DOA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ. MUHAMAD MUSTAFA DARI AKADEMI ISLAM KOTA BHARU KELANTAN DI MASJID ABU BAKAR ASSIDDIQ BANGSAR KUALA LUMPUR PADA 1.12.88
Bismillaa hirrahmaa nirrahim..
Alhamdulillaa hi rabbibbil 'aalamiin wassholaatu wassalaamu 'ala asyrafil ambiyaa i wal mursaliina wa 'aka aalihi qa shohbihi ajma'iin..
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin.
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati yang yang masih hidup.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah SAW dan kami meminta pertolongan dari apa yang pernah diminta pertolongan oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab- sebab yang membawa kami ke neraka.
La Hau la wa laa quwwata illaa billaa hil 'aliyyul 'azdim
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal; hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, Hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, Hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati in dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami dari sufat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
La Hau la wa laa quwwata illaa billaa hil 'aliyyul 'azdim
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya; berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami lakukan segala yang diperintah oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir.
Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadilkanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah hati kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar dan masukkan kai ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naugan Arasy Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hamba Mu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum kolam Nabi kami Al Kauthar; selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki ke dalamnya.
La Hau la wa laa quwwata illaa billaa hil 'aliyyul 'azdim
Ya Allah ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.
Robbanaa aaatina fiddun ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa 'azaabannar.
Subhaana robbika robbil 'izzati 'amma ya shifoon wa salaamu 'ala'
DIPETIK DR "AMALAN SEPANJANG HAYAT'
walhamdulillaa hi robbil 'alamiin..
No comments:
Post a Comment