Tuesday, July 28, 2009

Dilemma di antara 2 Kedai

Assalamualaikum.

Been a while since I last wrote.. Been organizing all my teaching materials that I've been prograstinating for the past 2 years. Now that I've started teaching form 3 part time, I really need to get organized.

I haven't been cooking properly since last week. Ada dilemma sebenarnya nak memilih antara 2 kedai. Sebenarnya memang dah biasa pergi kedai Acheh. Orangnya jujur. Tak pernah menipu dari segi harga. Kalau harga barang naik sikit memang dia bagitau sekian sekian.. Tapi masaalahnya.. bos sahaja yang bagi servis yang bagus. Kalau kita minta potong ayam, buang kulit dulu, potong 16 dan sebagainya.. memang dia akan berhenti buat apa yang dia buat dan terus buat dengan muka yang manis.

Kadang-kala memang agak cerewet sikit. Minta tolong dia buang kaki, isi perut dengan kepala je. Kadang-kadang potong tom yam (extra small). Bukan apa, bila balik rumah boleh terus masak..

Masaalahnya.. co-worker dia tu la.. Bila kita bayar, kita pulak kena tunggu dia habis tengok tv lah.. Yang paling sakit hati, kalau terkena dia baru bangun tidur, muka mencuka 14 depa. Kita nak minta pun serba salah. Yang lagi sorang pulak, sebab kita ni "regular customer", bila orang lain datang lambat, dia bagi orang lain dulu.. dengan alasan, kita mungkin boleh faham. Mula-mula tu bolehlah tahan, lama-lama kita pun fed up juga.

Dipendekkan cerita, masa tengah-tengah bengang tu, bukaklah satu kedai baru. Nak boikot kedai Acheh lah ni. Pergi ke kedai lagi satu. Sebenarnya dah lama berhenti pergi ke supermarket atau hypermarket sejak boikot Israel hari tu.. Beli barang sekadar yang perlu sahaja, tidak stok barang seperti selalu. Kononnya nak tolong orang Islam.

Layanannya first class, ikan daging semua segar-segar. Ambil terus dari pasar borong Puchong. Banyak lauk-lauk untuk masakan kampung, nangka, pucuk ubi, ulam-ulaman, mangga untuk buat kerabu. Pendek kata sesuai dengan selera orang Malaysia. Bila mula-mula beli di kedai, ada tetamu, borong sakanlah sampai RM30.00-RM40.00 sekali beli. Lama-kelamaan, beli pun makin berkurangan sebab beli barang harian. Sekarang ni asyik-asyik tanya, "beras ada lagi kak, minyak? Tak nak beli pisang ke?" Saya bergurau "Semua benda nak suruh kak beli ya?" tapi sebenarnya malas nak layan.

Saya serba salah. Nak pergi kedai Acheh, servis macam hapa, nak pergi sini, dah terlebih ramah sampai semua nak disuruh beli.

Minggu lepas, saya nekad buat keputusan setelah insiden ini terjadi. Teringin nak buat sup, saya minta 1/2 kilo tulang, dia pun bungkus. Bila dah siap beli barang-barang lain, saya pun tidak banyak cerita, bayar dan pulang. Setibanya di rumah, baru saya perasan tulang macam banyak, saya timbang. Rupanya 940gm dah dekat sekilo, bila saya cium bau, sudah tak 'fresh' macam biasa. Jadi ini kes nak habiskan barang lah ni. Saya terkilan tapi bersyukur pada Allah kerana memberi saya petunjuk.

Kita ni sebagai orang Islam.. kenalah tolong orang Islam, "support" perniagaan orang islam. Tapi yang berniaga pun kenalah cara orang islam. Jangan ingat nak untung je. Tak berkat. Layanan pun mestilah first class. Tengoklah Rasulullah berniaga, sampai Saidatina Khadijah jatuh hati dan terus pinang baginda. Walhal, Saidatina Khadijah tu memang orang kaya bangsawan, cantik yang menjadi rebutan pada masa itu. Saya baru je balik dari kedai Acheh.. Malam ni bersemangat nak masak!
Share/Bookmark

1 comment:

  1. tu la..kekadang nak tolong org sebangsa tapi...layanan n harga mengalahkan bangsa lain. Camne nak tolong camni?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails