Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah.. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar, Ya Allah.


Alhamdulillah.. sebenarnya 2 minggu ni risau semacam sebab ada satu masaalah yang rasanya memang tidak dapat dirungkai. Tapi hari ni, alhamdulillah, selesai sudah masaalah tu.. dengan tidak dijangka-jangka.. dengan satu panggilan telefon sahaja.

Nina bersyukur sangat.. sebab walaupun nina tidaklah runsing sampai tak lalu makan, tapi nina perasan bila nina tidur.. nina akan mimpi segala apa yang nina fikirkan.. cerita macam-macam yang berkait dengan apa yang nina fikir pada siangnya. Selalunya.. nina kalau mimpi bukan-bukan tu nina faham la.. sebenarnya ada sesuatu yang merunsingkan walaupun selalu nina tidaklah 'overworry'.

Alhamdulillah.. dan kali ini, bila nina sebut alhamdulillah.. bergetar hati ini tanda syukur dengan nikmat yang Allah berikan apabila masaalah yang dilalui hampir selesai.
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails