Kali ni.. sebab cuti sekolah of course la musim kenduri kannn.. rasa nak menyentap sikit. Boleh? Alaa.. sekali-sekala apa salahnya kannn.. Tapi dah la selalu jarang menulis.. dah la tulis sekali-sekala, menyentap pulak tu.. tak ada pulak orang nak membaca blog ni nanti. Takpe lah.. tulis biarlah apa yang kita rasa.. Betul tak?
Kalau ikutkan hati.. kenduri ni lah yang paling buat saya serba salah. Dengan keadaan traffic jam sekarang ni yang tak tentu masa. Keluar awal pun salah, keluar lambat pun salah. Tak keluar langsung pun salah. Tapi semalam rupanya baru perasan ada kenduri kahwin. Event dekat Facebook tapi memang sebab tak masuk terus dalam handphone (handphone lah segala-galanya) memang dah pukul berapa baru terperasan. Nak pergi dah terlewat.
Sebenarnya.. boleh dikatakan saya ni fobia tang kenduri kahwin. Kalau yang tak berapa rapat tu lagilah. Jangan salah sangka pulak.. Dulu saya suka attend wedding especially acara nikah tapi sekarang ni walaupun hukumnya wajib tapi keadaan sekarang ni jadi serba salah.
Ada sesetengah kenduri tu memang dah tak boleh nak attend sebab dah memang ada hal lain atau pun memang agak jauh dari kawasan yang plan tu. Kadang-kadang bila dah beriya jemput.. siap kata .. takpe datang lambat pun takpe. Kita malu-malu datang la jugak melepaskan hajat yang menjemput.
Tapi bila keadaan caterer sekarang ni yang ada yang lain macam.. pukul 2 pakat-pakat mintak periuk dan bekas sebab depa nak bungkuih cepat walaupun dekat kad cakap acara sampai pukul 4-5 petang. Bila terdatang lewat dalam pukul 4, tuan rumah dah terjadi malu-malu.. terus pulak cakap "Ala.. apasal datang lambat sangat". Kadang-kadang kita makan bukan nak makan sangat, tapi lebih kepada nak rai pengantin. Kita pulak jadi macam menyusahkan.. jadi kadang rasa kalau dah jam macam cuti sekolah macam ni.. rasa macam malas nak pergi.
Sekarang pulak trend pengantin dok buat photo shoot kat luar. Aiseyman.. kadang-kadang rasa macam culture tu bukan culture kita.. nak buat pre wedding photo shoot. Dah kena dua kali bayar make up dan baju.. Pulak tu.. takkan nak posing maut sebelum nikah.. (Awat la tak nikah masa tunang je sebab masa tunang pun dah ada pelamin). Anyway.. sedih sebab pengantin mesti lupa.. dalam keghairahan mencipta memori terindah.. lupa tang tetamu datang nak rai dan mendoakan depa. Kan rasulullah dah ajar doa pengantin macam yang Maher Zain selalu nyanyi.
Make up pakai tebal-tebal siap bulu mata palsu.. Makeup kena awal, dalam pukul 11 pagi dah stand by.. Kompang bunyi around 1-2 petang. Kenduri habis dalam pukul 4-5. Rasa-rasa ada tak yang terbabas tak solat zohor sebab tak boleh nak tanggal makeup. Mak andam pulak lelaki.. habis tu macam mana nak simpan air sembahyang. Kalau mak andam perempuan.. baju pengantin ketat atau jarang.. nak serkup telekung pun takut tersangkut kerongsang. Lagipun nak rukuk pun tak lepas, apatah pulak nak sujud dengan baju pengantin. Satu waktu je.. takpelah..
Kadang-kadang rasa serba tak kena wedding reception zaman sekarang. Dengan lagu ntah hape hape, ada ke malaikat dok kat situ? Pulak tu.. semasa dok perkenal dengan saudara mara, salam semua orang dah tak kira muhrim ke tak. Yelah kan.. kalau tak salam pak sedara suami, nanti kata kurang sopan pula, sebenarnya kalau ikut hukum memang tak boleh.
Yang paling letih sekali, sudah tentunya pihak lelaki yang banyak menanggung duit dan dosa. Yelah kan, sekarang hantaran dah ribu raban, nak kumpul duit pun kena tangguh kawin lagi lama. Terpaksalah buat loan sebab nak tanggung pelamin, make up, kenduri sakan. Dah macam tu.. kena cari duit untuk kenduri menyambut pulak.
Paling tak larat nak menanggung dosa isteri dengan auratnya. Yelah.. dah setuju nak menanggung semuanya bila akad nikah kan..
Hmm.. jenuh nak memikirkan.. ada tak cara yang lebih mudah untuk menikah. Makin moden rasa macam makin susah nak menikah. Takut habis berpuluh-puluh ribu.. bahagianya tidak sebab tak ada keberkatan.
Okaylah.. cukup lah menyentap kali ni.. Lain kali kita sentap lagi ya.. Sebenarnya.. entry kali ni tak ada kena mengena dengan wedding siapa-siapa pun.. cuma reflect trend sekarang ni :D Jadi yg terasa tu jgn terasa tawwww... Peace!
No comments:
Post a Comment