Percaya tak percaya esok dah exam ya Naufal. Rasa macam Naufal ni kecik je lagi.. alih-alih dah nak masuk remaja. Ibu tahu, memang kali pertama ambil exam.. perasaannya memang mengerikan. Tapi sebenarnyakan Naufal.. perasaan ibu pun ngeri jugak, anak sulung nak ambil exam..
Sebenarnya.. apa yang mampu kita lakukan di saat-saat akhir ialah berdoa dan bertawakal. Jangan sekali berhenti berdoa agar diberikan yang terbaik buat kita. Memang sudah lama kita berusaha.. berikhtiar.. kalau diikutkan UPSR inilah 'summary' apa yang telah dipelajari selama 6 tahun. Tetapi ia hanyalah titik permulaan bagi perjalanan yang masih panjang.
Jangan risau apabila orang mengharapkan kejayaan kita.. kerana mereka semua sayang dan kasihkan kita.. Memang kalau difikirkan saat-saat result akan keluar, terbayang bagaimana orang yang kita kasihi menunggu dan menanti keputusan UPSR itu.. Dengan sebab terlalu memikirkan harapan oranglah kita jadi lagi takut untuk menghadapinya.
Di kala ini, berdoalah agar dapat menjawab soalan dengan tenang, agar apa yang dipelajari ada keberkatannya, agar apa yang dikongsi oleh guru-guru seakan-akan melekat kuat di ingatan. Berdoalah agar Allah mempermudahkan segala urusan dan memberikan waktu yang secukupnya untuk menjawab dengan tenang. Dan yang paling penting.. bertawakallah dengan apa jua keadaan yang akan dihadapi semasa peperiksaan esok; hari yang panas, hujan yang lebat, pemeriksa yang garang, meja yang bergoyang atau apa-apa saja rintangan.
Percayalah.. bahawa segala-gala yang akan dihadapi semasa peperiksaan itu adalah rancangan Allah. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan percaya bahawa Allah's plan is the best! Dan yang paling penting.. kita hanya mampu merancang.. segala-galanya terletak di tanganNya..
Akhir sekali.. jangan berhenti berdoa.. Bacalah surah Al-Insyirah, semoga dengan keberkatan mukjizat Kalamullah itu, segala-galanya akan dipermudahkan.. Jangan lupa doa Nabi Musa bila berhadapan dengan Firaun (robbishrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatammillisaani yafqahu qauli). Jangan lupa tersenyum kerana senyum itu satu nikmat dari Allah yang mampu menenangkan sesiapa saja yang sedang gundah gulana.Good Luck Naufal.. Doa abah dan buatmu.. yang terbaik.. Semoga dipermudahkan.. amiin amiin ya robbal 'alamiin..
No comments:
Post a Comment