Sunday, May 15, 2011

Huhuhuuu Tak Tidur Lagi!

Sebenarnya tak komplen pun.. tapi rumah ni dah berpusing dah ni.. kek tak siap deco lagi.. Mata memang mengantuk tahap gaban ni huhuhuuu..

Ni lah penangan hari guru! Nina bersyukur sangat.. Doa siapalah agaknya.. rezeki bertambah melimpah ruah.. Alhamdulillah.. Nina mengantuk tapi nak tidur takut terlajak, nak deco terus takut kek hancus! Yelah.. kalau dah mengantuk dipaksa-paksa tu mulalah weng skit! Entah kenapa.. kek yang nak jamu kawan-kawan agak comot. Siapalah yang letak cheese kat tingkat atas sekali.. habis berbiji-biji cheese dia!

Takpelah kawan-kawan ya.. janji hati ikhlas nak bagi kawan-kawan rasa. Nanti, kalau ada rezeki, nina tambah oven lagi satu ya! Senang sikit nak bakar kek. Ini terpaksa tolak order..

Okaylah ya.. nina baru nak sembahyang isyak! Yelah.. ambil peluang berehat. Lega skit kalau rukuk dan sujud tu.. betul-betulkan postur badan.. Allah maha mengetahui.. sudah tentunya solat itu direka khas sesuai dengan badan kita! Nanti, insyaallah nina tulis lagi yaaa!~!! muah!

Oh ya! Selamat Hari Guru semua!!!
Share/Bookmark

Thursday, May 12, 2011

M Besar M kecik.. M untuk M.A.L.A.S!

Entah kenapa.. malas betul nak buat apa-apa pun. Mungkin sebab setengah hari duduk dalam kereta saja. Mula-mula delivery ke Setapak, lepas tu ke Bake with Yen yang tertangguh berbulan-bulan, akhir sekali ke CKE Cheras sebab ambil oven yang tersimbah air. Patutnya bila dah dapat balik oven tu mestilah berkobar-kobar semangat nak membakar tapi tak pulak.

Sebenarnya nina ambil cuti 3 hari, dah tak larat nak membakar, ingatkan nak kira stok dan kemas balik apa yang dah lintang-pukang ni. Tapi tu lah dianya.. 3 hari pergi mengurut pagi.. dah kepenatan. Well, I deserve all the rest in the world.

Satu pesennya nina ni pulak.. bila dah "mind set" tu ada a list of things to do.. Mesti nak ikut aturan tu jugak. Tu yang jadi tertangguh-tangguh tu.. Bila satu terbengkalai.. selagi tak siap yang tu, memang la malas nak buat apa pun.

Sebenarnya panjang list kerja ni:

1) Buat costing n kira stok untuk big delivery next week
2) Cukupkan barang-barang yang tak cukup tu
3) Timbang siap2 ikut bancuhan bila hari kejadian tak la terkial-kial
4) Siapkan ganache untuk esok
5) siapkan lagi cupcake sebab tadi dah salah kira, tak cukup lagi 65 bijik!
6) siapkan kek pisang yang dah kena skodeng pisang sebijik..
7) hias cupcake medium yang tak boleh nak buat lagi sebab ganache tak buat lagi dan ambil masa sebab nak tunggu set dulu
8) buat roti bakar sebab tengah lapar walaupun dah tengah malam..

okeylah ya! good luck untuk diri sendiri.. hah! tunggu apa lagi perempuan! karang tak tidur mak jugak yang susah!!! Mata dah ngantuk.. buang je list tu jauh2, pastu buat ganache dan tidur!! aci? aci la.. sebab yang susah diri sendiri nanti huhuhuuuuuuu
Share/Bookmark

Friday, May 6, 2011

Hisy! Nak Bawak Kereta tu, Bawak la Betul-betul!

Dah beberapa hari mengikut Azly buat delivery, jadi tension! Selalu tinggal kat rumah, ingat nak ambil angin tapi lagi stress atas jalan. Yang potong kiri, potong kiri! Ramai bawak kereta cara selamat tapi tak kurang yang bawak macam gila!

Antara aksi-aksi menyakitkan hati sepanjang delivery ni:-

1) Lori besar buat U-turn sambil pegang handphone

2) Treller buat U-turn tempat sempiiiitt.. Semua terpaksa brek mengejut

3) Kereta hitam mendajalkan lagi satu kereta hitam, dua-dua kereta kilat, dua-dua bodoh
Yang kereta belakang tu 4 kali cuba nak tukar lane, tapi yang depan tu cepat-cepat ikut taknak bagi poting just before tol.. lepas tol, kereta depan tu bagi jalan, memang silap la kereta belakang tu pi potong, kena himpit saujana mata memandang.

4) Polis pakai handphone semasa memandu. Mungkin boleh kot ek.. sebab tengah slow.

5) Naik motor sambil korek-korek poket, cari handphone, selit kat helmet?????!!!??

6) Yang motor langgar lampu merah tu tak payah nak cakap la.. mengong!

7) Dari lane kiri.. cepat-cepat tukar lane tengah, lepas tu gedek gedek gedek!! Tunggulah betul-betul clear kalau nak slow!

8) Kereta 'Queue jump' baik punya nak masuk simpang 'v' ke kiri, queue pulak tu panjang gilaaaa, kita nak elak dia, ada motor kat belah kanan kereta, terpaksa brake mengejut! saspen gila takut orang hentam belakang!

9) Ada orang nak lintas jalan, kereta belakang himpit.. janganla orang tu melintas..

10) Satu malam tu, ada orang melintas lenggang lenggok.. nasib baiklaaa seluar dia putih..

The end!
Share/Bookmark

Wednesday, May 4, 2011

Toxic People | What if You are the Topic Person?

I can't remember who told me but then that person said, if you want to be successful, you have to eliminate all those toxic people. When I re-started my cake business, I came out with a list of positive friends who have been supporting me and if you ever wonder, I quit baking before because of one single toxic person whom I could not deal with. It was easier to quit what I was doing than dealing with that person. I gave 1 million reasons to my friends about why I quit! Of course another reason that really put me down was when the price started to increase due to the escalating price of petrol. I just couldn't survive anymore and it took bigger capital to do business and I just didn't know how to tell my friends about me trying to increase the price. This was 4 years ago when my NinazCakes Blog was not up yet, neither does the NinazCakes FB Fanpage.

This time around, I know I have to be serious about baking because it is no longer the side income! It's indeed the main income now. Well, both of my husband and I thought that it would be easier with the flexi working hours at home while attending to our 5 kids. Back to toxic people.. somehow it just blurted in my head, WHAT IF I AM THE ONE WHO HAS BEEN INTOXICATING MYSELF AND PEOPLE AROUND ME? I guess partly the answer is yes. I guess whatever happened before when I decided to quit baking changed me. It made me annoyed, defensive and provocative at times when dealing with the very same character customer with the one who caused me to quit!

Now that I know, Alhamdulillah, I'm okay and I really hope to be more positive! tu la.. lain kali jangan lari dari masaalah hehe!
Share/Bookmark

Monday, May 2, 2011

What a Day! What a Gloomy Day!

Entah kenapa hari ni macam tak bersemangat saja. Rumah lintang pukang. Hati gundah gulana. Rasa malas nak buat apa pun. Malam tadi update gambar-gambar, tidur pukul 3 pagi. Bangun macam biasa dan sempat bakar kek untuk order petang tadi. Kalau kek barbie tu berlemuih la meja dengan buttercream.

Pagi tadi dapat panggilan dari kakak, pakcik collapse dan masuk ICU. Mungkin sebab itu ke? Petang tadi call balik, alhamdulillah dah masuk ke wad biasa dan okay. Tolong doakan ya kawan-kawan agar dia kembali sembuh. Tak payah komen doa pun takpe sebab doa seorang sahabat tanpa pengetahuan sahabatnya lebih makbul. Nina pun baru diingatkan oleh seseorang tentang itu. Jadi kalau nina tak komen apa-apa bila ada kematian atau kemalangan, cukuplah hanya Allah yang tahu. ;)

Mungkinkah sebab beberapa hari yang lepas, nina masak marble cheese dan terlupa dalam loyang ada air, nina tutup pintu oven dan tersimbah penuh air ke oven. Tak berani nak 'switch on' balik oven. Tunggu nina call CKE dulu. Risau juga sebab itu lah mata pencarian nina. Kalau rosak, manalah nina nak dapat ganti. Harap-harap semua okay. Alhamdulillah, oven lagi satu tu masih bernyawa. Ingat-ingatkan balik, mungkin Allah nak berikan ilmu baru. Dek oven tu tak berani nak pasang, nina berani la bakar chocolate grated cookies tu masuk dua loyang. Tambah masa sikit dan kalehkan yang atas ke bawah dan vice versa bila dah separuh masa. Alhamdulillah.

Okaylah ya.. nanti nina tulis lagi ya! Thanks for reading! you guys make me wanting to write more! TTFN!
Share/Bookmark

Sunday, May 1, 2011

Macam Mana Nak Create Button

Assalamualaikum semua! Nina baru je add button NinazCakes kat tepi kanan atas blog. Senang kalau kawan-kawan nak letak logo NinazCakes kat Blog depa!

Kalau ada button tu senang sikit! Lebih "catchy". Senang nak copy. Tak ambil space sangat! Nina tulis nota kat sini sebagai peringatan untuk diri sendiri macam mana nak buat button tu! Kalau nak buat macam ni ya!

1) Cari gambar yang sesuai untuk dijadikan button.. Nina pakai logo NinazCakes dari Business Card je. Scan, edit pakai word document, tambah apa yang patut. Kalau pakai Picasa senang sikit. Download Picasa (klik kanan, open in new tab ya! karang hilang pulak blog nina ni hehe), cari gambar apa yang sesuai, make sure je Picasa tu dah terbukak, lepas tu print screen. Carik kat "Screen Captures", crop apa yang patut, save! Yelah.. kalau dah takde background IT tu mulalah buat ikut suka hati!

2) Upload kat Photobucket. Boleh register dulu! Free Saja. Bukan apa, bila dah upload tu boleh la dapatkan code HTML dia. Kalau dari komputer kita memang tak boleh la nak dapatkan code tu :D

3) Nina dapatkan cara-cara nak buat button ni kat sini.. jadi boleh copy dan ikut arahan kat sana. Mana aci ciplak letak kat sini kan! Ini nina ambil dari sana.. lagi faham step by step dia.

4) Pergi ke "Design" kat blog kita dan "Add a Gadget" lepas tu pilih "HTML/Javascript". Lepas tu Copy yang bawah ni, dan betulkan web address, blog title. Ini yang perlu di"copy". Tapi ini image je.. kena pergi link dia dan copy sendiri tawww!


tapi kena copy betul-betul!!! kena isikan web address betul-betul! Nina punya image alih-alih ada pulak tanda /"> kat tepi gambar tu.. jenuh nina terpaksa delete satu-satu nak trouble shoot mana yang silap huhuhuuuu. Pastikan yang berwarna-warni tu je ada tokok tambah. Yang lain tu tak boleh kacau langsung! Lain la kalau dah terrer merrer kan!!!

5) Pergi ke Photobucket balik, pergi ke image yang nak dibuat button tu.. pastikan kalau boleh resize ke 100 je. Kalau besar sangat.. siapa nak tempek button kita :D Click kat "HTML Code", dia akan flash "copied".

6) Pergi balik ke blogger kita balik, dan pastekan "HTML Code" imej tu ke ruangan "http://IMAGE WEB ADDRESS". Save dan voila!!! dah siap pun!!!

Kalau nak grab button Ninazcakes.. "Add a Gadget", pilih "HTML/Javascript", click je kotak kecik bawah icon ninazcakes tu .. paste kat kotak HTML/Javascript korang tu! Thanks in Advance tauuu!!!



Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails