Monday, September 14, 2020

I Used to be the Newly-Wedded Like Mia and Khuzairi...

Terbawa-bawa perasaan bila tengok 7 Hari Mencintaiku 2. Memang bukan senang kalau berkahwin. Orang baru masuk rumah, menghadapi keluarga baru, budaya baru. Belum tentu kedua-dua pihak boleh terima seadanya. Sebenarnya, drama tu memang betul. Cuma sedikit ekstrem. Maknanya apa yang berlaku tu memang berlaku dalam kehidupan, cuma intensiti tu tak sehebat itu.

    Kalau diikutkan, Mia dengan Khuzairi tu saling tergila-gila sesama sendiri. Bila ada orang ketiga, terus ditimpa 1001 segala masaalah. Orang ketiga tu tak semestinya perempuan lain, kadang-kadang keluarga sendiri pun boleh menjadi orang ketiga. Kalau betul lah nak janji hubungan suami isteri, pertama sekali kena saling percaya, dan jangan sekali-kali mudah percaya dengan orang ketiga. 

    Kenapa perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah? Tapi kenapa Nabi Muhammad lebih mendahului umatnya dengan tidak mengaku umat, jika tidak berkahwin. Kenapa pula hukum nikah itu boleh berubah-ubah menjadi sunat, haram, harus dan wajib. Itulah antara bukti yang perkahwinan itu bukan sesekali mudah. 

    Islam itu sangat mudah. Disebabkan begitu kompleksnya perkahwinan, Allah menetapkan yang anak lelaki harus mentaati ibunya, dan isteri mentaati suaminya. Jika ini tidak mampu dilaksanakan, Allah telahpun menyediakan 3 talak jika memerlukannya. Talak pertama itu merupakan tempoh percubaan untuk mengetahui sejauh mana kita mampu hidup tanpa pasangan. Jika masih ada harapan, boleh cuba rujuk dan jika tidak boleh juga, masih ada talak yang kedua. Talak ketiga pula dikira game over lah. 

    Kita tak akan mengetahui pasangan kita sehinggalah kita tinggal sebumbung, sebilik. Barulah kita dalam meneliti realiti perangai pasangan kita. Masa tidak sebumbung, mungkin kita nampak yang indah-indah sahaja kerana masih boleh disorok. 

    Barulah kita mengetahui yang adat dan kebiasaan pasangan kita mungkin sangat berbeza dengan adat kita kerana sudah tentunya kita dibesarkan dengan nilai dan adab yang berbeza, Persoalannya, setakat manakah kita mampu bertolak ansur dengan pasangan kita. Nilai dan adab yang manakah yang akan dipilih untuk menjadi nilai sebenar keluarga baru kita.

    Siapa yang menonton 7 Hari Mencintaiku pasti tahu betapa keras kepala dan degilnya si Mia. Hanya bapa mertua Mia, Pak Samad, yang boleh melihat kebaikan Mia. Dan Mia juga, sangat ikhlas menyayangi Pak Samad kerana kelembutan Pak Samad melayani kerenah Mia. Namun, kita akhirnya tahu kenapa Mia bersikap sedemikian kerana dek asal usulnya dan apa yang berlaku di dalam hidupnya suatu ketika dulu. Nasib baik Mia masih ada Pak Samad yang menyokong Mia dari belakang. Kalau tidak, memang talak 3 lah jawabnya memandangkan Mia ni bukan kaleng-kaleng orangnya. 

    Perkahwinan itu memang bukanlah suatu yang mudah, namun, pasti ada orang ketiga yang menyokong, ada juga orang ketiga yang mampu menggegarkan ikatan itu. Siapakah orang ketiga di dalam perkahwinanmu?


Share/Bookmark

Abang Rasa tak Macam Mana yang Ain Rasa?

 Malam tadi, tangok cerita Immortal Songs, tengok2 Fauzi Marzuki. Memang melekat lah mata di tv. Gila nervous kot org nak perform depan komposer lagu tu sendiri. Semua nampak cuak nak perform. Santai je Fauzi Marzuki beri komen ikhlas tanpa sentap. Susah nak dapat skill tu wehhh...

Anyways, memang tak boleh move on lagi persembahan Azmi Saat (Azmi Caliph Busker). Terserlah keikhlasannya, feeling memang sampai dan sangat terasa di hati.  Tetiba rasa caiyaq maiyaq.. Masyaallah.. 


Bukan senang nak perform tau, nampak tangan dia menggeletar tapi serious tak tipu, goosebump all the way. Azmi memang layan lagu tu macam lagu dia sendiri. Dia punya belting skill memang tak boleh nak bincang eh! Sila dengar and melt to da ground kay! Enjoy... 


Share/Bookmark

Thursday, September 10, 2020

This is me!

Gosh, I can watch The Greatest Showman again and again and I can guarantee you that I'll be crying again and again even before the scene that I normally cry. 

When you watch a movie, and you keep on having goosebumps from time to time, I'd say, this is it!

I love watching this especially when I am down. I could just absorb everything and relate. There was a point in my life that I felt that it was easier to give up than to move on. My circle was growing smaller, because I hibernated and left a lot of people until there were very little number of supporters. The hardest part was to let go of everyone and slowly collected those who remembered me. 

It has never been lower than what I faced and I am grateful for the supporters that I have at the moment. There were some from stranger friends and there was always dream and hope.

From the Greatest Showman, I learnt that whatever imagination and belief that you have belong to you. It is you to visualise and make it happen. Help will come as long as there is hope. Sometimes I sleep holding my own hand to give me courage, to remind me that you are not alone. 

This is my favourite clip, all time.. when Barnum believed that there was no turning back when he started something new. This clip is such a goosebumper as they accepted the rejection from the society and move on, stronger than before. 

When the sharpest words wanna cut me down,

I'm gonna send a flood, gonna drown 'em out,

I am brave, I am bruised,
I am who I'm meant to be, this is me!



Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails