Friday, May 6, 2011

Hisy! Nak Bawak Kereta tu, Bawak la Betul-betul!

Dah beberapa hari mengikut Azly buat delivery, jadi tension! Selalu tinggal kat rumah, ingat nak ambil angin tapi lagi stress atas jalan. Yang potong kiri, potong kiri! Ramai bawak kereta cara selamat tapi tak kurang yang bawak macam gila!

Antara aksi-aksi menyakitkan hati sepanjang delivery ni:-

1) Lori besar buat U-turn sambil pegang handphone

2) Treller buat U-turn tempat sempiiiitt.. Semua terpaksa brek mengejut

3) Kereta hitam mendajalkan lagi satu kereta hitam, dua-dua kereta kilat, dua-dua bodoh
Yang kereta belakang tu 4 kali cuba nak tukar lane, tapi yang depan tu cepat-cepat ikut taknak bagi poting just before tol.. lepas tol, kereta depan tu bagi jalan, memang silap la kereta belakang tu pi potong, kena himpit saujana mata memandang.

4) Polis pakai handphone semasa memandu. Mungkin boleh kot ek.. sebab tengah slow.

5) Naik motor sambil korek-korek poket, cari handphone, selit kat helmet?????!!!??

6) Yang motor langgar lampu merah tu tak payah nak cakap la.. mengong!

7) Dari lane kiri.. cepat-cepat tukar lane tengah, lepas tu gedek gedek gedek!! Tunggulah betul-betul clear kalau nak slow!

8) Kereta 'Queue jump' baik punya nak masuk simpang 'v' ke kiri, queue pulak tu panjang gilaaaa, kita nak elak dia, ada motor kat belah kanan kereta, terpaksa brake mengejut! saspen gila takut orang hentam belakang!

9) Ada orang nak lintas jalan, kereta belakang himpit.. janganla orang tu melintas..

10) Satu malam tu, ada orang melintas lenggang lenggok.. nasib baiklaaa seluar dia putih..

The end!
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails