Tuesday, May 19, 2009

Taatlah Pada Suami (Tapi Ingatlah! Orang Lain Pun Kena Taat Suami Jugak!)

Sebagai seorang muslimah, mentaati suami tu satu kewajipan bagi isteri, selagi suami tidak menyuruh melakukan yang haram.

Seronok juga bila dengar isteri-isteri yang memang taat pada suami, sampai terpaksa mengorbankan perasaan dan hati sendiri demi mendapat keredhaan Allah. Macam-macam cerita tentang apa yang tak diizinkan suami. Kadang-kadang terdengar juga isteri yang merengek-rengek minta diizinkan naik ke pentas untuk menyanyi demi mendapat kebenaran suami. Tak kurang juga yang taat pada suami sehingga orang lain terpaksa mengikut rentak suaminya pula. "Suami tak bagi keluar tengahari, boleh tak kita pergi shopping petang sikit?, suami you tak kisah kan?"

Ada kalanya.. larangan suami yang 'standard' biasalah.. Tak boleh keluar sorang-sorang, tak boleh makan berdua-duaan dengan rakan sekerja berlainan jantina, balik sebelum maghrib dan larangan-larangan biasa yang kita dengar.

Kadang-kadang, ada juga rakan-rakan yang berkongsi cerita dengan larangan-larangan yang pelik-pelik tapi kita hanya boleh menghormatinya tanpa perlu memahami kenapa larangan tersebut dikeluarkan kerana sang suami sahajalah yang faham kenapa.

Teringat kawan-kawan yang tidak memahami kenapa suami saya tidak mengizinkan saya berniaga kek. Rugi rasanya tidak berniaga apa agak mudah mendapat 'sales' lebih seribu ringgit tanpa sebarang promosi pemasaran tetapi sekadar melayani permintaan rakan-rakan rapat. Memang semasa berniaga dulu pun, saya tidak menggalakkan kawan-kawan memberitahu kawan-kawan mereka yang lain. Takut-takut tak menang tangan untuk mengambil tempahan.

Satu hari, saya bertanya suami, apa yang sebenarnya membuatkan dia membuat keputusan sedemikian. Jawapannya mudah.. DIA TIDAK SUKA SAYA STRESS.. Terasa macam Incredible Hulk la pulak masa tu.. "You really don't like it when I'm angry".

Sebenarnya saya memang suka memasak. Memasak adalah seperti terapi yang boleh menjana wang.. tetapi saya memang tidak pandai menolak. Saya tidak boleh didesak-desak. Saya tak sampai hati.

Pernah suatu ketika dahulu, sedang saya berhempas pulas menyiapkan tempahan 'cupcake' jiran yang telah menempah 2 minggu awal, seorang rakan menelefon tengahari itu untuk menempah satu kek. Saya menolak berkali-kali. Tapi setelah dipujuk dan didesak, akhirnya saya mengalah.

Apabila siap saya membakar kek tersebut, telefon berbunyi lagi, kali ini rakan yang sama meminta untuk menambah lagi satu kek yang sama.. Saya terpaksa menolak. Alasan saya, saya sudah pun siap membakar, jika dia beritau awal, bolehlah saya membakar kedua-duanya sekali. Dia bermati-matian meminta saya buatkan jugak, katanya bosnya yang menempah. Saya terpaksa akur. Saya hampir tidak tidur malam itu dan saya 'stress' dan mengomel panjang pada suami. Sebenarnya saya marahkan diri sendiri kerana tidak pandai menolak.

Suami saya mengambil keputusan untuk menggunakan kuasa vetonya dan berakhirlah kerjaya saya sebagai penjual kek. Saya menurut walaupun pada masa itu, saya tidak diberitahu kenapa dia tidak mengizinkan saya berniaga. Setelah hati saya sejuk hampir setengah tahun selepas itu, barulah saya bertanya.

Sampai sekarang, saya masih lagi mendapat permintaan dari rakan-rakan untuk mengadakan kelas memasak.. saya enggan walaupun saya tau, suami saya tidaklah menghalang jika kena gayanya tetapi tidak berbaloi untuk saya membuat amal jariah jika pada masa yang sama tidak mendapat keredhaan suami.

"Sorryla ya.. minta maaf banyak-banyak! Bila suami dah tak berapa suka saya 'baking' ni, saya tak berani la nak buat kelas masak". Saya beriya-iya mencadangkan kelas-kelas masak yang bersepah-sepah di Kajang dan Bangi.. Yang sedihnya.. "Takpelah ya! Bila suami dah bagi greenlight, bagitahulah ya, nanti saya datang belajar!" ???!!???

2.20a.m
May 20, 2009.
Share/Bookmark

2 comments:

  1. Salam,

    Nina cam akak juge...baking atau cooking ni macam terapi le slps stress. Tapi kekadang agak memenatkan. Tahun ni pun akak tak fikir nak buat cookies,..pernah sbb tak pandai menolak...tak tido mlm buat cookies...penat sendiri. Tapi memang rugi lak bakat tependam awk tu tak buat kek. Buat le...tapi kene le dpt greenlight dulu...

    ReplyDelete
  2. betul tu kak naz..

    nina pun terpaksa berhenti sebab azly kata nina cuma boleh baking kalau boleh stern dengan customer bila dah x cukup masa.. tension kan? Tapi sekarang ni tengah belajar how to say no.. agaknya orang macam kita ni orang lagi push sebab depa tau x sampai hati nak tolak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails