Alkisah bertahun dulu berkursus. Terjumpalah sorang yang paling menyakitkan hati. Saya ingat sejelas-jelasnya apa yang dia lakukan yang membuatkan saya sakit hati. Rupanya agak manis, boleh dibuat calon suami tapi saya begitu benci dia. Sebenarnya kursus tu dah lama.. lebih dari 20 tahun tapi sakit hati saya tak pernah padam.
Banyak kali juga saya 'google' nama dia tapi memang tak jumpa. Ada jumpa tapi tak ada gambar dan pencarian saya belum berakhir sebab tadi je saya baru 'google' lagi. Bila difikirkan, apa yang penting sangat untuk saya 'jumpa' dia. Tertanya-tanya juga, kalau saya terjumpa, puas atau tidak hati saya?
Saya pernah bagitau suami saya, kalau-kalau bila kami berjalan-jalan, tiba-tiba saya lempang seseorang.. tak lain tak bukan itulah orangnya.. Kih kih kih.. kelakar lah jugak, berani ke nak lempang orang, buatnya salah orang. Ataupun, katakanlah tiba-tiba terjumpa, dia berkopiah dan berjubah.. agak-agak nak terus lempang ke tidak.
Banyak betul kenangan pahit dalam hidup ini tapi kebanyakkannya saya dah 'let go'. Buktinya, bila terjumpa kawan-kawan sekolah di facebook dulu, banyak memori saya yang dah terkubur. Banyak okay.. saya pun terkejut sebenarnya. Saya kira reunion saya tu dalam 2 tahun lepas, dan tahun sebelumnya, agak ramai jugalah saya 'ter'jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Malangnya kebanyakan memori sekolah memang saya tak ingat.
Bila saya selidik, rupanya saya telah berjaya memadamkan kenangan saya di sekolah sejak dari darjah 6 hinggalah ke tingkatan 3. Pelik kan? Rupa-rupanya.. saya banyak kenangan pahit semasa umur 12-15 sampai saya terpaksa padamkan sampai seolah-olah tahun itu tidak pernah berlaku. Saya cuma boleh ingat yang extreme sahaja.
Berbalik cerita mamat benci ni. Nak dijadikan cerita, saya rasa saya terjumpa satu gambarnya di internet.. Punyalah sibuk benci dia sampai saya pun tak boleh nak verify sama ada itu gambarnya ataupun tidak. Jenuh saya keluarkan gambar kursus dulu dan bandingkan. Saya rasa sahlah itu orangnya tapi saya pun tak berapa yakin.
Jadi, saya tertanya-tanya. Mungkinkah saya perlu melupakan dia 100% sebab kalau saya jumpa dia pun rasanya dia pun tak ingat kat saya dan tak ingat pun agaknya apa perangai dia yang menyakitkan hati..
Jadi nak tanya uols.. patutkah saya:
1) maafkan dan lupakan
2) buat tak tau dan move on
3) cari sampai dapat dan lempang
4) anggaplah itu satu pengalaman yang mendewasakan..
komen2 tawwwww...
Siapakah mamat ituuuuu...jengjengjeng...hikhik.. kalau aku, aku buat tak tahu je...tapi memang susahkan nak delete muka orang yang dah sakitkan hati kita...
ReplyDeletetiada siapa yang kenal tapi ku kenal perangai nyaaa.. sakitnya hatiiiii :D
Deleteisk nak tahu jugak.... between 12 - 15 itu kita dok sebilik Nina
ReplyDeleteisk. sungguh off topic. I just hated school. Never in my life I felt so stupid and hopeless. I just couldn't memorize and failed all subject in arabic. But I'm okay now..
DeleteNina, aku pun ada gak membenci org sampai ke hari ini, yg boleh aku rumuskan dan apa yg aku buat. yelahh aku dah redho dah.. aku mmg takkan dapat lupakan perbuatan dan perangainya yg menyakitkan hati tu dan tak mungkin aku akan melupakan sampai bila2.. yelah.. lebih 20 tahun gak, aku google gak hahhaa.. tapi aku mampu maafkan dia... aku maafkan tapi aku tak leh lupakan.. seiring sejalan la tu.. kalaulah terjumpa satu hari.. hmm ntahlah.. mungkin aku pandang je kot.. lempang lempang tak bani,.. hahhaha
ReplyDeletewah! glad to know there's soneone in the same boat hahaha.. I always wonder if I meet him and there's opportunity to ask. Aku nak tau je.. dia ingat tak apa yg dia dah buat or.. am I just one of the rest the other 'victim'. Tapi at the same time aku tak maulah tertangguh kat akhirat. which remids me of someone else who did another different thing. yikes! scarynyaaaa
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteisk. sungguh off topic. I just hated school. Never in my life I felt so stupid and hopeless. I just couldn't memorize and failed all subject in arabic. But I'm okay now..
ReplyDelete