Friday, January 24, 2014

1 less.is.BAD! 2.is worse!

Sebenarnya malas nak komplen sebab sendiri yang hantar anak masuk hostel, kan? Jadinya kenapa nak komplen? Pelik pulak rasa sebab anak mcam dah berkurang 2.

Masa makin cepat berlalu.. Tak dapat bayangkan kalau anak dah keluar semua. Tinggal berdua je.. kalau tinggal berdua, kalau tinggal sorang? Mati terkedu agaknya.

Dalam rumah macam dah gila bayang. Cuma kali ni gila-gila bayang sebab nak adapt seorang lagi tak ada. Pendek kata apa saja aktiviti yang dilakukan bersama, apa saja makanan yang dimakan bersama, apa saja yang ditonton bersama, mana saja tempat yang pergi bersama, semuanya membuatkan ibu sesak nafas.

Kalau 2 tahun lepas, tak boleh nak masak.beberapa bulan, hampir setiap masakan mengalirkan air mata, tahun ni tekad untuk mencuba menu-menu baharu sebab tak sanggup nak masak makanan kegemaran mereka.

Insyaallah.. setiap kerinduan ada ganjarannya. Rindu itu satu petanda baik; tanda kami rapat sekeluarga walaupun selalunya dengan anak menyinga. Tak dapat bayangkan kalau anak pergi selama-lamanya..
I have to stop writing now.. It's too painful to continue.. Ibu rindu.. :(

Share/Bookmark

10 Orang yang Wajar di'unfriend' di Facebook

Sejak akhir-akhir ni, macam dah macam meluat guna facebook. Apatah lagi bila negative vibes penuh kat otak. Mula la macam-macam rasa. Ini pun dah start hide and unfriend kawan-kawan yang tak berapa nak kawan. Fikir-fikir balik, kalau setakat nak add friend je, tapi tak bertegur sapa, tak reply our comment, ignore us completely macam kita tak wujud, buat apanya nak still friends. 

Dulu-dulu tak perasan. Tapi ada jugak yang jenis bila jumpa kat gathering tak pulak tegur atau beramah mesra tapi alih-alih macam dia tahu je perkembangan kita. Maknanya dia follow la kita kan tapi bila jumpa buat donno.. Macam mana boleh tahu, bila orang yang takde facebook kata dia tahu pasal kita dari sekian2..

Agak-agaknya ada kot yang add friend sebab nak sekodeng je kot. Pelik tapi benar.

Antara orang-orang yang patut kita unfriend:

1. orang yang status dia memaki tak habis-habis. Bukan takat kat wall, kat komen orang, kat wall orang pun dia siap maki hamun jugak. Memang ada tauuu.. Unfriend.

2. orang yang comment / respond pada orang lain but kita.. 

kalau sekali dua kali tu mestilah terlepas pandang, tapi kalau tiap kali kita invisible je.. maknanya tak sekufu la tu.. Unfriend..

3. Selfie banyak sangat.. Tiap hari kerjanya asyik selfie tak habis-habis. Memang takde status lain, selfie je. Daripada kita naik meluat dan mengumpat (dalam hati). Unfriend.

4. orang yang suka sentap.
Kadang-kadang kita tulis tu general je pun. Kita tulis sebab kita tengok drama ke, tengok surat khabar ke, refleksi sendiri ke, alih-alih dia melenting dan marah-marah macam kita perli dia. Toksah cari penyakit. Dia ketandusan kasih sayang tu. Unfriend.

5. Business account
akaun Facebook dia memang khas untuk meniaga. Dia akan tag sesuka hati, pm sesuka hati, add kita ke group yang tak tau pun ada kewujudannya. Kita accept request dia sebab ramai mutual friends, rupanya dengan friends friends kita pun dia add jugak. Unfriend.

6. Orang yang isterinya jenis cemburu
enough said. Unfriend.

7. Orang yang dia cakap je betul.
Orang lain punya pendapat semuanya salah. Status meroyan minta pendapat tapi semua pendapat kena tendang. Kadang-kadang, tak cukup kat wall sendiri, siap betulkan wall orang. Unfriend.

8. Orang yang suka perli
Perli.. perli.. perli.. tak habis-habis status perli.. Orang share hal kebajikan pun dia buat komen tak suka orang letak status bla bla bla. Orang share status suruh doa untuk orang syria, dia kata rimas letak violent punya status. Pendek kata, the nickname is MOCKING.. Yolah.. ekau sorang yo yang betol.. Unfriend. 

9. Orang yang sedih je memanjang
Statusnya berbungi gini..
Isnin : Sakit Kepala

Selasa : My life sucks.. kenapalah hidup aku gini
Rabu : :(
Khamis : Sakit hati orang buat macam ni tau. 
Jumaat : Panadol 2 biji.. dan ubat selsema
Sabtu : Orang lain semua jalan-jalan, aku je dok kat rumah
Ahad : Alaaa esok dah kerja..
UNFRIEND. 

10. Orang yang komplen je
Macam aku la ni sekarang masa buat entry ni. Unfriend. ;D
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails