Tuesday, September 21, 2010

Journal Syawal

Entah kenapa, pagi ini nina rasa kesal sangat.. Syawal tak sampai 2 minggu tapi seolah-olah 'overwrite' apa yang telah dipelajari sepanjang Madrasah Ramadhan. Sebenarnya sambutan raya tu pun dah cukup memadamkan ingatan ramadhan. Balik dari kampung, terkejut badan sudah naik 4 kilo. Hari pertama, terkena cirit-birit teruk akibat makan segala macam makanan tanpa kawalan. Usaha menjinakkan nafsu selama sebulan sia-sia sahaja. Pagi sudah liat nak bangun, jangankan nak bertadarus, quran pun entah ke mana.

Teringat semasa ramadhan.. bangun tepat pada waktu menyiapkan juadah sahur.. dengan semangat berkobar-kobar untuk meneruskan budaya bangun pagi dan masak tanpa bertangguh. Habis ramadhan semua lintang pukang macam biasa.

Kadang-kadang terfikir jugak.. mungkin ke kita berubah pada waktu ramadhan itu dek kerana keberkatan bulan itu atau kita sebenarnya mengejar pahala 70 kali ganda semata-mata tanpa keikhlasan kepada Allah.. maka habis ramadhan.. ia tidak memberi kesan pada hati.. ataupun mungkinkah, kita terlalu sibuk beraya sampai terlupa budaya yang telah kita tanamkan sepanjang ramadhan.

Anak bising.. merungut katanya lebih meriah kalau sembahyang jemaah masa bulan puasa, sekurang-kurangnya ada jugak seorang yang masih mengingatkan kami. Alhamdulillah.. dia masih mahu ke surau untuk berjemaah..

Patutlah.. katanya bila umur sudah 40 tahun, sifat dan perangai sukar untuk diubah.. "Old habits die hard".. Memang susah betul untuk istiqamah.. Walaupun umur nina belum lagi 40 tahun tapi sebenarnya sedang mengira hari. Mungkinkah cukup masa untuk berubah.. untuk membuang sifat-sifat mazmumah di dalam hati.. mungkinkan cukup masa untuk menyuburkan sifat-sifat mahmudah.. Tapi kalau diikutkan kalendar islam.. mungkinkah sudah 40 tahun kerana bulannya lebih pendek. Kalau dikira-kira.. mungkin kita lebih tua dari umur mengikut kalender masihi..

Harapnya.. selepas ini, nina boleh cuba balik mengimbas kembali semangat-semangat yang tenggelam dek bulan perayaan ini.. takut tak sempat ke Madrasah Ramadhan tahun depan. Yelah.. kematian selalu menjenguk kita.. kita saja yang lupa nak jenguk kematian..
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails