Sunday, July 17, 2011

Fuuh! Hectic Hectic Week!

Dah dua minggu hidup ni kelam kabut giler.. Sejak NinazCakes Syahr El Fundraising berlangsung.. alhamdulillah.. rezeki mencurah-curah. Tak tahulah sebenarnya siapa yang tolong siapa. Syahr El tolong NinazCakes ke NinazCakes tolong Syahr El. Alhamdulillah.. tak sangka.. sebenarnya kami nak sedeqah mengikut skill saja sebab nak bagi cash memang tak ada.

Betul lah orang kata 'What you give, you get back!' You get back more than you give actually. Sebenarnya.. kami tetapkan sehingga 15 Julai untuk mempercepatkan kutipan wang untuk diberikan untuk Syahr El. Cabaran kali ni boleh tahan la..
1) Tak taulah siapa yang tertumpahkan air dalam oven. Sampai sekarang ni tak berani nak on. Jadi kami bakar pakai 1 oven sahaja. Alhamdulillah.. yang okay oven besar.
2) Ada satu hari tu .. delivery pukul 1 dah settle.. sebabkan ada sorang tu janji pukul 3, kami legar-legar lah.. alih2 terpaksa cancel sebab kereta dia rosak.. isy isy isy.. nak buat camne kan..
3) Air con rosak.. kena baiki RM300 terbang camtu je.. Alhamdulillah.. tak payah tukar the whole compressor.. hehe kalau tak terbang RM500++
4) Ada yang book.. bila reserve.. call tak dapat.. buzz tak jawab.. (lain kali kena mintak payment dulu hehehehe.. siap ada clause : non refundable hehehe) Alhamdulillah ada orang lain yang beli hehehe
5) Masa aircon rosak tu la, tertinggal ice box.. selalu letak dalam icebox. kek tu tak lah cair.. Alhamdulillah.. hari tu delivery semua cepat.. cuma satu je yang cair hehe
4) Disebabkan kami bagi free delivery.. kami groupkan order mengikut kawasan.. Jadi.. masa penghantaran tu memang unpredictable. Alhamdulillah.. pembeli Syahr El's Box of Love begitu memahami.. Next time kami tau lah.. nak limitkan route mana ;D

Okay.. minggu depan yang akan datang ni, nina nak sort gambar pulak.. Gambar punyalah banyak dalam CPU.. yelah .. kita bukan pro kan.. satu gambar kena 2-3 kali shoot. Itu pun ada yang silau la.. yang malap la.. nak adjust pun nina pakai PICASA je. Nantilah.. nina nak share kelebihan Picasa ni! Bagi yang takde basic.. PICASA ni memang excellent! Agar sukar untuk get used to it tapi once you get it, insyaallah senang dan mudah! Yang penting, senang nak trace balik mana gambar yang dah di download.

Okaylah ya.. taknak tulis panjang-panjang.. sebab ni kira warm up dulu sebab dah lama giler tak menulis di blog ni.. Hati tu nak menulis.. tapi kalau dah baking the whole week tu penat la jugak.

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails