Tuesday, April 26, 2011
Syukur | Harus Disemai dan Dibaja
Pernah juga terdengar rungutan ibu-ibu tentang anak-anak yang tak mahu menjamah makanan yang dimasaknya. Hmm.. sakit hati bila dengar. Sebenarnya Nina ni antara yang bertuah.. sebab masa Nina mula-mula bernikah dulu, memang tak pandai masak langsung. Teringat masa tingkatan 4, mak dan abah pergi haji, nina goreng ikan sampai dah tak rupa ikan. Tension sebab masa tu sepupu temankan di rumah. Takkan nak tunggu depa balik kerja dan tunggu depa masak pulak. Tapi alhamdulillah.. nina bertuah dianugerahkan seorang suami yang menghargai masakan nina walaupun sekadar kicap dan telur mata kerbau.
Yang paling bestnya.. bila suami tak komplen, anak-anak tak berani la nak komplen. Kadang-kadang malu sendiri, macam hari ni, tak sempat nak masak.. memang kami dinner 'scrambled egg' dan roti mayonaise dan sos! Anak-anak memuji-muji sedaplah.. "terima kasih sebab masak sedap sangat!! Ibu memang pandai masak!" Nina pun cakap, "Alhamdulillah.. ibu bersyukur sangat sebab dapat anak-anak yang bersyukur dengan makanan yang ada walalupun makanan tu simple!"
Sebenarnya syukur itu perlu dilatih! Alhamdulillah itu harus dipraktikkan.. Bila dipuji, mesti 'demand' anak cakap Alhamdulillah.. kerana yang cantik itu ciptaan.. yang hebat itu penciptanya.. Bila nina bandingkan dengan lukisan.. Marah tak kalau orang puji-puji lukisan tu tapi buat tak tau je pada korang yang melukis.. Terdiam semua!
Syukur itu satu nikmat. Makanan itu satu nikmat apabila kita bersyukur! Jika anak-anak merungut makanan tak sedap, ibu bapa bertanggungjawab untuk betulkan. Jika pakaian mereka bukan baru dan "handed down" maka ibu bapa mesti ingatkan mereka. Sebagai ibu bapa pula, seharusnya kita juga bersyukur dengan makanan yang ada.. Habiskan makanan dan ajar anak-anak menghargainya. Mana mungkin anak itu akan bersyukur jika ibu bapa sendiri membuang makanannya. Ingatkan mereka bahawa Rasulullah tidak akan berkata apa-apa tentang makanan yang tak sedap. Siapalah kita berbanding dengan Rasul yang maksum.
Naufal, anak sulung nina pernah bercerita.. dalam satu majlis, rasulullah menghabiskan makanan tanpa meninggalkan sedikit pun untuk sahabat-sahabatnya. Bila ditanya.. baginda menjawab tidak sedap jadi baginda menghabiskannya.. (biar orang tak rasa dan tak komplen!).
Jadi kawan-kawan semua! Didik tau anak supaya bersyukur dengan apa yang ada.. Jangan asyik nampak apa yang tak ada dan merungut apa yang memang telah Allah kurniakan di depan mata! Ingatkan anak-anak tentang nikmat deria! Tapi sebelum tu.. kena latih diri sendiri tau! Alhamdulillah.. Allah berikan aku peluang untuk hidup sehari lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment