Wednesday, October 7, 2020

Zaman Semua Kena Kecam

Bila bukak facebook, pergghh komen kebanyakkannya komen kecam. Tuan tanah mengadu nasib; KECAM, tuan tanah share posting; KECAM.. tak kena sikit; KECAM, share makan2 pinggan cantik; KECAM.

    Pendek kata, semua pun nak KECAM. Persoalannya, kenapa ya? Betul ke memang nak kecam tuan tanah, atau sebenarnya hidup tu serabut dan cari peluang untuk lepaskan geram. Paling best, letak nama ntah apa2, gambar profil pun entah apa2, seolah2 macam akaun tu dibuat hanya untuk membeli peluang dia mengecam tanpa dikenali identiti. 

    Zaman dah berubah.  Dulu, hidup tak se'stress' ini. Kebahagiaan pun dikecapi sendiri2, tak tahu orang lain hidup macam mana jadi kurang sikit nak banding2 dengan orang lain. Sekarang ni, dah jadi budaya 'share', kita pun tak rasa apa2 bila orang 'share'. Malah, orang yang positif, rasa terhibur pulak tengok kemewahan dan keindahan kehidupan orang lain. Kalau orang 'share' posting pasa bercuti, kita pun tumpang gembira sebab kita pun tak pernah sampai, dapat jugak tengok tempat2 lain melalui mata orang lain. Tapi kalau orang yang negatif, posting tersebut akan mendatangkan hasad dengki. 

Zaman dulu mana ada laman sosial. Kehidupan lebih simple. Kalau nak tengok kehidupan dulu2 simple ke tidak, tengok sahaja lirik lagu orang dulu2. Tengok sahaja lirik lagu Bumiputra Rockers ni.


Aku Hanya Serangga

Mengapa aku
Tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu
Membuat aku rindu
Bukannya aku
Tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu
Lihat sinar matamu
Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu
Untuk esok biarlah ia berlalu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya
Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan

Walhal, lagu ni, lagu orang frust bercinta, walaupun simple, agak 'poetic'. Kalau dulu lagi sebelum zaman 80an, lagu laagi simple, cerita tentang hujan, mentari. Ha.. sebab tu dulu tak ada road bully sangat, traffic jam sampai berejam. Kalau boleh, siapa nak hidup tahun dulu-dulu yang lebih simple?


Sayaaaa!!! 



Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails