Wednesday, August 6, 2008

Sabar Menahan Marah Ya! Rasullullah Sayang Orang yang Menahan Marah!

Marah?

Senang sangat nak marah tapi susah sangat nak tahan marah. Tapi bila kita marah, orang yang kita sayang kecil hati, sedih; menyesal pun tak guna. Kalau hati terlalu terguris, akan ambil masa beberapa tahun untuk mengubat hati sendiri. Tapi kalau nak tahan marah sebenarnya ambil masa beberapa saat sahaja. Memang kadang-kadang, kita terlalu marah sampai terlepas dan terkeluar suara, nada yang kuat yang boleh menyakiti hati.

Ibu dulu memang pemarah.. Tetapi ibu cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan marah. Tapi memang ada masa ibu tak boleh tahan, dan selalunya ibu menangis kerana terlalu geram. Kata orang menangis tu perangai budak kecil tapi apa salahnya sekali sekala berperangai macam anak kecil asalkan dapat mengubati hati sendiri dan mengelakkan hati orang terguris. Bila kita tahan marah, banyak pahala yang kita dapat terutama sekali bila kita elak marah kerana Allah, bukan kerana takut hilang kawan atau kena denda.

Macam mana ya nak tahan marah kerana Allah? Senang sahaja.. Ingatlah di dunia ini kita mencari keredhaan Allah. Kita lakukan apa yang Allah sukad dan Allah sangat sayang pada orang yang menahan marah.

Ibu kongsi ya macam mana ibu cuba tahan marah. Naufal, Nurul, Haziq dan Irfan cuba ya!

1. Bila marah, diam. Jangan cakap apa-apa, takut nanti kita terus jerit.

2. Tarik nafas panjang. Fikir. Berbaloi tak untuk marah?

3. Ingat! Bila kita marah, syaitan berkejar-kejar ke telinga kita, hasut bagi kita lagi marah. Baca A'uzubillahi minassyaitonirrajim.. Bayangkan bertempiaranlah semua syaitan-syaitan kat telinga kita kerana takutkan Allah. Kita kan minta tolong Allah!

4. Cuba fikir.. betul ke kita sebenarnya marah atau kita terhasut dengan pujukan syaitan. Kan kita dah janji untuk menjadikan syaitan musuh kita nombor 1!Jadi jangan sekali-kali termasuk perangkap syaitan.

5. Bayangkan betapa sukanya syaitan, terguling-guling dia gelakkan kita bila kita tak berjaya mengawal marah. Bila ibu terbayang ini, ibu memang tak nak marah. Ibu tak nak bagi dia menang!

6. Kalau masih marah lagi, keluar dari tempat yang membuatkan kita marah atau jangan tengok orang yang kita marahkan. Insyaallah sejuklah tu..

7. Kadang-kadang kelakar sebenarnya bila tengok air tumpah, toys tergolek, adik conteng buku kalau kita tak marah.. tengok muka yang kecut gila sebab dah buat salah.

8. Kalau masih marah... ambillah air sembahyang, tak hilang marah lagi, sembahyang sunat... kalau masih marah lagi... doalah pada Allah! Biar disejukkan hati!

Good Luck ya sayang!


Ibu kongsi
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails