Tajuk simple.. makna begitu mendalam.. Seringkali kita tidak bersyukur dengan pasangan kita walaupun tidak secara terang-terang.. Hati merungut bila ada yang tak kena.. malah ada je yang tak kena.. Sebenarnya percayalah pasangan kita adalah pasangan yang terbaik yang Allah anugerahkan pada kita. Mesti ada sesuatu yang istimewa yang membuatkan kita saling dipasang-pasangkan.
Berdoalah agar kita menjadi pasangan yang bersyukur dengan kehendaknya kerana Allah memang sentiasa memberikan yang terbaik walaupun pada hakikatnya kita tidak nampak apa yang terbaik yang tersirat disebalik yang tersurat. Belajarlah mempercayai taqdir Allah dan anggaplah apa yang 'tak kena' sebagai satu ujian yang mendekatkan diri kita kepadaNya. Percayalah apa yang kita nampak pada orang lain adalah luaran semata-mata yang dalamnya hanya pasangannya yang tahu. Berhentilah meminta pasangan kita menjadi orang lain atau cuba untuk merubahnya menjadi seorang yang ideal seperti yang ada di dalam minda kita. Terimalah pasangan kita seadanya.. kerana insyaallah.. dia juga akan melakukan yang sama.
Berdoalah.. Ya Allah.. semoga kami menjadi pasangan yang terbaik yang dianugerahi kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga perhubungan ini menjadi perhubungan yang diredhai oleh Mu dan jadikanlah kami pasangan yang bertemu dan berpisah keranaMu.. amiin ammin ya robbal 'alamiin..
No comments:
Post a Comment