Tahun ni tak taulah kenapa memang kelam kabut semacam. Something happened a few days ago.. tu yang jadi lagi kelam kabut.. Nothing happened yang teruk sampai tak boleh manage tapi membuatkan kami agak 'negatif'.. Alih-alih tak perasan dah nak masuk ramadhan.. Anak yang ingatkan sebenarnya.. Selalunya memang kami menunggu-nunggu.. Alhamdulillah.. bila anak sekolah agama.. cikgu-cikgu lebih cepat meyuntik semangat Ramadhan..
Irfan (5 tahun) cakap cikgu akan bagi angpow kalau puasa penuh. Anak-anak yang lain.. sibuk kata balik 2.30 semasa ramadhan jadi.. mereka pun memang gembira.. Sebaik lepas Raya.. anak yang sulung akan menghadapi UPSR. Ternyata strategi tahun ini memang akan berbeza.
Yang paling beza sekali sudah tentunya.. jualan biskut pada tahun ini lain dari tahun2 sebelumnya. Marble Shortbread tak jual tahun ni. Salah satu sebabnya tentulah bab mencuci dan memasang loyang marble. Kami ada sepuluh loyang marble.. Nak pasang dan basuh tu memanglah ambil masa.. Dengan keadaan Muhammad yang akan berhenti menyusu.. sudah tentunya ibu Muhammad akan lebih emosi. Dengan Naufal yang akan ambil periksa.. kerja-kerja renyah yang selalunya kami lakukan sekeluarga sebagai bisnes keluarga terpaksa kami korbankan terus.
Dalam pada itu.. oven sudah down satu dan microwave sudah rosak.. masih belum sempat dibaiki.. jadi.. hal itu memang akan diambil kira. Nak kata pening tu tidaklah.. marble ni sebenarnya costnya lebih mahal dari sampret dan oaty grated.. jadi modal lebih besar.. walaupun margin keuntungan lebih besar.. rasanya bila buat yg lebih murah.. tak jadi masaalah sebab memang boleh jual volume.
Apa-apa pun.. hari ni = hari mencuci dan mengemas rumah bagi menyambut kedatangan Ramadhan.. Sayu hati ni.. sebab.. memang kami sekeluarga lalai.. lupa dan tidak sedar kedatangan Rejab dan Syaaban.. Fidyah puasa sudah pun dilangsaikan semalam.. membuktikan yang nina tak sempat habis ganti puasa.. Nina dah siap pesan pada anak, kalau ibu sudah tiada.. minta tolong gantikan sebab waris yang sepatutnya gantikan.. bukan suami. Tahun ni, nina mengganti puasa nazar, menyusu ni.. memang sentiasa lapar.. patutnya nina lebih kuat semangat..
Selambat Menyambut Ramadhan semua.. Harapnya kita tidak lalai mengejar dunia.. sehingga lupa bonus bonus yang ALlah sediakan .. sepanjang Ramadhan... Ampunkan kami ya Allah.. kami lalai.. Berilah kami hidayah ya Allah. amiin amiin ya robbal 'alamiin..
No comments:
Post a Comment