Wednesday, August 5, 2009

Susahnya Kalau ada Buruk Sangka, Batu Api dan Lalang!

Assalamualaikum..

Entah kenapa rasa hati memang tak sedap.. Kalau ikut orang melayu.. kalau tersedak tu maknanya orang tengah syok mengata kita.. Tiba-tiba tersedak masa tengah makan.. sebenarnya perut tengah lapar.. makan pun gelojoh, tu yang tersedak-sedak tu..

Tapi disebabkan kita tidak mengamalkan amalan islam yang sebenar, mulalah timbul sifat-sifat mazmumah di dalam hati. Bukan senang sebenarnya nak bersihkan hati. Nisfu syaaban pun dah dekat, buku amalan dah nak ditukar baru tapi masih belum bertaubat atas dosa tidak menjaga hati.

Salah satu penyakit hati ni tentulah buruk sangka.. Sebenarnya kalau kita berbaik sangka pada orang, hidup kita akan lebih tenang. Bila bercerita ni bukanlah mengata orang, sebenarnya 'reflect' diri sendiri.. dosa sendiri.. dengan harapan, bila terlupa, bila baca blog ni, saya muhasabah diri sendiri. Maklumlah.. kita bukan malaikat, iman sentiasa bertokok dan berkurangan.

Bila dah buruk sangka.. mulalah jadi sakit hati, syaitan pun membisikkan ayat-ayat cinta biar kita iri hati dan dengki. Bila syaitan tengah syok.. ada pulak syaitan kepala hitam yang suka mengapi-api. Mulalah dia memuji-muji orang yang kita sakit hati tu. Sebenarnya tiada kena mengena pun tapi bila hati kita pula macam lalang.. ditambah dengan syaitan dan kuncu-kuncunya.. dan askar tak diiktiraf berkepala hitam yang bermain dengan api.. ditambah pula rempah titik-titik hitam di hati.. maka kita pun menjadi lalang.. Terikutlah kita dengan hasutan syaitan dan sifat-sifat mazmumah yang menjadi makanan hati kita..

Hati yang sakit akan menjadi kotor, keras dan berkerak macam kerak karat di besi. Memang susah untuk dibersihkan kalau dah terlalu dibiarkan.. Sepatutnya zikir menjadi penawar hati.. ditambah pula dengan istighfar dari hati yang rendah menginsafi kesilapan diri sendiri. Apatah pula bila kita mengalirkan air mata apabila teringat dosa-dosa kita terutama sekali pada manusia. Bila kita berdoa pada Allah, alangkah mudahnya kerana Allah itu maha penyayang. Allah sentiasa akan mengampunkan dosa kita tapi apabila kita berdosa dengan manusia, manusia sukar untuk memaafkan, apatah lagi jika kita tak pernah pun mohon maaf pada mereka.

Saya juga manusia biasa.. yang punya penyakit hati.. mungkin dengar macam saya menasihati orang.. sebenarnya saya lebih kepada mengingati diri sendiri. Takut-takut penyakit hati ini melarat.. Apatah lagi, apabila kita tidak puas hati, mulalah muncung mulut ni melepaskan perasaan.. tidak sedar sebenarnya kita mengumpat dan memakan daging mayat saudara kita sendiri. Terdengar ustaz berkata.. mengumpat dah jadi satu 'trend' sampai orang tidak kisah mengumpat dengan alasan "Ini kisah benar, bukan kita buat cerita". Tapi sebenarnya mengumpat tu dilarang keras..

Teringat pula Ustaz Fauzi tersengih-sengih berkata di Al-Kuliyyah.. "syoknya bercerita pasal orang, cuba kalau orang buat kat kita..". Juga pernah terbaca.. sedang elok sekumpulan lelaki mengumpat, rasulullah menyuruh mereka berkumur. Dengan izin Allah, apabila mereka berkumur, terkeluar sisa-sisa daging dari mulut mereka walaupun mereka tidak makan daging sebelum itu.. Takutnya.. kalau itu benar-benar terjadi. Yang paling sedih, memang susah untuk kita berhenti mengumpat. Saya juga memang ada mengumpat.. Lepas dah reda marah.. barulah terfikir.. macam mana nak minta maaf.. Itu yang tak sabar-sabar menunggu raya.. boleh minta maaf zahir dan batin..

Tapi kadang-kadang bila saya bertekad untuk tidak mengumpat.. ada sahaja isu yang timbul. Saya tidak mengumpat kalau tidak ada kena mengena dengan saya, tapi bila terkena kat batang hidung sendiri.. memang susah saya nak elak. Kononnya, hati reda bila sudah melepaskan perasaan..

Ya Allah.. bersihkanlah hatiku ya Allah. Jadikanlah aku antara orang-orang yang sabar dengan ujianmu. Jika hatiku terlalu kotor kerana dosa ya Allah, maka kau gantilah hatiku dengan hati yang baru ya Allah. Kau buangkanlah sifat-sifat mazmumah di hati ini ya Allah. Kau tanamkanlah sifat sabar dan redha dalam menghadapi ujianmu.

Janganlah kau palingkan rahmatMu Ya Allah atas kelemahanku menjaga hati ya Allah. Amin amin ya Rabbal Alamin..
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails