak penimbang elok je duduk dekat tepi tangga. Saja je la naik.. makk aiii.. naik sampai 5 kg!!! Baru je 13 Syawal dah naik 5 kilo??? Ramadhan turun 4 kilo, syawal naik 5 kilo. 


Sedih! Bukan sebab sedih berat dah naik.. Sedih sebab tarbiyyah Ramadhan macam dah 'fail'. Janji-janji sepanjang Ramadhan seolah-olah dipinggirkan. Amalan-amalan sepanjang Ramadhan memang terpinggir. Quran entah ke mana, solat sunat dilalaikan, bangun malam dah menjadi bangun Subuh. Kalau dulu, sementara menunggu nasi masak, dapat la solat sunat taubat 2 rakaat (ini bukan menunjuk-nunjuk - simply sharing how simple it is got get pahala wajib dengan amalan sunat sebab memang kena bangun sahur kan).

Masa Ramadhan, bunyi alarm clock tu takkan masuk dalam mimpi. Terus bangun je. Sebab takut anak-anak semua tak sahur. Tanggungjawab tu kita yang pegang. Tapi 2 malam lepas, siap mimpi lagi, mimpi yang phone tu dah kita matikan alarm tapi tetap snooze lagi. Siap tanya dalam mimpi, 'Kenapa dah matikan snooze siap bunyi lagi ek?'. Nampak sangat will power nak bangun tu kurang berbanding masa Ramadhan.

Masa Ramadhan, masak nasi 2 pot dah cukup, makan nasi dah tak tambah dah sebab memang dah kenyang. Sekarang ni, makan bertambah-tambah pun tak kenyang-kenyang. Tak boleh nak tahan, lagi la kalau masak sambal petai ke (mode baru masak sambal petai just before naik penimbang tu). Kadang-kadang tertanya-tanya, mungkin tak keberkatan Ramadhan tu sendiri yang membuatkan kita nak  beribadah, senang untuk kawal nafsu makan.

Patutlah dapat pahala setahun kalau teruskan puasa 6. Allah masih nak jaga kita biarpun pesta ibadah dah berakhir. 

Nantikan Entry sambungan selepas ni ya. Dah dapat nasihat from a friend yang sangat-sangat berjaya menurunkan berat badan. Tungguuu!! Rupanya masih ada harapan!


Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails