Terbawa-bawa perasaan bila tengok 7 Hari Mencintaiku 2. Memang bukan senang kalau berkahwin. Orang baru masuk rumah, menghadapi keluarga baru, budaya baru. Belum tentu kedua-dua pihak boleh terima seadanya. Sebenarnya, drama tu memang betul. Cuma sedikit ekstrem. Maknanya apa yang berlaku tu memang berlaku dalam kehidupan, cuma intensiti tu tak sehebat itu.
Kalau diikutkan, Mia dengan Khuzairi tu saling tergila-gila sesama sendiri. Bila ada orang ketiga, terus ditimpa 1001 segala masaalah. Orang ketiga tu tak semestinya perempuan lain, kadang-kadang keluarga sendiri pun boleh menjadi orang ketiga. Kalau betul lah nak janji hubungan suami isteri, pertama sekali kena saling percaya, dan jangan sekali-kali mudah percaya dengan orang ketiga.
Kenapa perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah? Tapi kenapa Nabi Muhammad lebih mendahului umatnya dengan tidak mengaku umat, jika tidak berkahwin. Kenapa pula hukum nikah itu boleh berubah-ubah menjadi sunat, haram, harus dan wajib. Itulah antara bukti yang perkahwinan itu bukan sesekali mudah.
Islam itu sangat mudah. Disebabkan begitu kompleksnya perkahwinan, Allah menetapkan yang anak lelaki harus mentaati ibunya, dan isteri mentaati suaminya. Jika ini tidak mampu dilaksanakan, Allah telahpun menyediakan 3 talak jika memerlukannya. Talak pertama itu merupakan tempoh percubaan untuk mengetahui sejauh mana kita mampu hidup tanpa pasangan. Jika masih ada harapan, boleh cuba rujuk dan jika tidak boleh juga, masih ada talak yang kedua. Talak ketiga pula dikira game over lah.
Kita tak akan mengetahui pasangan kita sehinggalah kita tinggal sebumbung, sebilik. Barulah kita dalam meneliti realiti perangai pasangan kita. Masa tidak sebumbung, mungkin kita nampak yang indah-indah sahaja kerana masih boleh disorok.
Barulah kita mengetahui yang adat dan kebiasaan pasangan kita mungkin sangat berbeza dengan adat kita kerana sudah tentunya kita dibesarkan dengan nilai dan adab yang berbeza, Persoalannya, setakat manakah kita mampu bertolak ansur dengan pasangan kita. Nilai dan adab yang manakah yang akan dipilih untuk menjadi nilai sebenar keluarga baru kita.
Siapa yang menonton 7 Hari Mencintaiku pasti tahu betapa keras kepala dan degilnya si Mia. Hanya bapa mertua Mia, Pak Samad, yang boleh melihat kebaikan Mia. Dan Mia juga, sangat ikhlas menyayangi Pak Samad kerana kelembutan Pak Samad melayani kerenah Mia. Namun, kita akhirnya tahu kenapa Mia bersikap sedemikian kerana dek asal usulnya dan apa yang berlaku di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Nasib baik Mia masih ada Pak Samad yang menyokong Mia dari belakang. Kalau tidak, memang talak 3 lah jawabnya memandangkan Mia ni bukan kaleng-kaleng orangnya.
Perkahwinan itu memang bukanlah suatu yang mudah, namun, pasti ada orang ketiga yang menyokong, ada juga orang ketiga yang mampu menggegarkan ikatan itu. Siapakah orang ketiga di dalam perkahwinanmu?
No comments:
Post a Comment