Ada jugaklah, yang bila tahu kita bekas cikgu atau bila attend kelas baking atau English camp yang kita organise, terus mintak buatkan tuisyen untuk anak-anak depa. Ramai jugak jiran yang minta buatkan tuisyen. Saya tolak mentah-mentah. Pernah juga cuba tapi tahan sebulan je. Letih melayan karenah parents sebenarnya kalau nak buat tuisyen. Mestilah parents nak tengok result selepas hantar tuisyen walaupun seminggu. Cikgu kalau terrer macam mana sekali pun.. tak kan boleh nampak result exam naik mendadak dalam masa sebulan.
Alasan (sebab sebenarnya.. bukan alasan) paling popular yang selalu saya bagi ialah takut anak-anak kecil hati. Saya jarang mengajar anak walaupun saya (bekas) guru. Selalunya masa saya mengajar ialah setelah mendapat result exam. Dengar tu! SELEPAS EXAM! terutama sekali bila dapat result teruk. Teruk kan? Tak teruk langsung (sebenarnya)!!!!
Sebenarnya saya memang cengkelat bab ajar anak. Macam orang lain jugak, saya lebih suka anak-anak belajar di sekolah. Cuma saya tak suka hantar anak-anak tuisyen. Alasan saya memang sangat bodoh. Saya kesian kat anak-anak. Kesian kalau anak-anak jadi kelam kabut dan saya lebih suka anak-anak sibuk main pada waktu ini dari sibuk belajar.
Anak-anak saya memang bukan straight A's student. Saya memang bukan super parent. But then again, walaupun ramai yang beranggapan A itu lebih mungkin dapat menjamin masa depan, kami (saya dan suami) tidak merasakan begitu. Bukan defensive sebab anak-anak tak dapat semua A tapi kami rasa ada lebih banyak benda yang lebih penting dari A. Nak tahu apa dan bagaimana kami mula memikirkan apa selain dari bilangan A? Tunggu entrynya nanti. Tungguuuuuu