Alhamdulillah, bulan puasa menjelma lagi.. Masa ni lah nak cover pahala-pahala yang tak buat sepanjang tahun..
Indahnya ramadhan, semua orang berebut-rebut nak bersedekah, nak sembahyang sunat, nak baca quran..
Yang paling syoknya.. selalunya kita salahkan syaitan yang menggoda.. tapi bila bulan puasa barulah kita perasan, sebenarnya nafsu kita yang perlu dijinakkan. Tengok itu ini, semua terliur..
Sambil-sambil bersembang petang-petang, merah telinga dibuatnya.. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi bonus sebab kalau ikut turn sebenarnya di rumah mertua tapi disebabkan due bersalin masa raya, tak berani nak travel mana-mana. Jadi disini sajalah, jadilah beraya 2 tahun berturut-turut di rumah mak sendiri. Tapi itu pun belum tentu.. terdengar desas-desus ada orang tu teringin nak beraya kat rumah sendiri. Abah pun dah sibuk tanya.. raya kat mana. Takut-takut bersalin betul-betul masa raya.. kesian jugak kat anak-anak, mesti hidangan tak seberapa.
Rupa-rupanya ada kawan yang teringat kawannya yang sentiasa merancang bersalin di waktu raya.. Bila ditanya kenapa, barulah faham.. rupanya kalau dia bersalin sahajalah ada 'can' raya pertama di rumah maknya.. Kalau tak memang kena beraya di rumah mertua..
Saya sebenarnya sakit jugak hati bila mendengar cerita tu. Teringat saya masa first beraya di rumah mertua... Memanglah dah kira keluarga sendiri.. tapi terus terang.. memang masa mula-mula kahwin, memang sedih. Teringat kat keluarga sendiri, lauk-lauk yang dah biasa kita makan dari kecil. Sedih bila mengenangkan pagi-pagi tatkala sibuk bersiap mandi sunat dan pergi ke masjid untuk sembahyang raya bersama keluarga.
Katanya kawan saya tadi.. suaminya kata.. isteri kena ikut cakap suami, rayalah kat rumah suami.. dia ada tanggungjawab pada ibu bapa dia.. Wah! Sungguh kuat pegangan islamnya.. taat pada ibu bapa.. isteri pulak kenalah faham.. kan suami kena taat pada ibu-bapa?
Kalaulah semua suami macam ini.. taat pada agama.. memang aman dunia ni.. Taklah suami pakai duit gaji isteri, mesti suami carikan pembantu untuk buat-buat kerja rumah.. kerana tugas isteri sebenarnya melayan suami. Mesti rumah dan semua keperluan dibayar penuh oleh suami..
Kalau ikut macam rasulullah pulak, mesti sang suami jahit baju sendiri, suapkan isteri makan, tolong kerja rumah dan beromantik dengan isteri. Cakap dengan isteri pun lemah lembut sahaja. Takkan pernah memerintah isteri buat itu ini. Rasulullah siap bawa orang main pedang lagi di depan rumahnya untuk menghiburkan Saidatina A'isyah, semasa baginda bermain lumba lari dengan A'isyah pun, dia bagi A'isyah menang untuk menghiburkan hati A'syah..
Islam ni memang cantik sebenarnya.. kalau isteri kena taat pada ibu bapa sama macam suami.. pakat-pakat semualah raya kat rumah masing-masing. Tapi Allah maha Mengetahui, isteri kena taat suami.. selesailah masaalah..
Apa yang kebanyakan para suami lupa ialah mereka pun ada anak perempuan. Satu hari nanti "history repeats itself"! Mesti sedih kalau anak mereka tiap-tiap tahun di rumah suami. Tapi pada masa tu.. apa nak jawab.. mereka lebih faham.. ataupun mereka tidak ada pilihan.. telan sajalah.. Apa jadi ya? kalau mereka ada 6 anak dan kesemuanya perempuan?
Teringat saya seorang isteri mengeluh pada ustaz.. "tak adillah macam ni ustaz.." Ustaz kata "Siapa kata adil? Kat dunia ni memanglah nampak macam tak adil.. tapi pahala yang kita tak nampak tu memang lebih dari adil." Jadi, bagi para isteri.. katanya memang senang nak masuk syurga.. tutup aurat dan taat pada suami.. teori mudah kan? Praktikalnya.. kenalah kita sama-sama timba ilmu...
No comments:
Post a Comment