Satu hari kami sekeluarga ke satu majlis. Biasalah, kita akan saling berkenal-kenalan dengan tetamu yang lain. Tiba-tiba bila diperkenalkan, seorang tetamu lelaki menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Alhamdulillah, sempat saya hulurkan tangan anak lelaki saya, "Salam uncle.. salam uncle..". Saya terus menyuruh anak-anak lelaki saya yang lain bersalam. Tangan saya terus disorokkan ke belakang dan saya senyum dan bersembang seperti biasa.
Saya perasan, muka lelaki tersebut berubah. Saya pura-pura tak perasan dan beredar. Harapnya dia tak tersinggung. Tapi sepatutnya dia tidak tersinggung sebab dia pun seperti saya, seorang muslim.
Memang saya sebenarnya pernah bersalaman dengan lelaki. Tetapi itu apabila tidak dapat dielakkan. Pernah saya diperkenalkan dengan seorang lelaki serani yang betul-betul kacak oleh kawan rapat saya. Dia menghulurkan tangan, saya tak teragak-agak untuk menyambut.
Tergelak saya tengok mata kawan rapat saya yang macam nak terjojol keluar.. "Ustazah, salam lelaki! Eee tak sangkanya! ustazah salam lelaki". Sebenarnya saya memang bukan ustazah, tetapi kawan rapat saya sengaja mengejek saya kerana saya selalu menegurnya bila tangan dia gatal mencuit lelaki.. Bukan cuit gatal tapi cuit menyakat.. Dicucuknya pinggang orang, sengaja suka tengok orang melatah. Tapi masaalahnya yang dicuitnya lelaki.. Jadi sebagai seorang muslim, saya menegur.
Berbalik kepada cerita tadi. Saya bertanya lelaki serani tersebut "since we are into the topic, how would you feel if I didn't shake your hand?". Dia menjawab, "like you slap me right on the face!". Oho.. malulah ya..
Dia menerangkan, sebagai seorang pegawai bank, dia banyak bertemu dengan klien dan memberikan tips pada saya. Jika tidak mahu salam, letakkan tangan kanan melintang atas dada ke arah bahu kiri. Eh.. jelas ke? Cuma letakkan tangan ke atas dada kiri sambil "bow" sikit. Jangan lupa senyum. Menurutnya, bila di hotel-hotel, selalunya penyambut tetamu akan buat begitu kerana tidak tahu sama ada tetamu ingin bersalam atau tidak. Lama-kelamaan, budaya ini menjadi trend tapi saya tidak pernah nampak pula. Sebelum dia balik, saya perasan, kali ini dia tidak menghulurkan tangannya.. Wow, impressive!
Walaupun tips itu telah diberi, sebenarnya saya tidak berani untuk mencubanya. Di majlis tadi, sambil makan, saya nampak tetamu lelaki tadi asyik menjeling ke arah saya. Saya rasa mungkin dia tertanya-tanya kenapa saya tidak bersalaman dengan dia. Dalam hati saya "Nasiblah.. you are a muslim.. you should know better". Saya ternampak seorang rakan. Dia asyik memperkenalkan teman lelakinya kepada kawan-kawan yang lain. Saya terus menuju ke arahnya. Alamak.. kantoi.. teman lelakinya menghulurkan tangan, saya terkedu.. Anak tiada di sisi...
Saya terus menghulurkan lengan saya yang berlapik, jadi tak tersentuh. Tapi agak janggal kerana mana ada orang salam lengan.. he he.. Takpelah.. janji tak kena.. tapi rasa macam terkena sikit kot.. Astaghfirullah...
Saya malas buat dosa kering sebenarnya.. Kata ustaz, daripada bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim, baiklah pegang anjing. Itu yang saya terbayang tu, tak sanggup rasanya nak pegang anjing walaupun kering sebab haram di sisi agama kita. Walaupun begitu saya tidak pernahlah hina anjing. Anjing makhluk Allah juga. Ustaz siap pesan lagi, kalau ada lelaki yang nak pegang terus cakap, "Eh! Jangan! Engkau anjing!". Tentunya dia bergurau tapi bayangkanlah kalau kita cakap gitu.. Mau pengsan dibuatnya.
Sebenarnya, dengan suami makcik-makcik saya pun, saya tidak bersalam.. Pada mulanya memang janggal, saya letakkan tangan di belakang sambil bertanyakan khabar. Pakcik-pakcik pun ada yang nampak kecil hati. Tapi bila mereka hulur, saya sambut. Sampai suatu hari, seorang pakcik tidak menghulurkan salam, dia menerangkan "Ada air sembahyang". Maknanya taulah hukum ya! Jadi sekarang, mereka sudah biasa, kerana walaupun saya tidak salam, saya pergi jumpa mereka seorang demi seorang bertanyakan khabar.. Bukan main gamit dari jauh saja. Abang-abang ipar dan adik ipar lelaki pun sama. Memang saya tak salam juga.
Saya ingat, sebagai muslim, tak payahlah kita bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim. Kerana dosa-dosa kering macam ini ada kesannya pada hati. Timbul titik-titik hitam di hati yang lama kelamaan menjadi kekotoran seperti karat yang memang susah dibersihkan. Dosa tak kering pun memang dah banyak.. tak payahlah tambah lagi.. Kita pun jarang beristighfar.. Bila teringat sahaja. Bukan macam rasulullah yang begitu konsisten beristighfar 100 kali setiap hari..
yap..setuju
ReplyDelete