Thursday, July 2, 2009

Mesti 'Grand' ke Wedding?

Assalamualaikum..

Baru lepas cuti sekolah, banyak wedding yang sempat saya pergi. Bermacam-macam konsep dan style yang kita jumpa.. dari pelaminnya.. sampailah ke bumbung dan khemah yang ber"scallop-scallop" mengikut tema warna..

Ada yang grand.. tak kurang yang simple. Saya tertanya-tanya.. apa sebenarnya fungsi majlis perkahwinan? Pada asalnya memanglah untuk memberitahu tentang pernikahan. Barulah orang tahu yang bunga sudah dipetik orang.

Terdengar-dengar masa kenduri kahwin, orang bercerita, rumah orang ni macam ni, rumah orang tu macam tu.. Bunga telur tu dah fesyen lama.. sok sek sana sok sek sini.. Rimas telinga mendengar..

Teringat satu kenduri yang saya pergi.. memang meriah. Nasi putih berlaukkan masak lemak daging. Memang hebat kenduri tu. Pelaminnya memang simple, sekadar langsir sebagai backdrop.. platform yang kecil cukup untuk mengambil gambar dengan background yang cantik. Tak pulak nampak pengantin sedih sebab pelaminnya tidak grand.

Hidangan pengantinnya memang sama macam tetamu lain. Ayamnya dah siap potong, bukan ayam golek seketul yang memang tak mungkin pengantin akan makan.. Karang orang kata gelojoh pulak. Siap dengan cocktail sebagai pemanis mulut.

Saya 'salute' mereka yang berani menghidangkan nasi putih, lauk kampung! Kerana sudah tentunya, mereka tidak berhabis, berhutang untuk menjamu orang. Mereka tidak takut dikata dicemuh orang kerana tiada nasi minyak. Yang saya paling suka.. disebabkan musim nasi minyak, ramai yang suka masakan kampung kerana sudah jemu dengan nasi minyak dan nasi tomato.

Sebagai orang Islam.. eloklah kita perbetulkan niat buat kenduri. Kita kan meraikan anak kita yang kahwin. Saya teringat bunga telur yang saya dapat, cantik bakul emas bermanik. Terkejut bila saya tengok harganya RM5 satu (ternampak di kedai). Bila balik rumah, bakul kecil tu sekadar hiasan.. cukup setahun, mungkin orang akan buang sebab dah berhabuk dan malas nak cuci.

Berbaloi ke berhabis untuk bunga paha dan bunga telur sedangkan orang akan buang.. cuba bayangkan 500 bunga telur x RM5, dah RM2,500 untuk bekas sahaja. RM2,500, kalau didermakan untuk surau atau masjid.. bukankah mendapat pulangan yang berlipat ganda di akhirat nanti.. Jangan duit habis.. timbul pula riak di hati.

Yang paling takut sekali kalau lepas kenduri kahwin, duit pulak tak cukup nak bayar baki duit carpet, pelamin atau catering. Mana nak cari? belum lagi 'personal loan' yang terpaksa dibayar selepas kahwin.

Saya teringat majlis perkahwinan saya sendiri.. Memang simple.. Masa saya kahwin, saya masih belajar di U. Saya sedar sendiri, duit tiada, malas nak minta itu ini dari ibu bapa saya. Majlis saya tiada pelamin, saya perasan, melilau orang cari pelamin saya kalau mereka masuk ke rumah. Bilik pengantin pun ikhsan opah saya yang meminjamkan backdrop dan cadar yang dipinjam Maklang.. Dia terkejut katil biasa, terus dia balik dan bawa cadar broketnya yang masih belum dipakai. Saya letakkan cadar lace ibu saya. Memang simple.

Baju pula saya pakai kebaya yang saya tempah dengan kain yang dipilih ayah saya di Labuan. Cuma saya pakai 'veil'. Mengamuk makcik saya.. nanti orang tak kenal pengantin yang mana.. Pergi cari kain songket.. Saya pekakkan telinga.

Meriah majlis saya bukan sebab lagu, kami tak ada PA system pun.. tapi meriah mendengar orang bersembang, bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Alhamdulillah.. ramai ustaz-ustaz (kawan bapa saya) yang datang. Mereka datang bukan datang kosong.. saya mengharapkan doa-doa mereka agar kami bahagia ke anak cucu.

Mungkin sudah tiba masanya kita kembali ke fungsi sebenar kenduri kahwin itu sendiri. Insyaallah, jika kita berniat untuk menjamu, Allah akan bantu.. Jangan ikutkan sangat apa orang kata.. kerana orang memang akan mengata.. Yang penting ... NIAT..
Share/Bookmark

2 comments:

  1. Betul, buat grand pun org tetap mengata. Ikut kemampuan kita la. Hati senang anak kita tak susah hati

    ReplyDelete
  2. Bile sebut kenduri kawin, memang zaman sekarang ni org berhabis untuk kenduri dan dari kepala sampai le ke kaki pengantin. Tak sah kalu tak beri beg hadiah yang grand. Teringat masa kawin dulu...memang le sampoi, al maklumlah baru graduated dan kerje. tak samer cam orang sekarang...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails