Friday, January 24, 2014

1 less.is.BAD! 2.is worse!

Sebenarnya malas nak komplen sebab sendiri yang hantar anak masuk hostel, kan? Jadinya kenapa nak komplen? Pelik pulak rasa sebab anak mcam dah berkurang 2.

Masa makin cepat berlalu.. Tak dapat bayangkan kalau anak dah keluar semua. Tinggal berdua je.. kalau tinggal berdua, kalau tinggal sorang? Mati terkedu agaknya.

Dalam rumah macam dah gila bayang. Cuma kali ni gila-gila bayang sebab nak adapt seorang lagi tak ada. Pendek kata apa saja aktiviti yang dilakukan bersama, apa saja makanan yang dimakan bersama, apa saja yang ditonton bersama, mana saja tempat yang pergi bersama, semuanya membuatkan ibu sesak nafas.

Kalau 2 tahun lepas, tak boleh nak masak.beberapa bulan, hampir setiap masakan mengalirkan air mata, tahun ni tekad untuk mencuba menu-menu baharu sebab tak sanggup nak masak makanan kegemaran mereka.

Insyaallah.. setiap kerinduan ada ganjarannya. Rindu itu satu petanda baik; tanda kami rapat sekeluarga walaupun selalunya dengan anak menyinga. Tak dapat bayangkan kalau anak pergi selama-lamanya..
I have to stop writing now.. It's too painful to continue.. Ibu rindu.. :(

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails