Monday, April 28, 2008

Tension?

Assalamualaikum anak-anak ibu,

Memang tensionkan hidup di dunia ni?

Memang banyak benda yang buat kita tension tapi sebenarnya yang buat kita rasa tension ialah diri kita sendiri.

Kita yang menentukan yang kita suka atau tidak. Kadang-kadang, main kat luar pun boleh tension, apa taknya, baru nak kayuh basikal, kena jaga adik. Duduk tengok tv pun tension juga, baru nak tengok, adik-adik merengek nak tukar channel.

Sebenarnya, kita kena tau apa yang buat kita tension? Kadang-kadang, kita penat dan tak cukup rehat, bila adik buat perangai mulalah kita salahkan adik. Kan lebih senang salahkan adik? Tak perlu susah-susah fikir apa yang buat kita runsing. Sebenarnya, kita bukan menyelesaikan masaalah kita tapi sebenarnya menambah masaalah sendiri. Dahlah hati sakit, bergaduh dengan adik-adik, kena marah lagi. Ibu pula akan marah orang yang lain, kerana selalunya ibu pun tak nampak apa yang berlaku. (Ibu minta maaf ya!)

Semalam ibu pun tension sebab haziq buat perangai. Ibu memang hilang sabar dan marah Haziq tapi rupa-rupanya baru ibu teringat, abah kerja outstation, Haziq rindu. Haziq tak cakap dengan ibu yang sebenarnya dia rindu dengan abah. Kalau ibu tahu, mesti ibu telefon abah untuk ubat rindu Haziq. Tapi tidak, ibu terus melenting. Tapi bila ibu teringat sebenarnya Haziq rindu abah, ibu pun terus pujuk. Bayangkan kalau ibu terus ambil rotan dan rotan, mesti Haziq sedih, dahlah abah tak ada, kena rotan pulak dengan ibu.

Sebenarnya semua orang pun stress dengan kehidupan masing-masing. Tiada orang yang tidak stress langsung dalam dunia ni.

Apa yang penting ialah cara kita menanangani stress. Kita boleh pilih cara kita sendiri untuk mengubat hati kita. Kita memang boleh pilih untuk marah dan menjerit-jerit, atau pun cari pasal dengan adik. Tapi kan lebih baik kalau kita selidik apa sebenarnya yang buat kita marah dan betulkan apa yang tak kena.

Kalau kita penat, ubatnya tidur, kalau kita marah atau sakit hati dengan kawan, kan lebih senang berterus terang. "Honesty is the best policy". Yang paling senang sekali ialah berterus terang. Gunakan "Saya"... "Saya sedihlah kalau awak ejek saya". Selesaikan apa yang terbuku di hati cepat-cepat supaya kita lebih tenang.

Otak kitalah yang mengawal diri kita. Kalau kita selalu marah, orang pun tak suka dengan kita. Tegurlah adik-beradik sebagaimana kita mahu ditegur. Tentunya kita tak suka orang jerit pada kita. Bayangkan kalau kita dimarah di hadapan kelas oleh guru, mesti malu dan sedih. Layanlah orang sebagaimana kita mahu orang melayani kita. Tak salah bersabar. Orang yang selalu stress dan marah-marah akan menyakiti hati orang yang disayangi. Bila sudah sejuk, kita akan menyesal tetapi menyesal apabila kita sudah menyakiti hati orang tak berguna.

Apa-apapun, kita perlulah mendidik diri kita agar sabar. Ingat pada Allah kerana apabila kita sabar dan ingat yang kita sebenarnya diuji oleh Allah dan redha, kita mendapat kasih sayang Allah. Allah tahu hati dan perasaan kita. Allah berikan kita bermacam ujian untuk menjadikan kita orang yang lebih baik dan jika kita sentiasa mengingatiNya, kita akan hidup di bawah rahmahnya.

Sabar ya anak-anak ibu... Ibu pun masih lagi mencuba untuk sabar.... Semuanya kerana Allah...
Sayang korang! :p

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails